Ekzema boleh menjadi kesakitan yang tidak dapat dibendung, keadaan kulit yang gatal, merah, berair atau kering berkeruping memberikan rasa sangat tidak selesa.

vitamin c untuk ekzema 7

 

APAKAH ITU EKZEMA?

Ekzema juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak,gatal, ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur dan berair, atau boleh jadi juga kulit kering dan berkeruping.

Keadaan keradangan kulit ini mengakibatkan kegatalan yang amat sangat kepada pengidapnya, dan ianya amat sukar disembuhkan secara 100%. Kebanyakan rawatan untuk ekzema adalah hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala tetapi bukan untuk penyembuhan.

 

vitamin c untuk ekzema 2

Ekzema boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit seperti pipi, sekeliling mulut, pelipat badan mahupun kaki dan tangan.

 

vitamin c untuk ekzema 1

Kulit pesakit ekzema yang berkeruping dan merah akibat menggaru.

 

Terdapat beberapa vitamin dan mineral yang telah terbukti diperlukan oleh pesakit ekzema dalam usaha mengawal dan mengurangi gejala ekzema, antaranya ialah Omega 3 dan vitamin C. Mari kita lihat tentang khasiat vitamin C untuk ekzema yang menyebabkan pakar dan doktor menyarankan pengambilan vitamin C yang cukup oleh penderita ekzema.

 

5 KHASIAT VITAMIN C UNTUK EKZEMA

vitamin c untuk ekzema 6

 

1. Vitamin C adalah anti-histamin semulajadi.

Histamin adalah sejenis protin yang dilepaskan oleh sistem imun tubuh apabila ia mengesan sebarang bendasing seperti virus atau bakteria. Histamin membantu melindungi sel-sel badan dari jangkitan, walau bagaimanapun kesan histamin perlu disekat terutama apabila berlaku kesilapan, contohnya sistem imun mengesan bahan yang tidak berbahaya seperti habuk sebagai satu ancaman. Pembebasan hisamin berlebihan akan menyebabkan keradangan, dan tisu berdekatan akan menjadi merah, gatal dan bengkak. Pengambilan anti-histamin iaitu salah satu sifat semulajadi vitamin C dapat mengurangkan gejala merah, gatal dan bengkak yang dialami oleh pesakit ekzema.

 

2. Vitamin C yang cukup dapat menguatkan sistem imun tubuh.

Beberapa sel di dalam sistem imun tubuh memerlukan vitamin C untuk melakukan tugas mereka tetutamanya phagocytes dan t-cells. Dengan itu, pengambilan vitamin C yang cukup dapat meningkatkan kecekapan sistem imun untuk melawan serangan virus, bakteria atau pelbagai lagi mikroorganisma yang berbahaya kepada tubuh kita. Ekzema, ruam dan kegatalan kulit adalah salah satu tanda sistem imun tubuh yang lemah.

3. Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi.

Vitamin C adalah vitamin yang sinonim sebagai vitamin antioksidan. Antioksidan dapat mencegah kerosakan pada tubuh kita akibat pendedahan terhadap radikal bebas. Antioksidan seperti vitamin C dapat menggalakkan penghasilan kolagen, meningkatkan tekstur kulit dan melindungi kulit dari masalah-masalah akibat radikal bebas.

4. Vitamin C dapat melindungi dan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.

Seperti yang biasa dialami oleh pesakit ekzema, mereka akan kerap menggaru bahagian kulit yang gatal sehingga menyebabkan bahagian ekzema tersebut luka dan berdarah. Keruping yang digaru juga akan menyebabkan luka-luka kecil yang pedih yang memerlukan masa untuk sembuh. Vitamin C dapat membantu proses penyembuhan luka yang lebih cepat, maka kawasan kulit yang mengalami ekzema akan cepat sembuh.

5. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen pada kulit.

Apabila kolagen dihasilkan dengan baik, struktur kulit akan menjadi semakin sihat dan kesan parut akibat menggaru dan ekzema dapat diminimakan. Gabungan pengambilan vitamin C untuk dalaman dan penggunaan skincare atau krim untuk luaran akan membantu memudarkan parut pada kulit akibat ekzema.

 

Jika dahulu suplimen vitamin C dianggap tidak perlu kerana vitamin C boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan , tetapi selepas 1 kajian dibuat terhadap penduduk Amerika Syarikat, didapati 15% penduduk dewasa di sana mengalami kekurangan vitamin C dan peratusan ini terus meningkat setiap tahun.

Jadi dengan kandungan vitamin C yang semakin menurun dalam buah-buahan yang ditanam secara genetic-modified dan gaya hidup masyarakat kini yang kurang sihat, suplimen vitamin C adalah satu keperluan untuk meningkatkan paras kesihatan, termasuk juga kepada pesakit ekzema.

 

APAKAH CIRI-CIRI SUPLIMEN VITAMIN C YANG BERKUALITI?

 

Pemilihan suplimen vitamin C yang betul dan berkualiti juga perlu. Pastikan suplimen vitamin C anda mempunyai ciri-ciri penting berikut:

  • Mempunyai sistem sustained release atau pelepasan berperingkat kerana tubuh kita hanya dapat menyerap 100-200 mg vitamin C setiap jam. Lebihan vitamin C yang diambil akan hanya dibuang melalui sistem perkumuhan tubuh seperti air kencing. Contohnya jika anda memakan suplimen vitamin C 1000 mg setiap tablet yang tidak mempunyai sistem sustained release,  maka tubuh anda hanya menyerap 100-200 mg vitamin C dan selebihnya hanya akan dibuang. Jadi pilihlah suplimen vitamin C yang betul untuk mengelakkan pembaziran.

vitamin c untuk ekzema 4

  • Mengandungi bioflavonoids kerana gabungan vitamin C dan bioflavonoids ini adalah lebih berkesan sebagai antioksidan yang menyokong sistem imun dan peredaran darah. Bioflavonoids merupakan sebahagian daripada nutrien yang biasanya diperolehi daripada kulit dan pulpa buah-buahan contohnya oren.

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee merupakan salah satu suplimen vitamin C yang mempunyai ciri-ciri penting di atas dan telah menjadi pilihan ramai pengguna. Selain kualitinya yang terjamin dengan pelbagai ujian kilinikal yang dibuat oleh saintis-saintis di makmal-makmal Shaklee, Sustained Release Vita-C Plus juga sangat berkesan dalam membantu kesihatan penggemarnya.vitamin c untuk ekzema 5

KLIK SINI untuk lebih info menarik tentang Vitamin C Shaklee.

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

 

Related Post