Mungkin ada antara pembaca blog saya ni yang dalam perancangan nak melancong ke Bangkok. Oleh kerana saya baru je balik dari Shaklee Incentive Trip 2018 ke Bangkok, so bolehlah saya share sikit pengalaman saya dan 5 TIPS MELANCONG KE BANGKOK 2018.

tips melancong ke bangkok banner

 

Actually saya pun first time ke sana, jadi saya faham apakah soalan-soalan yang bermain di fikiran anda yang juga baru pertama kali nak ke sana. Saya rasa 5 tips melancong ke Bangkok di bawah yang sangat berguna untuk anda mendapat sedikit gambaran tentang keseronokan yang anda bakal alami di Bangkok!

5 TIPS MELANCONG KE BANGKOK 2018

 

1) DUIT BELANJA

tips melancong ke bangkok

Ini duit belanja Shaklee bagi 🙂

 

Lebih baik jika anda dah siap-siap tukar budget RM anda ke matawang Thai Baht di Malaysia. Kalau di sini, bolehlah anda survey dulu mana money changer yang berikan rate terbaik. Kalau kat sana nanti tidaklah anda terkial-kial nak cari lokasi money changer dan rate nya juga mungkin lebih mahal sedikit. Kalau boleh minta variasi note wang kertas yang lebih kecil seperti TB 500 dan TB 100 juga untuk lebih mudah membeli di sana.

Saya tukar RM 511 pada 15 November 2018 tempoh hari, dapat TB 4000. Memang tak budget banyak sebab nak shopping barang-barang kecil je sebagai souvenir untuk kawan-kawan dan keluarga. Dan Shaklee pun ada berikan kami duit belanja sebanyak TB 1300 🙂

 

Satu tips yang memang saya pasti buat setiap kali melancong ke luar negara ialah menyediakan list perbandingan matawang seperti gambar di bawah. Oleh kerana nak ke Bangkok ni saya cuma budget untuk beli souvenir kecik-kecik je, so saya list kan nilai kecil currency Thai Baht vs RM. Kalau anda nak shopping barang-barang branded yang harga ratus-ratus atau ribuan RM, anda list kan nilai yang lebih besar. Letak list ni dalam purse anda, bila nak tawar-menawar tu intai je lah list ni. Tak lah lari budget nanti.

tips melancong ke bangkok-currency list

Thai Baht VS Ringgit Malaysia

 

Selain itu, saya galakkan anda untuk turut mengaktifkan kad kredit anda untuk urusan pembelian di luar negara. Caranya mudah sahaja, cuma call bank kad kredit anda beberapa hari sebelum berlepas, dan nyatakan anda akan ke Thailand dan berikan tarikh. Bank akan bantu untuk aktifkan transaksi luar negara seperti yang anda minta. Jika anda shopping di pasar malam atau Chatuchak, anda memang memerlukan cash, tapi bila di shopping mall anda boleh saja gunakan kad kredit walaupun untuk membeli barangan souvenir. Please take note, bayaran dengan kad kredit biasanya akan dikenakan sedikit caj, macam saya kena caj 3%.

 

Di sana anda juga boleh membuat pengeluaran wang Thai Baht di mesin-mesin ATM, caj berlainan akan dikenakan mengikut bank. Kalau ikut pengalaman saya, cajnya antara RM6 – RM25 setiap kali withdraw 🙁

 

 

2) SIMCARD UNTUK INTERNET

tips melancong ke bangkok-simcard

Saya guna TrueMove, selain ini ada lagi telco-telco lain yang anda boleh pilih di sana. So far saya pakai TrueMove ni, internet laju je kat celah mana pun kat Bangkok tu.

Penting ni 🙂 Nanti mestilah nak mengabadikan kenangan posing dan OOTD anda di Facebook & Instagram kan? Lagipun internet ni penting untuk contact geng-geng travel, cari maps ataupun panggil Grab. Rather than roaming dengan telco Malaysia yang agak mahal harganya, anda boleh terus membeli simcard Thailand bila tiba di sana.

 

Caj untuk roaming Maxis ialah RM38 sehari, itu pun dapat 500 MB saja data. Tapi kalau anda beli simcard 8 day pass ini di Thailand, anda cuma perlu belanja  TB 299 (RM 39) untuk 3 GB non-stop internet, boleh juga call dan sms, dan anda boleh gunakan selama 8 hari berada di sana. Cukuplah tu kan setakat nak main FB, IG, Waze atau panggil Grab. Kalau sampai nak download movie tunggu balik Malaysia nanti je lah.

 

Anda boleh dapatkan simcard Thailand ni di airport, atau mana-mana kedai 7-Eleven di sana. Saya beli simcard telco TrueMove di 7-Eleven berdekatan hotel saya. Jangan lupa bawa passport anda untuk daftarkan simcard nanti. Macam pengalaman saya, kawan saya tak bawa passport so diorang memang tak nak layan. Dan walaupun saya bawa passport roomate saya, diorang tak nak juga layan sebab tuan badan tak ada kat situ. Last-last, dia setuju untuk daftarkan 3 simcard atas nama saya seorang. Sebab kawan-kawan saya dah malas nak jalan cari simcard 🙂

 

3) KENDERAAN

 

Pastikan anda download siap-siap aplikasi Grab dalam telefon anda. Di Bangkok, anda boleh gunakan Grab untuk ke mana-mana sahaja. Diorang ada GrabBike, GrabTaxi dan juga GrabCar. GrabBike tu kalau anda travel sorang-sorang boleh la pakai, sebab Bangkok ni sangat jem, jalan diorang kecik tak macam KL. GrabCar harganya lebih mahal berbanding GrabTaxi, tapi kalau naik 4 orang, share sorang sikit still murah lagi kadar tambangnya. Grab kat sana anda boleh terus bayar cash pada driver.

Ikut pengalaman saya, driver Grab kat sana suka-suka je bagi arahan pada kita, suruh kita cross the road la, tunggu kat situ la sana la. Kadang tu selamba je dia cancel sebab jem teruk sangat masa on the way atau dia dah pun terlajak dari tempat kita menunggu. Tempoh masa menunggu pun lama juga, 15 ke 30 minit setiap kali panggil  Grab ni. Mostly sebab Bangkok dan jalan jem tak dapat dipisahkan.

tips melancong ke bangkok-grabcar

Abang Grab kitorang, fluent speaking English.

 

Orang kata kalau tak naik tuk tuk, tak lengkaplah percutian ke Bangkok betul tak? Saya pun ambil juga peluang naik tuk tuk untuk jarak perjalanan yang dekat, macam dari Chatuchak Market ke hotel atau shopping mall ke hotel. Perkhidmatan tuk tuk ini lebih cepat dan mudah nak dapat berbanding Grab. Biasanya ada je tuk tuk yang dah menunggu, just bagitau anda nak pergi ke mana dan dia akan sebutkan caj bayaran yang akan dikenakan. Sebuah tuk tuk biasanya boleh dinaiki oleh 3 orang dewasa.

tips melancong ke bangkok-naik tuktuk

Tuk tuk ni macam motor yang ditambah dengan tempat penumpang berbumbung di belakang.

 

Biasanya tambang tuk tuk lebih mahal daripada Grab, tapi lebih cepat sampai ke destinasi. Kenapa cepat sampai? Sebab diorang ni bawak tuk tuk laju bukan main, menyelit situ menyelit sini, tukar lorong & buat u-turn ikut suka jer. Nak elak jem punya pasal. Memang menjerit-jerit jugalah masa naik tuk tuk tu, tengok tuk tuk sebelah relax je, dah biasa agaknya :).

 

tips melancong ke bangkok-selfie

Dalam berdebar tu sempat juga selfie atas tuk tuk.

 

tips melancong ke bangkok-tuktuk

Driver tuk tuk offer untuk ambil gambar kitorang lepas hantar kitorang kat lobby hotel 🙂

 

Selain Grab dan tuk tuk, anda boleh juga menggunakan perkhidmatan MRT. Saya tak boleh nak cerita banyak pasal MRT ni sebab saya tak sempat guna pun MRT sepanjang 4 hari di Bangkok.

 

 

4) MAKANAN

 

tips melancong ke bangkok-usman

Mango sticky rice di Usman Thai Muslim Restaurant.

 

Ya ampun, Bangkok ni memang syurga makanan. Maybe sebab Malaysia ni jiran sebelah jer, so semua makanan mereka kena dengan tekak dan lidah Melayu kita ni. Kat sana makanan semua sangat murah dan sedap. Kena pandai pilih ikut kebersihan dan tahap keyakinan Halal jer. Jangan risau kat sana ada banyak pilihan restoren Halal, dan kebanyankan waiter waitress mereka fasih bercakap Melayu.

 

tips melancong ke bangkok-miang kham

Miang Kham di Sophia Muslim Restaurant.

 

 

Must try food place kat Bangkok:

1) Sophia Muslim Restaurant – Miang Kham di terbaik boss!

2) Usman Thai Muslim Restaurant – Tomyam, daging bakar, pulut mangga di ya ampun sedapnya!

3) Yana Restaurant di MBK Centre – Tomyam seafood, daging masak asam, somtam di sedapppp!

4) Sompong Seafood Restaurant – Pulut mangga dia sedapnya teringat-ingat sampai sekarang.

tips melancong ke bangkok-yana restaurant

Clear seafood  tomyam, somtam & daging masak asam di Yana Restaurant.

 

Selain restoren-restoren ni, terdapat banyak lagi tempat-tempat makan menarik yang halal. Street food diorang pun sedap-sedap dan yang penting murah. Contohnya depan hotel saya ada The Platinum Fashion Mall, kat situ memang ada sederet gerai-gerai menjual street food Thai. Saya sempat try coconut ice-cream with manggo, sotong bakar cicah sos Thai yang pedas tu, thai green tea dan juga mangga cecah colek dia. Sedap sangat oooooiii! Jangan fikir nak diet kalau pergi sana, rugiiii!

 

tips melancong ke bangkok-street food

Colek mangga di Platinum Mall street food bazaar.

 

 

5) SHOPPING!

Ok yang ni part paling menarik di Bangkok selepas makan, iaitu shopping!!. Tempat anda wajib pergi ialah Chatuchak Weekend Market. Anda patut clearkan itinerary anda 1 hari khas untuk berada di Chatuchak ni. Chatuchak hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dari pukul 9 pagi hingga ke lewat petang. Kat sini semua benda ada! Ada lebih dari 8000 stall yang anda boleh explore. You name it, semua ada! Jangan lupa untuk asah bakat tawar-menawar anda di sini, kerana anda tidak akan dapat harga yang lebih murah di tempat lain!

 

tips melancong ke bangkok-cha

Chatuchak Weekend Market.

 

Orang sangat ramai di sana, jadi sila berhati-hati dengan beg anda sepanjang masa. Berikut adalah di  antara idea untuk anda jadikan sebagai souvenir buat rakan-rakan anda di Malaysia, nak jadi personal shopper pun boleh.

1) Passport holder, boleh customize nak letak nama dan charm, harga dari TB 60 hingga TB 100, pandai-pandai tawar-menawar ye. Memang murah sangat, tapi nak beli ni kena menunggu lama sebab dia customize chop nama tu satu-satu, dan biasanya orang akan beli dalam jumlah yang banyak. So better kalau anda terus pilih warna passport holder tu, charm dan tulis nama siap-siap atas kertas yang disediakan, kemudian tinggalkan saja sementara anda boleh pergi shopping di tempat lain.

tips melancong ke bangkok-passport holder

2) Begitu juga hal nya dengan key chain holder, juga boleh letak nama dan charm yang anda pilih, harga dari TB 50 dan ke atas.

 

tips melancong ke bangkok-barangan kayu

3) Barangan dapur dari kayu, kegilaan kebanyakan wanita, harga bermula TB 70 ke ribuan Baht. Buat props untuk shooting gambar produk pun cantik ni.

 

 

tips melancong ke bangkok-tshirt

4) T-shirt cotton berkualiti kanak-kanak serendah TB 60, dan  untuk dewasa serendah TB 200 sehelai.

5) Kasut, beg tangan, jeans dan banyak lagi buat anda akan rambang mata memilih 🙂

 

tip melancong ke bangkok chatuchak-market-bangkok-map

Macam-macam benda menarik ada kat Chatuchak ni, jangan lepaskan peluang untuk shopping sepuas-puasnya di sini. Kalau dah jumpa barang yang berkenan boleh terus tawar-menawar dan beli. Takut nanti dah tak jumpa gerai tu semula 🙂

Selain daripada Chatuchak Weekend Market, terdapat banyak lagi destinasi shopping yang anda boleh kunjungi. Antaranya ialah:

  • MBK Centre untuk dapatkan souvenir dan gadget seperti handphone dan laptop
  • Siam Paragon untuk beli barang-barang branded seperti jam dan handbag
  • The Platinum Fashion  Mall untuk membeli baju dan juga thai silk
  • Big C Supermarket untuk anda shopping makanan ringan Thai seperti, kekacang, keropok dll.
  • Or Tor Kol Market jika anda mahu membeli barangan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, seafood dll
  • Asiatique, tempat membeli-belah yang sedikit high standard dan happening, dengan susunan boutique, street food dan ferris wheel yang besar dan cantik, dan di sini juga terdapat outlet Naraya, jenama bag yang terkenal dari Thailand.
  • Pratunam Night Market untuk anda membeli pelbagai jenis souvenir pada waktu malam.

 

tips melancong ke bangkok-mbk

MBK Centre

 

tips melancong ke bangkok-ferris

Asiatique.

 

tips melancong ke bangkok-pratunam

Pratunam Night Market.

 

Begitulah 5 TIPS MELANCONG KE BANGKOK 2018 yang boleh saya kongsikan dengan anda. Saya harap tips ini dapat membantu anda membuat persediaan sebelum menikmati percutian yang cukup menarik di Bangkok. Jangan lupa ikuti entry saya yang seterusnya nanti untuk lebih gambar dan cerita menarik tentang Bangkok, Thailand. Stay tuned!

 

Baca juga:

Itinerary Bangkok 4 Hari 3 Malam 2018

 

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post