7 FAKTA TENTANG CARA PENGENDALIAN SUSU PERAHAN  @ EXPRESSED BREAST MILK (EBM) YANG IBU-IBU PERLU TAHU

 

Saya selalu ditanyakan soalan daripada ibu-ibu muda tentang cara pengendalian susu perahan yang betul. Hari ni saya nak kongsikan pada pembaca semua tentang ilmu breastfeeding yang asas ini. Ilmu ini sangat penting dan berguna untuk ibu-ibu bekerjaya yang meninggalkan baby dibawah jagaan pengasuh atau taska. Pihak pengasuh juga perlu diterangkan dengan baik tentang cara pengendalian susu perahan ini supaya khasiat susu perahan kekal pada tahan optimum untuk diminum oleh baby kita.

 

Semoga ibu-ibu akan terus bersemangat untuk menyusukan baby sehingga umur 2 tahun okey! Dengan cara yang betul, manfaat susu ibu pasti diterima oleh baby kita dalam keadaan yang terbaik. Menjadi ibu bekerjaya bukanlah halangan untuk baby kita menikmati susu paling berharga di dunia.

 

Susu badan yang dipam keluar oleh ibu iaitu susu perahan juga dikenali sebagai EBM atau Expressed Breast Milk. Ibu-ibu boleh mula mengumpul EBM seawal dalam pantang. Tetapi pada hari pertama hingga ke hari ke 5 selepas bersalin, sebaiknya susu ibu diberikan kepada baby secara direct, untuk menggalakkan baby meminum kolostrum susu ibu (susu awal) yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat untuk sistem imun baby. Kolostrum adalah bersifat lebih pekat dan berminyak serta berwarna lebih kuning berbanding susu ibu yang biasa. Jika kolostrum dipam keluar, ia akan melekat di dinding botol, jadi lagi bagus kalau kita bagi baby minum direct saja kolostrum ni daripada breast kita.

 

Baby boleh diajar untuk minum susu perahan dalam tempoh 2-4 minggu sebelum ibu-ibu mula bekerja. Ini untuk mencuba jenis keserasian botol atau puting yang sesuai untuk baby. Jika baby tidak mahu menggunakan botol. jangan bimbang. Susu perahan juga boleh disuapkan kepada baby dengan menggunakan susu kecil atau picagari.

 

Ok jom kita tengok 7 fakta penting tentang cara pengendalian susu perahan ini.

 

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana menjalani pengalaman penyusuan susu ibu yang mudah dan indah Inshaallah. Saya berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya sebagai ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan 3 anak saya secara exclusive dengan susu ibu sehingga umur mereka 2 tahun.

 

KLIK SINI ntuk mengetahui tentang SET BREASTFEEDING/SET PENYUSUAN SHAKLEE.

 
Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post