Jika anda atau anak anda mempunyai ekzema, elakkan pengambilan 7 jenis makanan berikut dan lihat perubahan positif yang ketara pada masalah ekzema anda.

 

7 jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit ekzema - tajuk

 

Ekzema kini bagai menjadi suatu masalah kulit yang dihidapi oleh ramai orang sehingga terdapat banyak produk di pasaran yang dijual sebagai penawar kepada ekzema. Ramai yang tidak tahu bahawa ekzema adalah sangat sukar untuk disembuhkan 100% dan kebanyakan produk untuk ekzema adalah hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala tetapi bukan untuk penyembuhan.

Kunci utama kepada mengawal gejala ekzema ialah melalui pemakanan seharian pesakit ekzema itu sendiri. Dan jika bayi anda yang mempunyai masalah ekzema dan masih menyusu badan, maka andalah yang perlu mengetahui dan berpantang 7 jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit ekzema ini.

7 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN PESAKIT EKZEMA

 

  1. TELUR

7 jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit ekzema - telur

 

Lebih 70% pesakit ekzema adalah alergi kepada telur menurut skin prick & patch testing. Selain itu,  berpantang makan telur yang tidak masak dapat mengelakkan risiko ‘egg white injury‘, keadaan di mana protin Avidin (anti-vitamin) mengikat biotin dan menyebabkan ia tidak aktif. Biotin adalah vitamin yang berperanan dalam pertumbuhan dan kesihatan kulit, rambut, mata, buah pinggang dan saraf pusat.

 

2. PRODUK TENUSU

 

Produk tenusu termasuklah susu lembu, yogurt, magerin, mentega dan keju adalah makanan kedua paling kuat megundang alergi kepada penderita ekzema (selepas telur). Produk tenusu juga boleh menyebabkan kerosakan kepada lapisan saluran usus (gastrointestinal). Apabila lapisan saluran usus ini rosak, terjadi lubang-lubang kecil yang membenarkan partikel makanan yang lebih besar memasuki tubuh dan reaksi alergi akan terjadi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘leaky gut’.

Yogurt contohnya, adalah tidak baik untuk ekzema kerana mengandungi gula, perasa buah tambahan, pewarna tambahan dan amino (histamin daripada proses penapaian).

Namun begitu, adalah penting untuk mengambil suplimen Kalsium (berbanding mengambil produk tenusu bagi pesakit ekzema) kerana kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan ekzema dan menjadi penyebab ekzema lambat sembuh.

 

 

3. GULA

7 jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit ekzema - gula

 

Makanan dan minuman yang tinggi gula dapat menimbulkan kegatalan pada ekzema.Gula membuatkan insulin dalam badan mencanak naik dan menyebabkan keradangan. Elakkan makan kek, makanan berkarbonat, minuman manis, gula-gula dan segala macam pencuci mulut yang terlalu mudah untuk didapati kini.

4. MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)

Kandungan MSG yang tinggi dalam makanan dapat menambah buruk keadaan ekzema. Berhati-hati bila makan di kedai kerana boleh dikatakan hampir 100% makanan yang dimasak di kedai-kedai dan restoren-restoren mengandungi MSG tiruan untuk memuaskan tekak pelanggan. Antara bahan MSG tiruan yang digunakan ialah seperti bahan perasa (ajinomo*o, magg*e cukup rasa, dll), kiub ayam, kiub bilis, perencah sedia guna, sos-sos makanan dan sebagainya. Lebihkan memasak sendiri di rumah dan elakkan daripada membeli dan menggunakan semua bahan perasa MSG untuk sajian hidangan yang lebih sihat.

Perlu juga diketahui bahawa MSG semulajadi juga terdapat dalam sayur-sayuran seperti brokoli, tomato, kale dan bayam. Sayuran ini dapat menimbulkan rasa gatal pada ekzema. Ini tidak bermaksud bahawa sayur-sayuran ini tidak bagus, tetapi sayuran ini menjadi masalah jika anda mengalami ekzema dan sensitif kepada salicylates, amino atau MSG.

5. MAKANAN SEGERA & MAKANAN RINGAN

Kajian yang dibuat di New Zealand mendapati kanak-kanak yang makan makanan restoren segera 3 kali seminggu atau lebih, adalah lebih mudah untuk mendapat ekzema yang teruk berbanding kanak-kanak yang lain. Kajian oleh Universiti Auckland menggunakan data antarabangsa yang dikumpulkan daripada lebih  2 juta kanak-kanak mendapati, mereka bukan sahaja mudah mendapat ekzema, malah turut mudah mendapat asma/lelah.

Elakkan memanjakan diri dengan jajan-jajan yang ternyata tidak berkhasiat dan amalkan ‘real food‘ dalam menu seharian. Pergi ke pasar dan belilah ayam, ikan, sayuran yang segar dan masih penuh dengan vitamin berbanding mengambil makanan yang telah disalut dengan pelbagai perisa tiruan.

6. MAKANAN YANG DIPROSES

Makanan sejuk beku seperti nuget, sosej, kentang goreng dan seumpamanya mengandungi nitrat, perasa tiruan dan lemak tepu yang tinggi yang menyebabkan rasa gatal yang lebih teruk kepada ekzema.

Anda juga perlu tahu bahawa sos-sos seperti kicap, sos tomato, sos cili, mayonis dan pelbagai lagi sos perasa makanan juga termasuk dalam golongan makanan yang diproses. Kicap contohnya, adalah sangat tinggi dengan amino dan MSG, yang menyebabkan timbulnya masalah ekzema dan radang kulit yang lain.

 

 

7. GLUTEN

7-jenis-makanan-yang-perlu-dielakkan-pesakit-ekzema-gluten

Terdapat kajian yang menyatakan gluten juga dapat menimbulkan kegatalan ekzema kepada sesetengah orang. Gluten adalah sejenis protein (peptida) yang terdapat pada gandum dan tepung. Walaupun gluten biasanya dikaitkan dengan coeliac disease, terdapat kajian yang menyatakan coeliac dan ekzema adalah berhubung kait rapat.

Antara makanan mengandungi gluten ialah roti, biskut, pasta, mee dan kuih-muih yang diperbuat daripada tepung gandum. Kini sudah terdapat banyak produk yang dilabelkan sebagai gluten-free bagi memberi pilihan yang lebih sihat kepada pengguna.

7 jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit ekzema di atas bukanlah tidak berkhasiat ataupun boleh menyebabkan ekzema bagi orang-orang yang sihat, tetapi 7 makanan ini menjadi sedikit bermasalah jika anda telahpun menghidapi ekzema. Tidak salah jika beri peluang untuk diri anda berpantang selama sebulan dari makanan-makanan  ini dan lihat hasilnya. Sekurang-kurangnya anda dapat mengetahui apa makanan yang perlu anda kurangkan untuk menghalang kegatalan ekzema anda.

Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza kepada 7 jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit ekzema ini, anda tidak akan tahu makanan mana yang tidak sesuai untuk anda tanpa mencuba untuk berpantang. Mulakan dengan mengurangkan gula dan makanan segera dan diproses, pasti anda akan dapat lihat kesan positif kepada ekzema anda. Bukankah berbaloi jika anda dapat mengawal ekzema setelah mengetahui punca sebenar ia menyerang?

Selain itu jangan lupa banyakkan pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi omega 3, vitamin C & anti-histamin untuk membantu mengawal ekzema anda.

 

suplimen untuk ekzema

 

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post