manfaat detoks4 (2)

8 MANFAAT DETOKS

Seperti yang kita tau, detoks merupakan cara untuk kita boleh mengurangkan toksin berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan. Hari ni saya nak bagitau apakah sebab-sebab khusus mengapa kita perlu fokus dalam membersihkan tubuh kita dan 8 manfaat detoks yang perlu kita tahu.

manfaat detoks (2)

KESAN POSITIF DETOKS

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda perbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:

 

1) PENGURANGAN BERAT BADAN

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. “Signaling gene” bertanggungjawab kepada kilang lemak kita, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi dan mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Akhirnya, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

 

2) MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)

Pernah tak rasa seperti telah duduk di tandas seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar sebab perut sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan kita, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem penghadaman kita. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan kita akan rasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan kita mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan kita dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh.

 

3) MEMBERI TENAGA

Tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan kita cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh kita dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks, dapat membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh kita lebih tenaga dan stamina untuk kita melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan.

 

manfaat detoks5

4) MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Membersihkan tubuh kita dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk inginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Lepas detoks, dah boleh say bye bye kepada kafein, gula dan lemak! Dan sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginanan nak makan makanan yang lebih sihat!

 

5) KULIT LEBIH CANTIK

Kulit merupakan organ luaran kita yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman kita. Kulit kita membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh kita dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah kita. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan kita dan apabila ia tidak lagi terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit kita. Bayangkan kulit yang bersih dan bersinar. Siapa tak nak kan?

 

6) MENGURANGKAN TEKANAN

Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan? Ya, apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda kita akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh kita, kebolehannya untuk menyerap nutrien juga akan menurun dan tubuh akan mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika badan telah mengeluarkan toksin, badan kita boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh kita untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan kita untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.

 

7) MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Radikal bebas! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang teruk ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasikita dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu kita untuk menghindari toksin dan menghalang pembiakan radikal bebas ini, malah badan kita akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

manfaat detoks6

8) TIDUR LEBIH LENA

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan bebas. Radikan bebas, juga mengakibatkan hormon tidur kita meningkat dan mengganggu corak tidur kita dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem kita ini dengan proses detoks dapat membantu badan kita untuk set semula corak tidur kita. Kita pasti dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.

 

Bestkan detoks ni korang? JOM DETOKS! untuk hidup yang lebih sihat dan bahagia 🙂

Ketahui juga,

 

PROGRAM 7 HARI DETOX CARA SHAKLEE & TESTIMONIAL 

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN DETOX CARA SHAKLEE?

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post