Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat dan gojes sentiasa ye. Hari ni saya nak berkongsi tentang 9 tanda waktu subur wanita. Wanita ni memang Allah ciptakan dengan sangat istimewa. Kadang-kadang kita selalu cakap suami susah nak faham diri kita, padahal kita sendiri pun tak faham tentang diri kita :). Betul tau, jangan tak tau yang sebenarnya ramai wanita tidak memahami diri sendiri, lebih-lebih lagi dari sudut kesihatan. Ok berapa ramai antara anda semua tau masa bila korang subur?

 

Yup, subur maksud saya adalah waktu di mana ovum anda berada dalam keadaan paling bersedia untuk berovulasi atau bersenyawa dengan sperma dan anda dapat hamil. Sebenarnya ramai wanita yang tidak tahu apakah tanda waktu subur mereka. Saya berharap perkongsian saya hari ini dapat membantu anda semua untuk membuat perancangan keluarga sama ada untuk mendapatkan anak ataupun menjarakkan kehamilan. Ok, mari kita tengok apakah sebenarnya tanda-tanda waktu subur wanita.

 

9 TANDA WAKTU SUBUR WANITA

tanda waktu subur wanita

 

1) TEKSTUR & WARNA CECAIR SERVIKS

Tanda subur wanita boleh dilihat apabila berlakunya cairan berupa lendir pada serviks (pangkal rahim). Tekstur dan warna cairan yang hadir sebagai tanda subur wanita adalah berbeza daripada keputihan yang berlaku pada hari-hari biasa. Ini kerana, menjelang ovulasi lendir akan menjadi lebih cair dan kelihatan agak jernih.

tanda-subur-wanita-3

 

2) SUHU BADAN MENINGKAT

Proses ovulasi dapat meningkatkan suhu basal tubuh anda. Jadi, anda perlu tahu suhu tubuh badan anda pada hari-hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur. Gunakan carta untuk mencatat suhu badan anda setiap hari.Oleh kerana perbezaan suhu badan ketika waktu subur dan hari-hari biasa tidaklah begitu banyak, pastikan anda menggunakan termometer basal yang tepat & stabil bacaannya. Setelah 2-3 hari tubuh anda mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.

 

3) MERASA LEBIH GHAIRAH

Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat atau ‘libido’. Secara semula jadi, anda juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda. So bagi yang memang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, inilah masanya nak menggoda suami anda 🙂 Dan bagi yang nak menjarakkan kehamilan, jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga 🙂

 

4) CRAMP / KEJANG PERUT

Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid. Jika ia berlaku di luar waktu haid, maka ia juga salah satu tanda subur wanita. Sebahagian wanita mengaku bahawa mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi.

 

5) POSISI SERVIKS

Tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat dikenalpasti dengan mengenal pasti perubahan pada bahagian serviks. Semasa dalam tempoh kurang subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah (senang dirasa).

Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi (susah dijangkau). Waktu terbaik untuk memeriksa serviks ini adalah di malam hari. Pastikan tangan anda bersih sebelum memeriksa serviks. Seperkara lagi, jangan mengelat memeriksa serviks setelah hubungan seksual. Ini kerana, rahim anda tidak berada dalam keadaan normal semasa berhubungan.

tanda-subur-wanita-4

 

6) TOMPOKAN DARAH

Berbeza daripada haid, timbulnya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi. Oleh itu, paras progesteron akan turut menurun dan berlaku luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.

 

7) PAYUDARA TERASA BENGKAK

Akibat peningkatan hormon, payudara anda akan terasa sedikit bengkak dan nyeri ketika ovulasi. Terdapat wanita yang bukan hanya merasakan bengkak pada payudara, tetapi juga pada bahagian lain tubuh.

 

8) DERIA RASA & BAU YANG LEBIH TAJAM

Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur. Oleh itu, anda mungkin akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi. Mungkin inilah sebab kenapa wanita mengaku akan makan lebih banyak selepas beberapa hari period kan?

 

9) KEPUTUSAN POSITIF OPK

Jika anda ingin mengetahui cara yang lebih tepat apabila sedang mengalami ovulasi, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.

tanda-subur-wanita-5

 

Itulah dia antara 9 tanda waktu subur wanita. Tanda-tanda di atas juga dapat anda gunakan jika anda tidak mempunyai kitaran haid tetap, sama ada akibat stres, ketidakseimbangan hormon, atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin. Di bawah pula adalah jadual kitaran haid bagi seorang wanita yang normal sebagai rujukan anda.

 

tanda waktu subur wanita 2

 

Shaklee juga ada mencadangkan beberapa vitamin dalam Set Kesuran Shaklee sebagai usaha untuk meningkatkan kesuburan suami isteri yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat (TTC try to conceive).

 

KLIK SINI untuk membaca khasiat setiap vitamin dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ini.

 
Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Minurul Legacy (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu, Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post