TENTANG KAMI

Alhamdulillah..

Dengan rahmat Allah, vitaminurul.com telah diwujudkan untuk menjadi sebahagian dari perjalanan bisnes Shaklee saya.

 

Saya, Nurul Zakeyah a.k.a Jacky Bass, wife to Mr. Khamirul and mama to lovely Eleanoor Raudhah, Eidlannoor Salahuddin dan Eisyanoor Radhwa. Saya merupakan seorang bekas Assistant Manager di ibu pejabat sebuah bank tempatan di Kuala Lumpur dan telah meletakkan jawatan pada hujung tahun 2016. Kini saya merupakan seorang Working At Home Mom (WAHM) full time bersama Shaklee di bawah company saya sendiri iaitu Minurul Legacy. SAy telah bergelar Shaklee Independent Distributor selama 5 tahun, iaitu setelah merasai kesan daripada Set Breastfeeding Shaklee yang saya amalkan untuk menambah susu badan untuk anak pertama saya.

 

Saya bergiat aktif sebagai Shaklee Independent Distributor sejak November 2012, dan kini memegang rank Key Coordinator di dalam Shaklee Malaysia. Shaklee banyak merubah kehidupan saya dari segi kesihatan, kewangan dan rohani saya. 5 tahun bersama Shaklee, saya sentiasa rasa dihargai. Shaklee bukan bisnes biasa-biasa. It is a real business, real people, real products. Bersama bisnes ini, saya dapat banyak sangat keistimewaan. Antaranya:

Monthly cash income
Monthly car bonus (juga dalam bentuk cash)
5 stars local & international trips
Recognition di National Conference setiap tahun

Pendapatan saya dari Shaklee juga menjadi penyebab saya meletakkan jawatan sebagai pegawai bank dan memilih untuk fokus pada bisnes ini hanya dari rumah sambil menjaga nak-anak saya dengan tangan saya sendiri. Ilmu, leadership dan ukhuwah yang saya belajar dalam team Shaklee sangat berharga dan menjadikan orang yang lebih baik. Saya bersyukur sangat Allah lorongkan jalan untuk saya ‘terjebak’ dengan brand ini.

993521_10151544491789093_591003072_n copy

Bersama suami dan anak saya di Shaklee National Conference 2013

IMG_3805 copy

Bersama suami, anak perempuan kami dan sarat mengandungkan anak kedua kami di Shaklee National Conference 2014.

10665706_10152518212179093_8691094662163745436_n copy

Saya bersama suami dan anak-anak kami di Shaklee Motivation & Recognition Rally 2014 

tentang-saya

Di Shaklee National Conference 2016 bersama suami dan anak-anak, dan saya sedang mengandungkan anak ketiga kami.

tentang-saya1

Anugerah-anugerah yang saya terima daripada Shaklee sejak 5 tahun menjadi Shaklee Independent Distributor.

tentang-saya-3

5 stars international trip ke Italy yang Shaklee hadiahkan kepada saya.

 

Teruskan bersama saya untuk info-info kesihatan dan cadangan-cadangan vitamin Shaklee yang dapat membantu menambah baik kesihatan anda, dan juga peluang-peluang untuk menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh Shaklee kepada anda.

 

Saya juga akan turut berkongsi pengalaman sendiri berkenaan kehamilan, penyusuan susu ibu, parenting, kesihatan, kecantikan dan kehidupan saya yang boleh memberi manfaat kepada para pembaca dan pelanggan Vitaminurul.com. InshaAllah.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.