Ada-Apa-Dengan-Cinta-AADC-2

28 April 2016, tarikh pelancaran filem Ada Apa Dengan Cinta 2 di Malaysia. Antara cerita yang saya tunggu-tunggu, pembawaan zaman muda-mudi dulu-dulu. Seingat saya, filem AADC ditayangkan ketika zaman saya di Kolej Matrikulasi Pahang, zaman bersuka-ria, langsung tak ambil serius tentang pelajaran, zaman result tak bagus, nasib baik masih jadi orang sekarang, hihi.

 

So, saya dan kawan-kawan ofis mencuri 1 hari selepas waktu kerja untuk dijadikan girls movie night kami. Thank you hubby yang tak pernah halang saya untuk keluar dengan kawan-kawan berhibur dan tolong jagakan anak-anak. Love you. Siap layan wife dia ni suruh download AADC untuk tengok lagi sekali sebelum tengok AADC 2 di wayang. Saya dan 3 lagi kawan ke TGV KLCC selepas waktu kerja pada hari Jumaat, memang ramai sangat orang bila kami keluar dari wayang, maklumlah malam minggu. Wayang pun penuh hari tu, memang meriah penangan AADC 2.

ada apa dengan cinta 2 copy

 

Review Ada Apa Dengan Cinta 2 dari sudut pandangan saya.

Sebab cerita ni dah nak masuk sebulan di wayang, so saya rasa takpe kot kalau saya nak cerita review dan plot-plot AADC 2 ni kan, sebab dah lama. Nak jugak tak kira!

 

Pembukaan cerita dimulai dengan sesi pertemuan Cinta, Milly, Maura, dan Karmen. Semuanya datang dengan pasangan masing-masing kecuali Karmen yang baru keluar dari pusat pemulihan dadah setelah ditinggalkan suaminya. Cinta kini sudah memiliki studio seni sendiri dengan beberapa orang staf. Milly sedang pregnant dan surprisingly berkahwin dengan Mamet yang selalu mereka buli di SMA dulu dan Maura pula sudah anak 3 tapi masih gorgeous. Cinta juga menggunakan  peluang pertemuan mereka hari itu untuk mengumumkan pertunangannya dengan Trian, kekasihnya. Sedikit kecewa di situ, what happen to Rangga??

 

Rangga pula masih di New York, meneruskan kehidupan di sana, masih bersendirian dengan puisi-puisinya, memiliki sebuah cafe kecil dan menjadi penulis untuk majalah di sana. Ternyata diorang dah putus, sedih ūüôĀ sebab lari dari keterharuan penutup AADC tahun 2002 yang best di airport. Walau mereka terpisah dari segi jarak di pengakhiran AADC, tapi ¬†ia menjadi sebuah perpisahan yang indah (gitew).

 

Kemudian plot cerita diteruskan dengan riang-ria mereka 4 sahabat bercuti di Jogjakarta tanpa Alya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan beberapa tahun lalu. Peluang ke Jogjakarta digunakan sebagai girls trip tanpa pasangan masing-masing sambil mengalu-alukan kehidupan baru buat Karmen yang memerlukan sokongan mereka. Dan Cinta juga kebetulan ingin menghadiri satu pameran seni di sana.

 

ada apa dengan cinta 2 1

 

Takdir akhirnya membawa Rangga dan Cinta bertemu kembali. Rangga yang menerima kunjungan dari adik tirinya di New York, memintanya datang berjumpa dengan ibu mereka yang selalu teringatkannya di Jogjakarta. Walau pada mulanya dia enggan, tapi kerana urusan kerja yang memerlukan dia ke sana, maka dia memasang niat untuk menemui ibunya. Destinasi pertama bila Rangga sampai ke Jogjakarta, adalah rumah lama Cinta, tapi keluarga Cinta sudahpun berpindah.

 

Yup, Rangga dan Cinta telah lama berpisah, kecewa sangat sebagai penonton AADC yang mengharapkan cinta SMA mereka bahagia sampai bila-bila. Tapi barulah boleh buat cerita kan, kalau happily ever after tak perlulah AADC 2 ni.

 

Mulanya Karmen dan Milly yang terserempak dengan Rangga dan mengekorinya, dan Rangga menyatakan hasratnya untuk menemui Cinta. Cinta bersedia menemui Rangga dengan satu alasan, untuk mengetahui  kenapa 9 tahun dia ditinggalkan begitu sahaja, hanya dengan sepucuk surat dari New York. Kawan-kawannya merasakan adil untuk Cinta mendapatkan penjelasan Rangga bagi Cinta meneruskan kehidupannya bersama Trian selepas ini. Jika dulu Alya yang banyak memahami perasaan Cinta kepada Rangga, kini watak Alya diganti oleh Karmen yang bagai senasib dengan Cinta yang ditinggalkan lelaki kesayangan mereka.

 

Tidak seperti AADC yang sangat simple, watak Rangga & Cinta dalam AADC 2 sangat berdimensi sebagai dua orang dewasa yang bekerjaya yang membawa kenangan berat di dalam hati masing-masing. Watak Rangga juga tidak lagi polos seperti dulu, wataknya lebih menarik dengan mainan emosi gembira, kelakar, walau sikap dinginnya masih terasa. Rangga juga nampak sedikit licik apabila berjaya memanjangkan pertemuannya dengan Cinta yang sepatutnya hanya sejam menjadi seharian sehingga pagi keesokan harinya. Pertemuan satu malam ini akhirnya menjadi penentu keputusan perasaaan mereka untuk selamanya.

 

ada apa dengan cinta 2 3

 

Peluang pertemuan mereka berdua bagai membawa penonton bersama menjelajahi tempat-tempat menarik di Jogjakarta, sambil Rangga dan Cinta kembali mengenali hati budi masing-masing kembali setelah 9 tahun berpisah.

 

Apa alasan Rangga meninggalkan Cinta begitu sahaja?? Setelah Cinta merasakan hubungan mereka lebih kuat setelah keluarga Cinta bersama-sama ke New York untuk melawat Rangga di sana? Jeng-jeng-jeng.

 

Ternyata alasan Rangga adalah kerana dia merasakan dia tidak dapat memberikan kebahagian kepada Cinta (aaaaah alasan lelaki!!). Sebelum Cinta sekeluarga pulang ke Indonesia, ayah Cinta berpesan kepada Rangga, “Rangga, cepat-cepat habis belajar dan pulang ke Indonesia untuk bekerja, jangan biar Cinta menunggu terlalu lama‚ÄĚ. Rangga yang baru kematian ayahnya, dan pelajarannya yang terjejas, merasakan dia tidak mampu untuk membuat Cinta bahagia, apa lagi melihatkan keluaga Cinta yang perfect. Maka dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan Cinta selepas itu, dan hanya memutuskan hubungan mereka dengan sepucuk surat dari New York. Cinta yang frust sangat-sangat ketika itu bertuah kerana mempunyai Alya, Karmen, Milly dan Maura untuk menyokongnya agar pelajaranya tidak terjejas.

 

Mudahnya, cinta rasa dia harus memaafkan Rangga, kerana mereka berdua bukan budak SMA lagi. Masing-masing sudah dewasa. Tapi sempat Cinta menyingggahkan satu tamparan di pipi Rangga apabila masih terbawa dengan rasa marah dan kecewa yang dirasakan selama 9 tahun ini.

 

ada aa dengan cnta 2 3

 

 

Setelah masing-masing memaafkan, Rangga meminta kebenaran untuk membawa Cinta ke suatu tempat, siap sewa jeep lagi si Rangga ni. Memang licik untuk menggunakan masa mereka yang terhad tu untuk berdua-duaan. Mereka berbual tentang perkembangan masing-masing- kerjaya, beza melancong dengan travel, kekasih, kopi, dan banyak lagi hal lain. Ini membuatkan scene¬†seharian mereka itu terasa panjang, mereka mengelilingi banyak tempat menarik di Jogjakarta. Dari Candi Borobudur ke kedai Klinik¬† Kopi, ke pertunjukan Papermoon Puppet Theater yang mereka tonton, kemudian hiking dan menunggu sun rise di Punthuk Setumbu, dan kemudian memanjat Kuil Bukit Rhema, sebuah kuil di tengah hutan berbentuk burung merpati. Tetapi saya enjoy perjalanan ‚Äėdating’ mereka ini kerana perbualan-perbualan Rangga dan Cinta yang membuat hati terbuai sepanjang perjalanan mereka dengan gelak tawa, senyuman, pergaduhan dan sesi memujuk dua watak ini. Setelah seharian menghabislan masa bersama, pagi itu Rangga akhirnya menghantar Cinta ke Villanya kembali, dan silap Cinta kerana menghadiahkan sebuah ciuman kepada Rangga sebelum mereka berpisah. Ciuman yang meninggalkan persoalan, adakah masih ada cinta antara mereka. Dan macam biasalah tengok wayang kat Malaysia ni, scene tu kena potong, damn!

 

ada apa dengan cinta 2 5

 

Setelah habis kisah percutian 4 sahabat ini di Jogjakarta, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Cinta cuba meyampaikan apa yang telah berlaku di sana kepada tunangnya Trian, tapi tidak berpeluang. Sehinggalah Rangga menghubungi Cinta melalui Line menyatakan hasratnya untuk ke Jakarta dan menemui Cinta sekali lagi. Cinta tidak bersetuju, tetapi Rangga datang ke ofis Cinta untuk meminta penjelasan Cinta tentang ciuman mereka di Jogjakarta. Dan Cinta nyata menafikan perasaannya dengan mengatakan ciuman itu adalah satu kesilapan. Di sana, Trian terserempak dengan Rangga, dan menagih penjelasan dari Cinta. Dengan fikiran yang berkecamuk, malam itu Cinta hampir terlibat dengan satu kemalangan, dan kejadian itu memberikan satu kesedaran untuknya.

 

Ok, dah sampai ending, saya rasa saya tinggalkan ending cerita kegemaran saya ini untukk anda tonton sendiri, baru syok! Hihi. Tengok jangan tak tengok. Bolehlah tatap wajah kacak Rangga dan wajah cantik Cinta nanti. Jangan marah!

 

Soundtrack AADC 2 bertajuk Ratusan Purnama nyanyian Melly Goeslaw dan Marthino Lio memang best dan membuai rasa. Dan lagu-lagu lain di dalam cerita ini kebanyakannya di ambil semula dari cerita AADC dulu, so boleh la nyanyi sama bagi yang masih ingat lirik. Saya memang beli kaset dia dulu, sebab bagi saya lagu-lagu Melly Goeslaw memang best dan ada sesuatu sangat. Bila dengar terus macam terkenang kenangan-kenangan indah dan duka gitu. Hahaha.

 

Ok, sampai di sini dulu review AADC 2 versi Jacky. Kalau korang macam saya, memang best cerita kali ni kalau nak dibandingkan dengan yang dulu, lebih dewasa, lebih mantap. Kalau korang jenis yang tak layan cerita-cerita dramatis macam ni, maybe agak boring bagi korang. Apa pun, I love it! Rasa nak ulang-ulang tengok lagi nanti.

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...