“Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes. masyarakat negara ini perlu memandang serius masalah ini supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos untuk merawat penyakit tersebut amatlah tinggi.”

-Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

__________

“Jumlah penghidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas. Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.”

-Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti

___________

“Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai”

-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

____________

“Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan ke-6 di Asia Pasifik dari segi obesiti.”

-Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong

_____________

Hakikatnya statistik yang amat menggerunkan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Adakah kita salah seorang daripada statistik ini?

 

APA ITU DIABETES/KENCING MANIS?

komplikasi diabetes 1

Jadual bacaan ujian tahap gula di dalam darah orang normal, prediabetes & pesakit diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan hormon insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Insulin berfungsi menukarkan makanan yang kita makan kepada gula dalam badan kita (glucose). Insulin akan digunakan untuk membawa gula/glucose dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

 

komplikasi diabetes 2

Fungsi hormon insulin.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

 

JENIS-JENIS DIABETES/KENCING MANIS

komplikasi diabetes 3

Jenis-jenis diabetes/kencing manis.

 

1) Diabetes Primer

– Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.

– Jenis II (NIDDM)
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

 

2) Diabetes Sekunder

Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

 

SIAPA BERISIKO MENDAPAT DIABETES/KENCING MANIS?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

  • Berumur 35 tahun atau lebih tua.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Gaya hidup yang tidak aktif.
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

 

GEJALA & TANDA-TANDA DIABETES/KENCING MANIS

komplikasi diabetes 4

komplikasi diabetes 5

5 KOMPLIKASI DIABETES PALING BAHAYA

Sebahagian besar pesakit diabetes tidak sedar tentang bahaya komplikasi yangboleh terjadi akibat diabetes. Di sini disenaraikan 5 komplikasi diabetes yang paling bahaya:

 

Komplikasi diabetes 1: Kegagalan Buah Pinggang/Ginjal

komplikasi diabetes 8

Dengan meningkatnya kadar gula dalam darah, tugas buah pinggang menjadi lebih berat. Tugas sebenar buah pinggang adalah untuk menapis racun dari badan. Tetapi dengan meningkatnya kadar gula darah, buah pinggang tepaksa menapis gula berlebihan dan membuangnya melalui air kencing/urin. Akibatnya, buah pinggang boleh mengalami kerosakan sehingga parah. Antara penyelesaian sementara yang boleh diambil apabila buah pinggang sudah rosak ialah dengan membuat cucian darah berjadual, tetapi penyelesaian sebenar adalah dengan menggantikan buah pinggang rosak itu dengan buah pinggang baru daripada penderma organ.

 

Komplikasi diabetes 2: Mata yang Kabur & Buta

komplikasi diabetes 9

Retinopati diabetik merupakan kerosakan mata yang disebabkan oleh meningkatnya kadar gula darah. Jika tidak diberi rawatan awal, ia mampu menggangu penglihatan di mana retina (lensa mata) telah mengalami kerosakan. Antara kaedah rawatan yang ada ialah dengan pembedahan menggunakan laser. Penglihatan yang kabur ini jika tidak diberikan rawatan boleh mengakibatkan retina mata rosak teruk dan tidak boleh berfungsi lagi sehingga menyebabkan pesakit buta.

 

Komplikasi diabetes 3: Penyembuhan Luka yang Sangat Lambat

komplikasi diabetes 6

Untuk pesakit diabetes, luka biasa yang tidak disedari atau tidak dirawat segera boleh melarat dan menjadi luka yang besar dan parah. Hal ini disebabkan oleh kadar gula dalam darah pesakit yang tinggi yang boleh memberi kesan kepada saraf (neuropathy) dan mengakibatkan aliran darah yang lemah untuk pergi ke  bahagian luka dan menyukarkan pembaikan luka. Jika luka ini tidak sembuh dalam tempoh yang lama, ia boleh mengakibatkan serangan fungal, serangan bakteria dan gangrene. Oleh itu, pesakit diabetis sangat perlu berhati-hati agar tidak terjadi luka pada kulit mereka dan segera merawat jika mengalami luka.

 

Komplikasi diabetes 4: Jangkitan dan Ulcer Pada Kaki

komplikasi diabetes 7

Kesan daripada diabetes yang kronik pada kaki boleh dilihat seperti kulit kering dan senang merekah akibat kurang berpeluh, peningkatan pigmentasi (hyperpigmentation) pada kulit dan juga jangkitan kulat pada kaki dan kuku. Selain itu, diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf (neuropati) dan penyakit vaskular. Dua faktor ini boleh mempercepatkan lagi kerosakan pada kaki sekiranya tahap glukosa tidak terkawal. Neuropati akan menyebabkan seseorang tidak sedar akan kerosakan pada kakinya sekiranya terdapat luka, pecah atau pun kudis (ulser). Masalah ini menyebabkan ulser mudah terbentuk terutamanya pada bahagian yang terkena atau menampung banyak tekanan. Penyakit vaskular pula menyebabkan nutrisi dan oksigen tidak sampai pada kaki dan seterusnya menyebabkan luka lambat sembuh.

Antara 60 hingga 70 peratus pesakit diabetes akan mendapat masalah neuropati pada kaki mereka. Dari jumlah ini, 25 peratus akan mendapat masalah ulser yang kronik. Dari 25 ini pula, separuh akan mendapat jangkitan kuman yang memerlukan rawatan intensif seperti kemasukan wad, antibiotik intravenus dan pembedahan mencuci luka. Apabila luka sudah parah, pembedahan dan pemotongan bahagian luka akan dilakukan dengan harapan dapat mencegah infeksi melarat ke bagian kaki/tubuh yang lain.

 

Komplikasi diabetes 5: Serangan Jantung & Stroke

komplikasi diabetes 10

Diabetes secara umumnya meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular. Serangan jantung dan stroke sangat berkait rapat dengan pesakit diabetes kerana risiko terjadinya pembuluh darah tersumbat akan semakin meningkat. Pembuluh darah tersumbat akan menyebabkan nutrisi dan oksigen sukar untuk sampai ke bahagian-bahagian tubuh. Serangan jantung terjadi akibat terdapatnya plak kolesterol yang tersangkut pada kapilari darah yang sempit dan mengakibatkan saluran darah itu tersumbat. Manakala stroke pula terjadi apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu. Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

 

Pencegahan penyakit diabetes ini amat perlu dilakukan dari peringkat umur yang muda. Pemakanan yang sihat harus diamalkan agar diabetis dapat dielakkan sama sekali. Shaklee mempunyai rangkaian produk untuk membantu mengawal masalah tinggi gula dalam darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes/kencing manis dan juga kita yang ingin mencegah penyakit diabetes.

 

KLIK SINI untuk mengetahui bagaimana Shaklee Vivix dapat mencegah dan merawat komplikasi diabetes.

 
Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post