Alhamdulillah, dengan rahmat yang Maha Esa, saya telah selamat melahirkan anak ketiga saya pada 27 September 2016 yang lepas. Alhamdulillah bayi perempuan kami dilahirkan sihat dengan berat 3.9kg di Full Paying Patient Scheme, Hospital Selayang oleh Dr. Daniel Philip, ketua jabatan O&G Hospital Selayang. Ini adalah kali ketiga saya menggunakan perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) di sini. Jika sebelum ini saya memilih Dr. Haji Roslan untuk menyambut kelahiran anak pertama dan kedua saya, kali ini saya memilih Dr. Philip kerana Dr. Haji Roslan telahpun bersara dari berkhidmat di Hospital Selayang.

full-paying-patient-3

Our princess Eisyanoor Radhwa, 2 days old.

 

Ketika usia baby 7 bulan dalam kandungan, saya mula menjalani check-up bulanan dengan Dr. Philip di Hospital Selayang. Sebelum itu saya hanya menjalani check-up bulanan di Klinik Seri Indah Taman Samudera yang berdekatan dengan rumah saya. Klinik ini menjalankan prosedur yang sama seperti klinik ibu dan anak kerajaan, malah buku rekod check-up juga lebih kurang sama, so saya just bawa buku rekod check-up bulanan saya di klinik tersebut ketika mula chek-up dengan Dr. Philip.

 

Pada 27 September jam 9 pagi, di usia kandungan saya 39 minggu, saya mendaftar di wad bersalin Hospital Selayang seperti yang diminta oleh Dr. Philip. Saya ditempatkan di wad bersalin 5A sementara menunggu untuk dibawa ke bilik bedah (OT) pada petang tersebut. Proses c-sec saya dijadualkan pada pukul 5 petang, iaitu selepas office hour. Itu adalah antara prosedur baru FPP kini supaya rawatan untuk pesakit bukan FPP tidak terganggu. Semasa pendaftaran ini, saya perlu membuat bayaran sebanyak RM3000 sebagai deposit, jika total bill nanti kurang dari jumlah tersebut, balance akan dikembalikan. Jika lebih, kita kena top-up la. Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun kad kredit.

full-paying-patient-1

Posing dengan encik suami sebelum masuk wad.

 

full-paying-patient-2

Bilik 5A, Wad Bersalin Hospital Selayang.

 

Saya sudah mula berpuasa bermula jam 9 pagi tersebut sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan. Pada pukul 5 petang, nurse datang untuk menukar pakaian saya dan memberi saya makan ubat. Perasaan masa tu berdebar juga walau dah kali ketiga nak c-sec, masa tu doa banyak-banyak dan tawakkal saja pada Allah. Encik suami dibenarkan untuk menghantar saya sehingga ke luar bilik bedah, rasanya dia jauh lagi berdebar dari saya pada masa tu.

full-paying-patient-4

Malu nak tunjuk muka 🙂 Ni selepas dah tukar baju dan makan ubat, sebelum nurse tolak masuk OT.

 

Proses kelahiran secara pembedahan berjalan lancar. Setelah disuntik epidural oleh pakar anesthesia, Dr. Philip memulakan pembedahan, tak sampai 15 minit sudah kedengaran suara baby saya menangis. Ya Allah, menitis air mata masa tu, bersyukur sangat dengan kuasa-Nya. Setelah doktor pakar bayi membersihkan baby, nurse membawa baby kepada saya untuk skin-to-skin. Indahnya perasaan waktu tu, melihat baby saya sihat dan sangat comel. Dia merengek-rengek dan jari-jarinya bermain di muka saya. Setelah selesai semuanya, Dr. Philip sempat menjenguk baby dan berkata ” Hi beautiful, you are soo strong! 3.9 kg!”. Jam 6.15 p.m. saya dan baby di bawa keluar dari bilik bedah dan menunggu untuk di bawa ke wad. Apabila melihat kami keluar, jelas wajah suami saya kelegaan dan tersenyum lebar.

 

Kami dibawa ke wad 11B, dan suami terus mengiqamatkan baby dan seerusnya saya memberi susu badan kepada baby. Kali ni tiada single room dan 2 bedded room yang available, jadi saya ditempatkan di 4 bedded room. Tapi sebab tiada patient lain, saya duduk la sorang je kat dalam bilik yang besar tu. Emak dan husband saya pun selesa nak bergerak dan jaga saya. Sepanjang di sana, saya dapat room in dan menyusukan baby dengan susu badan dengan baik. Baby pun pandai sangat menyusu. Macam biasa, bila dah boring-boring dalam bilik tu, saya ambillah sedikit gambar sebagai kenangan, walaupun sebenarnya tak dibenarkan ambil gambar.

full-paying-patient-6

4 bedded room, sangat spacious, rezeki dapat duduk sorang.

 

full-paying-patient-7

Ini katil saya, baby tak nak tidur dalam katil dia, nak tidur atas katil mama.

 

full-paying-patient-5

Nampak tak nenek tertidur sambil mendodoikan cucu baru kat sudut tu. Haha.

 

Saya dan baby dibenarkan pulang setelah 3 hari 2 malam tinggal di wad ini. Total bill saya kali ni berjumlah RM3713.10. Di bawah perincian bil untuk rujukan anda:

  • Doktor- RM 1900
  • Lawatan doktor ke wad x 3 – RM 180
  • Anaestetik- RM 666.70
  • Register- RM 10
  • Dewan bedah- RM250
  • Medication- RM109.60
  • Consumables- RM 35.80
  • Investigation- RM 71
  • CTG- RM 200
  • Ward 5A- RM 130
  • Ward 11B- RM 160

 

Ramai yang bertanya kenapa saya menggunakan khidmat FPP ini berbanding perkhidmatan 1st class atau normal yang Hospital Selayang sediakan. Tetap juga Hospital Selayang kan?

 

Untuk pengetahuan anda, bagi kes saya yang terpaksa melahirkan baby secara c-sec, saya sangat menitikberatkan kemahiran doktor yang bakal membedah saya. Terlalu banyak cerita-cerita ngeri yang saya pernah dengar dan baca tentang c-sec yang terjadi komplikasi seperti tumpah darah, luka bernanah dan tidak sembuh, baby cedera dan sebagainya. Jadi saya nak doktor yang terbaik menyambut kelahiran anak-anak saya, di samping meminimakan risiko terhadap saya, dengan izin Allah. Doktor-doktor yang ditugaskan di FPP Hospital Selayang adalah doktor-doktor terbaik dari department O&G di sana. Itu adalah sebab utama saya buat keputusan untuk melahirkan anak-anak saya menggunakan full paying scheme ini.

 

 Berikut untuk rujukan anda mengenai full paying patient scheme:

HOSPITAL SELAYANG

No. Tel: 03 – 6126 3288 – kaunter Full Paying Patient (FPP)

Website: http://hselayang.moh.gov.my/ms/menu-awam/2013-10-10-09-33-28/2013-12-26-01-38-56.html

 

Baca pengalaman FPP saya yang terdahulu DI SINI.

Sekian, semoga bermanfaat sebagai rujukan pembaca semua.

Good luck!

Mama Eleanoor, Eidlannoor & Eisyanoor.

 

full-paying-patient-10

Set Bersalin Shaklee yang saya amalkan sepanjang berpantang, sesuai untuk semua ibu berpantang tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan. Luka cepat sembuh, badan pun rasa bertenaga dan yang paling best, susu badan pun banyak tau! Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi lengkap.

 

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post