Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya yang obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik. Oleh kerana statistik inilah, produk ubat kurus tumbuh bagai cendawan di pasaran tanpa menitikberatkan keselamatan pengguna. Harus diingat, jangan terlalu obses untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah sehingga memudaratkan kesihatan malahan nyawa anda. Pastikan pemilihan supplement yang anda lakukan adalah selamat dan mendapat kelulusan dari KKM.

Shaklee menawarkan set lengkap untuk membantu mendapatkan berat badan ideal secara sihat, di samping memberikan kesihatan tubuh yang lebih baik. Berikut adalah Program Slimming Shaklee dan cadangkan vitamin-vitamin yang perlu diambil untuk membantu proses menguruskan badan/ slimming. Program Slimming Shaklee mementingkan 3 langkah yang penting iaitu:
Langkah 1: Detox/Nyahtoksin
Langkah 2: Pembakaran lemak
Langkah 3: Protein untuk memberi rasa kenyang dan menghalang tubuh menggeleber
1) DETOX / NYAHTOKSIN
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tidak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.Kandungan toksin yang tinggi di dalam badan juga menyebabkan tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, proses detox sangat penting dalam menurunkan berat badan terutamanya detox usus.
Apakah produk Shaklee yang sesuai untuk detox?
ALFALFA
  • Membantu masalah penghadaman dan percernaan
  • Mencuci usus bagi membuang toksin
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melegakan sembelit
  • Mempunyai pelbagai fungsi untuk kesihatan, antaranya untuk kesihatan sendi, elergi, dan kesihatan dalaman wanita

HERB-LAX
  • Menyahtoksinkan usus besar supaya bahan-bahan yang termendap akan keluar melalui najis
  • Melegakan sembelit dan menangani kesulitan membuang air besar
  • Meningkatkan proses pencernaan secara lawas
  • Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses pembuangan semulajadi tubuh.

CINCH ENERGY TEA MIX
  • Antioksida yang sangat tinggi
  • Energy booster
  • Menggalakkan metabolisme 
  • Membakar  kalori sehingga 4 x ganda
  • Memberi lebih bertenaga
  • Melarutkan dan membakar lemak-lemak berlebihan
  • Membantu menghasilkan otot tanpa lemak
  • Agen detox yang kuat

2) PEMBAKARAN LEMAK
Apabila tubuh sudah melalui proses detox/nyahtoksin, proses penurunan berat badan akan menjadi lebih berkesan kerana tubuh mampu untuk menyerap semua nutrien dari makanan atau supplement yang diambil dengan lebih berkesan. Lecithin dan Omega Guard merupakan produk Shaklee yang berfungsi untuk membakar lemak selain dari Cinch Energy Tea Mix. Anda boleh memilih untuk mengambil Lecithin sahaja atau Omega Guard sahaja. Jika ingin memilih antara salah satu, Omega Guard memberi kesan yang lebih baik berbanding Lecithin. Tetapi jika kedua-dua produk ini diambil bersama, hasilnya akan lebih memuaskan.
LECITHIN
  • Pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane
  • Pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu memetabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
  •  Mempercepatkan pembakaran lemakuntuk kesan pelangsingan yang seimbang
  • Pelembut najisdalam meringankan sembelit, melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus

OMEGA GUARD
  • Kaya dengan Omega 3 berkualiti tinggi. Omega 3 adalah penting untuk membantu tubuh untuk respon lebih cepat kepada hormon Leptin, yang berfungsi untuk mengurangkan selera makan
  • Meningkatkan metabolisme
  • Membakar lemak badan yang berlebihan menjadi tenaga
  • Membantu penurunan berat badan ibu menyusu tanpa menjejaskan penyusuan.
  • Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah
  • Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu mengawal gula.

3) PROTEIN UNTUK MEMBERI RASA KENYANG DAN MENGHALANG TUBUH MENGGELEBER
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan. Terdapat orang yang berat badan turun tapi badan menjadi menggeleber. Shaklee mementingkan pemeliharaan otot dalam proses menghilangkan berat badan supaya badan akan kekal tegap walaupun banyak lemak dan berat telah hilang.
CINCH SHAKE (FLAVOUR: CHOCOLATE/ LATTE/VANILLA)
  • Diperkaya dengan  Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa mengurangkan berat badan
  • Leucine dalam Cinch membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara dan memastikan  jisim otot yang sihat.
  • Membantu membina otot dan meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak
  • Mengurangkan rasa lapar dan menghalang pengambilan makanan ringan di antara waktu makan
  • Mengandungi kandungan serat yang tinggi
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membekalkan tenaga dengan segera untuk menjalankan aktiviti seharian
  • Memberi rasa kenyang yang lama dan mengurangkan rasa lapar
  • Mempunyai indeks glisemik yang rendah , melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa
  • Sangat sesuai untuk ibu menyusu dan pesakit diabetis yang ingin menurunkan berat badan

 Apakah perbezaan Cinch Shake & ESP?
– Cinch mempunyai 3 perisa iaitu Vanilla, Chocolate and Café latte manakala ESP pula mempunyai satu perisa iaitu Vanilla.
– ESP lebih digalakkan untuk ibu menyusu yang ingin berdiet kerana kandungan kalori yang lebih tinggi untuk disesuaikan dengan keperluan tumbesaran bayi selain membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu badan.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi lengkap pilihan produk manakah yang bersesuaian dengan keperluan diet dan bujet anda.

Klik SINI untuk melihat testimonial-testimonial bergambar pengguna-pengguna Set Slimming Shaklee yang sudah berpuas hati dan mencapai berat dan bentuk badan yang diidamkan.

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Puchong

Related Post