Teman Kesihatan & Kecantikan Anda
  • Home
  • TENTANG KAMI
    • PENGEDAR SHAKLEE GONG BADAK, UNISZA & UMT, TERENGGANU
  • PRODUK SHAKLEE 2018
    • HARGA PRODUK SHAKLEE
  • SET KESIHATAN SHAKLEE
    • SET KESUBURAN SHAKLEE
    • SET HAMIL SHAKLEE
    • SET BERSALIN SHAKLEE
    • SET BREASTFEEDING SHAKLEE
    • SET KECANTIKAN SHAKLEE
  • DAFTAR KEAHLIAN
  • HUBUNGI KAMI
    • CARA ORDER
    • PENGEDAR SHAKLEE AKTIF SELURUH MALAYSIA 2018

Category Archives: Homestay Selayang

CABANG BARU BISNES KAMI: MINURUL HOMESTAY KUALA LUMPUR

Posted on November 4, 2015 by Nurul Zakeyah

MINURUL HOMESTAY KUALA LUMPUR

Alhamdulillah, dah lama kami memasang angan-angan untuk memiliki sebuah homestay sendiri. Angan-angan ini semakin dekat apabila kami membeli sebuah lagi rumah sendiri, tapi kali ni landed house. Jadi rumah kami sekarang ni memang kami dah niat nak buat homestay. Inshaallah bila homestay kami dah dikenali dan stabil, bolehlah saya meneruskan niat untuk hanya bekerja dari rumah menguruskan bisnes Shaklee dan homestay kami saje. Dah tak perlu makan gaji.

 

Allah makbulkan niat kami, dan menguatkan semangat dan tekad kami untuk memulakan bisnes homestay kami lebih awal. Alhamdulillah Minurul Homestay Kuala Lumpur telah memulakan operasinya pada 1 November 2015 baru-baru ini. Masih fresh lagi. Kami mengekalkan konsep rumah kami sebelum ini, iaitu semua perabot-perabot kesayangan kami, kami tinggalkan di situ. Kami nak penginap-penginap homestay kami merasa kebahagiaan seperti yang kami rasa apabila menginap di situ. Memang konsep home sweet home la.

 

Jika dahulu saya tak berapa selesa untuk mendedahkan konsep rumah saya kerana bagi saya ia adalah privasi, tapi sekarang saya dah boleh mengwar-warkan gambar-gambar dalam rumah saya untuk tujuan mempromosikan homestay kami. Rumah ini memang saya put all heart untuk menghiasnya dari hari pertama kami dapat kunci rumah dari developer. Kami lengkapkan rumah ini dengan kabinet dapur idaman kami dan juga siling plaster. Konsep yang kami garapkan adalah konsep moden. Siap guna interior designer lagi untuk plan, design dan completekan rumah ni seperti yang kami mahu. Langsir pun guna designer punya langsir, keluarkan belanja pejam mata je sebab nak yang puas hati punya pasal.

 

Masa nak lancarkan Minurul Homestay ni, saya rasa sayu je, kerana rumah ini adalah rumah kesayangan kami. Dari awal kawen, lahirkan Eleanoor, kemudian lahirkan Eidlan, semua di rumah ini. Suka duka susah senang semua di rumah ini. Sekarang tiba masanya kami untuk jadikan rumah ini sebagai homestay. Kesayuan itu di tambah-tambah lagi apabila Eleanoor selalu berkata “ Kakak nak balik rumah kita, ini bukan rumah kita”. Menitik juga air mata shahdu ini. Nasib baik suami sentiasa menyokong dengan kata-kata semangat beliau. Katanya Allah dah mudahkan jalan kami untuk memulakan homestay ini, pasti ada hikmahnya untuk kebaikan kami. Suami ajak kami berdoa agar homestay kami ini tak putus mendapat penginap, supaya rumah ini jadi lebih meriah dan saya pun dapat datang selalu untuk bersihkan rumah kesayangan saya ni bila penginap check-out.

 

Alhamdulillah, untuk awal bulan November ini, tempahan untuk Minurul Homestay sungguh menggalakkan, berkat pertolongan kawan-kawan FB yang share album homestay kami, word of mouth dan juga kawan-kawan sendiri yang membuat tempahan untuk menginap di Minurul Homestay. Kami sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang sangat menyokong kami dari dulu sehingga kini. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kami juga telah membangunkan sebuah laman web khas untuk mempromosikan Minurul Homestay Kuala Lumpur iaitu www.homestaykl2u.com, dan kami telah membuka satu akaun Instagram iaitu @homestaykl2u. Silalah follow kami di Instagram untuk gambar-gambar terkini homestay kami.

 

Terhasilnya homestay ini juga kerana Shaklee, dengan income bulanan hasil bisnes Shaklee, kami mampu memiliki rumah kedua yang lebih selesa dan besar. Kami sangat bersyukur kerana ditemukan dengan bisnes ini. Kini sudah 3 tahun kami bersama Shaklee dan terlalu banyak ilmu bisnes yang kami belajar dari kumpulan sokongan mentor-mentor Shaklee kami.

 

Kepada pembaca-pembaca Vitaminurul.com yang berminat untuk menginap di Minurul Homestay apabila anda ke Kuala Lumpur, atau anda boleh juga cadangkan Minurul Homestay kepada kawan-kawan yang sedang mencari homestay yang selesa, strategic dan murah di Kuala Lumpur, bolehlah hubungi kami untuk tempahan tarikh penginapan. Keselesaan anda adalah keutamaan kami.

 Logo_MinurulHomestay

MINURUL HOMESTAY KUALA LUMPUR, selesa, strategik & berpatutan

Minurul Homestay bekeluasan 991 kaki persegi, terdapat 3 bilik 2 bilik air yang terletak di Banjaria Court Apartment, Taman Samudera, Batu Caves.
Berhampiran dgn pelbagai kemudahan seperti bank, restoran, pasaraya Giant Batu Caves, dan pengangkutan awam.

- 500 meter ke bank-bank, kedai makan, Giant Batu Caves
– 3.6 km ke Plaza Tol Gombak menuju Genting Highland
– 5 km ke Stesen LRT Putra Gombak
– 5 km ke Stesen KTM Batu Caves
– 6 km ke UIA Gombak
– 9 km ke Setapak, Wangsa Maju, Melawati & Sentul
– 10 km ke Zoo Negara
– 13 km ke Jln TAR
– 14 km ke KLCC, KL Tower

 

Kelengkapan yang disediakan di dalam Minurul Homestay

2 katil queen & 1 katil single
1 Aircond
5 helai tuala & 3 helai sejadah
Perabot rumah lain yang lengkap
TV flat screen 32 inci & siaran TV Astro
Sofa & meja kopi
Meja makan untuk 6 orang & kerusi makan bayi
Peti sejuk
Dapur masak & hood
Gas memasak
Kuali, periuk nasi & cerek elektrik
Kelengkapan makan
Sabun mandi & shampoo
Ampaian

 

Kemudahan yang lain di Banjaria Court

4 tingkat parkir kereta berbumbung
Parking pelawat
Club house/ dewan serbaguna
Kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak
Court badminton
Taman permainan kanak-kanak
24 jam security guard
CCTV
BBQ area
Surau
Kedai makan & kedai runcit
Taman
Taska
Dobi
Car wash

homestay kl 1

Apartment Banjaria Court, Taman Samudera, Batu Caves

Kawasan berhampiran

Pusat pengajian:
UIA Gombak, UiTM Selayang, UniKL BMI, International Islamic College, TAR College Setapak, UTM Jalan Semarak, Multimedia College, UTM Space, Pulapol Semarak, International Islamic School (IIS), Kolej Unikop, Kolej Komuniti Selayang, Pusat Pengajian Al-Amin, Sek Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak,Sek. Men. Teknik Gombak, Giat MARA Gombak & Giat MARA Selayang.

 

Hospital:
Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Institut Jantung Negara (IJN), KPJ Tawakal, Hospital Pusrawi, Hospital Naluri, Tunku Azizah Maternity Home

 

Pusat perlancongan & rekreasi:
Kuil Batu Caves, Zoo Negara, KLCC, Menara KL, Air terjun Kemensah, Hotspring Selayang, Air Terjun Ulu Yam, FRIM, Hutan Lipur Bukit Lagong, Hutan Lipur Kanching, Muzium Orang Asli Gombak, Taman Tasik Layang-Layang Selayang.

 

Kadar sewaan
RM200/malam (hari biasa)
RM230/malam (hari minggu & cuti awam/sekolah)
Penginapan melebihi 3 hari 2 malam akan dapat further diskaun

 

Berikut gambar-gambar Minurul Homestay Kuala Lumpur untuk tatapan anda:

homestay KL 1

Ruang tamu

homestay KL 6

Ruang makan

homestay kuala lumpur

Dapur

homestay kl bilik utama 3 copy

Bilik Tidur Utama

homestay kl bilik2 1 copy

Bilik Tidur Kedua

homestay bilik3 2 copy

Bilik tidur ketiga

homestay kl bilik air 3 copy

Tandas & bilik air 1

homestay kl bilik air2 3

Tandas & bilik air 2

Untuk melihat gambar-gambar Minurul Homestay Kuala Lumpur yang lebih lengkap, bolehlah layari website Minurul Homestay Kuala Lumpur www.homestaykl2u.com dan follow Instagram kami di @homestaykl2u.

 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi kami Nurul Zakeyah @ Khamirul Azwan:

Call/whatsapp: 016-733 8584
Website: www.homestaykl2u.com
Email: homestaykl2u@gmail.com

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Homestay Batu Caves, Homestay Gombak, Homestay Kuala Lumpur, Homestay Selayang, Shaklee | Tags: jacky, Jacky Borak Rumah, Jacky Borak Travel | 2 Comments |

HUBUNGI SAYA

nurul zakeyah

 NURUL ZAKEYAH | SID: 889149

Whatsapp: 017-423 8980

Email: vitaminurul@gmail.com

Instagram: @vitaminurul.com_shaklee

Cash On Delivery: 

Kuala Terengganu & Gong Badak, Terengganu.

ADD ME ON FB

Jacky Bass

Create your badge

SET KESIHATAN

set kesuburan shaklee a   set kehamilan shaklee   set bersalin shaklee   set breastfeeding shaklee   set kecantikan shaklee   set slimming shaklee   YOUTH skincare   detox

JACKY TRAVEL

TOKYO 2016

ITALY 2015

BALI 2015

DALAM MALAYSIA

JACKY & ANAK-ANAK

KEHAMILAN

SCAN 4D/3D

FPP HOSPITAL SELAYANG

BERPANTANG

PENYUSUAN SUSU IBU

SEMI-SOLID FOOD

JACKY MASAK

RESEPI NASI

RESEPI AYAM

RESEPI IKAN

RESEPI DAGING

Recent Posts

  • RESEPI CUCUR BILIS LEMBUT DAN MUDAH
  • SKINCARE YOUTH SHAKLEE
  • CUTI-CUTI DI BUKIT GAMBANG SAFARI PARK PAHANG
  • PERCUTIAN 2D1N DI BUKIT GAMBANG RESORT, PAHANG
  • PROMOSI VITALEA FOR CHILDREN SHAKLEE

ARKIB

  • March 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (2)
  • October 2017 (3)
  • September 2017 (5)
  • August 2017 (3)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (2)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (5)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (1)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (1)
  • June 2016 (3)
  • May 2016 (5)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (2)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (3)
  • August 2015 (5)
  • July 2015 (4)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (6)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (2)
  • February 2015 (5)
  • January 2015 (5)
  • December 2014 (2)
  • November 2014 (4)
  • October 2014 (4)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (3)
  • July 2014 (8)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (6)
  • April 2014 (7)
  • March 2014 (2)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (5)
  • November 2013 (3)
  • October 2013 (6)
  • September 2013 (8)
  • August 2013 (6)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (12)
  • May 2013 (14)
  • April 2013 (11)
  • March 2013 (7)
  • February 2013 (9)
  • January 2013 (10)
  • November 2012 (1)
  • August 2011 (1)

KATEGORI

CyberChimps WordPress Themes

© Vitaminurul.com