Teman Kesihatan & Kecantikan Anda
  • Home
  • TENTANG KAMI
    • PENGEDAR SHAKLEE GONG BADAK, UNISZA & UMT, TERENGGANU
  • PRODUK SHAKLEE 2018
    • HARGA PRODUK SHAKLEE
  • SET KESIHATAN SHAKLEE
    • SET KESUBURAN SHAKLEE
    • SET HAMIL SHAKLEE
    • SET BERSALIN SHAKLEE
    • SET BREASTFEEDING SHAKLEE
    • SET KECANTIKAN SHAKLEE
  • DAFTAR KEAHLIAN
  • HUBUNGI KAMI
    • CARA ORDER
    • PENGEDAR SHAKLEE AKTIF SELURUH MALAYSIA 2018

Category Archives: Kesihatan Warga Emas

TESTIMONIAL VIVIX UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Posted on January 20, 2016 by Nurul Zakeyah

Hari ini saya nak tunjukkan satu testimonial hebat produk promo kita pada bulan ini iaitu Vivix. Testimonial Vivix ini ditulis oleh Puan Hawatif Ali pada 18 Januari 2016 di Facebook miliknya. Sangat terkesan di hati saya kerana beliau dapat membantu seorang mak cik yang sakit dengan ikhtiar Shaklee Vivix.

 

khasiat vivix

 

**********************************
IKHTIAR DENGAN VIVIX BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG
**********************************

 

testimonial vivix

 

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

 

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

 

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

 

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.

 

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

 

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

 

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

 

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

 

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

 

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.

 

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

 

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

 

Begitulah kisah yang diceritakan oleh Puan Hawatif, Alhamdulillah dengan asbab Vivix, mak cik ini dapat merasa nikmat sihat kembali. Kita sebagai anak pasti inginkan yang terbaik untuk ibu kita. Jika berkemampuan, tidak salah membelikan Vivix untuk mereka sebagai vitamin/suplemen untuk kesihaan mereka. Semoga mereka dapat beribadat dengan lebih baik dan lebih sihat.

KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Shaklee Vivix.

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Share
Posted in Agent Shaklee Terengganu, Anti penuaan, antioksidan, COD Terengganu, Diabetes, Diabetes/kencing manis, Diabetis, Kencing Manis, Kesihatan jantung, Kesihatan Warga Emas, mencegah diabetes, Pengedar Shaklee Gong Badak, Pengedar Shaklee UMT, Pengedar Shaklee Unisza, Penyembuhan luka, Shaklee, Shaklee Gong Badak, Shaklee Terengganu, Shaklee Vivix, Testimonial, Testimonial Vivix, Vivix Shaklee | Leave a comment |

VIVIX: MENCEGAH & MERAWAT DIABETES

Posted on August 23, 2015 by Nurul Zakeyah

 “Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai”

-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

 

Adakah anda salah seorang daripada penyumbang kepada statistik ini? Kita di Malaysia seolah-olah sudah memandang ringan kepada penyakit diabetes ini. Sehingga jika seseorang yang berumur 50-an tidak menghidapi diabetes, maka dia dianggap sangat bertuah! Diabetes bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang ringan, kerana komplikasi yang hadir bersama dengan penyakit ini sangat serius. Ketahui adakah anda berisiko atau sebenarnya anda sudah dihinggapi diabetes.

merawat diabetes 14


Shaklee Vivix
adalah satu penemuan hebat hasil kajian saintis-saintis Shaklee, yang dapat membantu mencegah dan merawat diabetis dan komplikasinya. Pengambilan Vivix secara berterusan membantu merawat diabetes selain membantu bacaan gula dalam darah yang sihat.

1450731_10152065212053944_1535568882_n

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENCEGAH & MERAWAT DIABETES?

 

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan Resveratrol dan Polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes.

diabetes 1

Resveratrol dan Polifenol dapat memberi mencegah dan merawat diabetes serta komplikasinya dengan cara:

 

1) Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”), lalu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Pengambilan Vivix secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan diabetes yang disebabkan oleh kerosakan gen. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes dapat dirawat. Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi Resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

 

2) Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau merawat diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

 

3) Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan pengambilan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan diabetes.

 

4) Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

 

5) Mencegah pembentukan protein AGE

1470107_10152065212348944_623716414_n

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit diabetes. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

diabetes 3

Vivix bertindak sehingga ke tahap DNA

Ramuan Vivis adalah 10 kali lebih kuat daripada Resveratrol. Berbanding Resveratrol semata-mata, Vivix yang mengandungi campuran Resveratrol dan Polifenol bertindak dengan lebih berkesan bagi mencegah pembentukan protein AGE.

diabetes 2

Kesan Vivix berbanding Resveratrol sahaja terhadap pengumpulan Protein AGE

 

Testimonial pelanggan yang berjaya merawat diabetes & komplikasinya selepas penggunaan Shaklee Vivix

Testimonial 1: En. R Jitendra

merawat diabetes 10

Kadar gula dalam darah 15..5 ke 4.8 dengan penggunaan Vivix secara konsistan.

 

Testimonial 2: Ibu Pn. Norita

merawat diabetes 11

Vivix membantu merawat komplikasi diabetes pada mata dan buah pinggang ibunya.

 

Testimonial 3: Pelanggan Shaklee Pn. Ummi

Pesakit diabetis ini menjalani pembedahan kaki tetapi luka tidak sembuh selepas pembedahan tersebut. Setelah menggunakan sebotol Vivix, inilah hasilnya.

merawat diabetes 16

 

Testimonial 4: Pelanggan Shaklee Pn. Nitrah

merawat diabetes 13

 

Testimonial 5: Suami Pn. Nor Azreen & pelanggan Shakleenya

merawat diabetes 12

 

Testimonial 6: Ibu Pn. Nurul Aziiza

merawat diabetes 15

 

 

Dapatkan Vivix untuk langkah pencegahan dan merawat diabetes anda & orang-orang yang anda sayangi. Hubungi kami untuk harga istimewa Shaklee Vivix anda!

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Share
Posted in antioksidan, Diabetes, Diabetes/kencing manis, Diabetis, Kencing Manis, Kesihatan Warga Emas, komplikasi diabetes, Lifestyle, Shaklee, Testimonial Vivix, Vivix Shaklee | 6 Comments |

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

Posted on November 10, 2014 by Nurul Zakeyah

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi

joint-health-tablet

Shaklee Joint Health Tablet
(60 tablets)

Shaklee Joint Health Tablet:

  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

KLIK SINI untuk lebih info tentang Shaklee Joint Health Tablet

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
Email: vitaminurul@gmail.com
FB page: Kedai Vitamin Batu Caves & Gombak

Share
Posted in Advanced Joint Health Tablet, AJHT, Harga Shaklee, Kesihatan Sendi, Kesihatan Warga Emas, Produk Shaklee, Set Kesihatan Sendi, Shaklee Joint Heath Set, Supplement untuk tulang yang sihat, Vitamin untuk Umrah dan Haji | Leave a comment |

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI MALAYSIA

Posted on May 11, 2014 by Nurul Zakeyah
Hari ibu sepatutnya wajar disambut setiap hari, tetapi berapa ramaikah dari kita yang mampu menunjukkan penghargaan kepada ibu kita setiap hari dengan hadiah dan ucapan terima kasih dan kata-kata pujian atas segala pengorbanan, jasa dan susah payah yang mereka lalui untuk membesarkan kita sehingga hari ini?
Jika kita mampu meraikan hari ibu setiap hari, Alhamdulillah, kitalah anak yang paling bertuah kerana syurga pasti tempat bagi orang-orang yang menggembirakan hati ibu. Ataupun kita boleh pilih satu hari dalam sebulan atau satu hari dalam setahun untuk menyambut hari ibu kita seperti pada ulangtahun hari jadinya atau sesuatu tarikh lain yang bermakna untuk ibu kita. Asalkan kita mengambil inisiatif untuk menghargai segala jasa ibu kita, maka tidaklah perlu sambutan hari ibu pada hari ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun.
Tapi bagaimana dengan kita yang tidak pernah ada inisiatif untuk mengucapkan terima kasih dan memberikan hadiah istimewa kepada ibu? Apa salahnya kita gunakan hari ini, iaitu sambutan hari ibu seluruh dunia untuk berbuat demikian. Saya tahu banyak spekulasi tentang haram menyambut hari ibu pada hari ini, tetapi setelah membaca suatu tulisan, saya bersetuju dengan penulis yang menghuraikan panjang lebar tentang hukum sambutan hari ibu ini. KLIK SINI untuk membaca kedudukan sebenar tentang sambutan hari ibu bagi yang masih was-was untuk menyambutnya. Niat saya sekadar berkongsi, semoga memberi manfaat kepada semua.
Jangan pula kerana fahaman yang tidak tepat, ibu kita jadi sedih kerana tertunggu-tunggu anak-anaknya menelefon untuk mengucapkan “Selamat Hari Ibu Mak@Ibu@Ummi@Mama@Mummy”, bukankah itu lagi melukakan hati ibu kita?
Ucapan Selamat Hari Ibu tidak semestinya datang dari seorang anak kepada ibunya sahaja, suami juga boleh memberi ucapan tersebut kepada isterinya yang telah berkorban mengandung dan melahirkan zuriat untuknya dan mengajar anak-anak untuk menggembirakan ibu dengan pemberian hadiah istimewa seperti hasil kraftangan anak-anak itu sendiri. Ucapan Selamat Hari Ibu dari teman-teman juga memberi seribu makna buat seorang wanita bergelar ibu kerana dengan hanya ucapan ringkas tersebut, hati mana yang tidak merasa dihargai.
Hari Lahir ibu saya adalah pada 9 Mei 1959. Tarikhnya memang dekat dengan sambutan hari ibu setiap tahun, oleh itu kami 3 beradik akan sama-sama mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu kepada ibu kami pada tarikh tersebut dengan hadiah yang kami kongsi bersama.
Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu buat mak tersayang.. Kami sangat bertuah kerana lahir dari perut mak, disusui dengan susu mak dan dididik dengan tangan dan kasih sayang mak..Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mak..Berkat doa mak, kami berjaya seperti hari ini..Happy birthday mak, u r the best mom in the world!
 
Saya juga sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasa nikmatnya bergelar Mama kepada anak perempuan saya dan juga anak saya yang bakal lahir tidak lama lagi. Sesungguhnya nikmat itu sangatlah indah dan tidak dapat dinilaikan dengan apa-apa yang ada di dunia ini..
 
Selamat Hari Ibu buat semua pembaca leonora-style.com, sesungguhnya andalah ibu yang terhebat!
Jika anda masih tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada ibu anda, Set Kesihatan Shaklee pastinya pilihan paling bijak, untuk kesihatn dan kesejahteraan mereka.
KLIK SINI untuk Tonik Ajaib Shaklee Vivix
KLIK SINI untuk cadangan vitamin untuk Kesihatan Sendi dan Tulang
Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
FB page: Leonora Online Boutique
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Happy Mother's Day, Hukum menyambut hari ibu, Kesihatan jantung, Kesihatan Sekeluarga, Kesihatan Warga Emas, Selamat Hari Ibu, Sendi & Tulang, Set Kesihatan Sendi | Tags: Jacky Borak Anak, Jacky Borak Santai | Leave a comment |
Next Page »

HUBUNGI SAYA

nurul zakeyah

 NURUL ZAKEYAH | SID: 889149

Whatsapp: 017-423 8980

Email: vitaminurul@gmail.com

Instagram: @vitaminurul.com_shaklee

Cash On Delivery: 

Kuala Terengganu & Gong Badak, Terengganu.

ADD ME ON FB

Jacky Bass

Create your badge

SET KESIHATAN

set kesuburan shaklee a   set kehamilan shaklee   set bersalin shaklee   set breastfeeding shaklee   set kecantikan shaklee   set slimming shaklee   YOUTH skincare   detox

JACKY TRAVEL

TOKYO 2016

ITALY 2015

BALI 2015

DALAM MALAYSIA

JACKY & ANAK-ANAK

KEHAMILAN

SCAN 4D/3D

FPP HOSPITAL SELAYANG

BERPANTANG

PENYUSUAN SUSU IBU

SEMI-SOLID FOOD

JACKY MASAK

RESEPI NASI

RESEPI AYAM

RESEPI IKAN

RESEPI DAGING

Recent Posts

  • RESEPI CUCUR BILIS LEMBUT DAN MUDAH
  • SKINCARE YOUTH SHAKLEE
  • CUTI-CUTI DI BUKIT GAMBANG SAFARI PARK PAHANG
  • PERCUTIAN 2D1N DI BUKIT GAMBANG RESORT, PAHANG
  • PROMOSI VITALEA FOR CHILDREN SHAKLEE

ARKIB

  • March 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (2)
  • October 2017 (3)
  • September 2017 (5)
  • August 2017 (3)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (2)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (5)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (1)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (1)
  • June 2016 (3)
  • May 2016 (5)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (2)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (3)
  • August 2015 (5)
  • July 2015 (4)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (6)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (2)
  • February 2015 (5)
  • January 2015 (5)
  • December 2014 (2)
  • November 2014 (4)
  • October 2014 (4)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (3)
  • July 2014 (8)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (6)
  • April 2014 (7)
  • March 2014 (2)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (5)
  • November 2013 (3)
  • October 2013 (6)
  • September 2013 (8)
  • August 2013 (6)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (12)
  • May 2013 (14)
  • April 2013 (11)
  • March 2013 (7)
  • February 2013 (9)
  • January 2013 (10)
  • November 2012 (1)
  • August 2011 (1)

KATEGORI

CyberChimps WordPress Themes

© Vitaminurul.com