Teman Kesihatan & Kecantikan Anda
  • Home
  • TENTANG KAMI
    • PENGEDAR SHAKLEE GONG BADAK, UNISZA & UMT, TERENGGANU
  • PRODUK SHAKLEE 2018
    • HARGA PRODUK SHAKLEE
  • SET KESIHATAN SHAKLEE
    • SET KESUBURAN SHAKLEE
    • SET HAMIL SHAKLEE
    • SET BERSALIN SHAKLEE
    • SET BREASTFEEDING SHAKLEE
    • SET KECANTIKAN SHAKLEE
  • DAFTAR KEAHLIAN
  • HUBUNGI KAMI
    • CARA ORDER
    • PENGEDAR SHAKLEE AKTIF SELURUH MALAYSIA 2018

Category Archives: Set Bersalin Shaklee

PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN CONFINEMENT LADY- Part 1

Posted on December 24, 2016 by Nurul Zakeyah

Nama Confinement Lady saya kak Anda, berasal dari Surabaya  dan sudah 23 tahun tinggal di Malaysia. Memang dah lama dia jaga orang berpantang, semua petua lama dan moden dia master, saya sangat berpuas hati dengan khidmat yang Kak Anda berikan. Kak Anda mula jaga saya selepas seminggu saya lahirkan Eisya. Seminggu sebelum tu, mak saya datang KL untuk jaga saya dan anak-anak. Saya berada di wad hospital selama 3 hari dan terus dibenarkan balik ke rumah.

 

Rutin harian saya sepanjang Kak Anda menjaga saya selama 2 minggu berpantang hampir sama setiap hari, unless kalau kami perlu ke hospital untuk check-up baby.

 

Pagi, Kak Anda bangun awal dan akan kemaskan rumah mana yang perlu, kemudian dia akan sediakan air mandian serum untuk saya mandi. Kalau nak tau, berpantang sebelum-sebelum ni, saya selamba je mandi air sejuk setiap hari. Air serum tu jarang-jarang. Malas nak panaskan air sebenarnya, sebab rumah saya takde water heater. Lagipun saya memang jenis tak suka mandi air panas, tak kiralah madi pagi dan malam sekalipun. Rasa macam tak puas mandi bila guna air panas. Kak Anda pesan, pantang wajib mandi air suam, tak boleh mandi air sejuk nanti urat kembang. Setiap pagi saya mandi dengan air serum, pagi-pagi dah bau wangi semerbak satu rumah Kak Anda rebuskan campuran daun-daun seperti daun pandan, serai wangi, daun halia, daun lengkuas,  daun kunyit, daun senduduk dan macam-macam daun lagilah. Lepas mandi memang akan rasa segar dan wangi.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-1

Pada usia Eisya 7 hari, Kak Anda mencukur rambut Eisya yang lebat tu sampai botak.

 

Sementara saya mandi, Kak Anda akan mandikan dan siapkan baby. Lepas mandi saya akan pam susu dulu. Bila baby dah siap mandi, saya akan sambung susukan baby direct sampai baby tertidur. Kak Anda Akan bancuhkan breakfast saya, semestinya Energizing Soy Protein (ESP) campur Shaklee Collagen Powder, tak perlu masak breakfast lain dah sebab minum segelas ni pun dah kenyang sampai tengahari.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-7

Inilah sarapan pagi saya sepanjang berpantang, ESP Shaklee + Shaklee Collagen Powder. Memang kenyang sampai tengahari, tak perlu makan breakfast lain dah. Yang paling best, susu badan jadi banyak dan pekat sangat.

 

Dalam pukul 10 pagi, Kak Anda akan mulakan sesi urut dan tungku. Yang ni memang best sangat-sangat, my favorite part dalam berpantang. Biasanya sesi ni akan ambil masa 2-3 jam. Sampai tertidur la saya sebab selesa sangat. Rasa macam tuan puteri. Bayangkan setiap hari dapat berurut dan bertungku, masa berpantang  dengan Kak Anda ni je lah ada peluang macam tu. Pantang sebelum ni saya cuma panggil tukang urut datang 3 hari berturut-turut dan masa penutup pantang di hari ke 44. Itu pun tak ada bertungku, cuma urut saja. Baby Eisya pulak tidur je, lagi best mama enjoy urut. Eleanoor dan Eidlan pula memang husband akan hantar pergi nursery sebelum dia pergi kerja. Berurut dan bertungku ni memang bagus untuk melancarkan aliran darah dan menguli lemak-lemak degil kita, haha. Menurut Kak Anda, dia belajar mengurut ketika dia bekerja dengan spa Mustika Ratu 23 tahun dulu, malah rupanya dia mula tinggal di Malaysia kerana Mustika Ratu membawanya bertugas di Malaysia. Mak Kak Anda juga merupakan seorang bekas bidan dan masih aktif membuat urutan untuk bayi di Surabaya.

 

Lepas selesai berurut dan bertungku, Kak Anda akan pakaikan param, pilis dan bengkung untuk saya. Walaupun saya bersalin secara pembedahan, Kak Anda tetap memakaikan bengkung untuk saya sejak hari pertama dia menjaga saya. Saya memang telah membeli bengkung moden sebagai persediaan. Berpantang anak pertama, saya langsung tak pakai bengkung, anak kedua pula saya menggunakan bengkung tradisional yang bertali panjang tu, dan hanya mula pakai selepas 2 minggu berpantang sebab saya rasa luka pemdedahan saya dah tak sakit lagi. Sebelum pakai bengkung, Kak Anda akan sapukan krim pati halia Yusmira pada perut saya supaya pemakaian bengkung akan lebih berkesan. Bagi yang bersalin secara pembedahan seperti saya, jangan takut nak amalkan berbengkung ye, perut memang cepat kempis balik. Luka pembedahan pun tak terganggu asalkan kita jaga kebersihan tempat c-sec tu, jangan bagi basah dan berpeluh. Lap kering-kering lepas mandi, saya guna hair dryer untuk anginkannya lepas mandi. Malah saya rasa bengkung tu membantu untuk support perut dan postur badan saya ketika menyusukan baby.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-5

Bengkung moden yang saya gunakan sepanjang berpantang kali ini. Saya beli dari seorang kawan berharga RM150.

 

Lepas tu saya akan makan tengahari. Dengan Kak Anda, saya hanya makan nasi sekali sehari, petang cuma ratah lauk pauk. Menu-menu berpantang Kak Anda memang pelbagai, maklumlah dah banyak sangat pengalaman jaga orang berpantang kan. Semuanya sedap-sedap. Kak Anda cakap senang  nak masak untuk saya sebab saya suka makan sayur. Ramai yang dia jaga tak suka makan sayur. Lauk paling saya suka makan ialah ayam kampung masak lemon madu dan kerabu pegaga. Orang berpantang ni banyak makanan tak boleh makan, tapi itu bukan alasan untuk makan masakan dari sumber berkhasiat dan sedap.

 

Bagi saya, waktu berpantang ni lah elok kita ambil peluang untuk turunkan berat badan. Kenapa saya cakap camtu? Sebab waktu nilah kita dapat 100% eat clean dan makan hanya homecook food. Ditambah lagi dengan kita meyususukan baby secara direct yang terbukti sangat membantu membakar lebih banyak kalori. Diet diet juga,  tapi janganlah sampai menjejaskan penghasilan susu badan. Kat situlah Set Bersalin Shaklee banyak membantu untuk lengkapkan lompang-lompang nutrisi yang tak cukup.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-2

Sup ikan merah, sawi pak choi, anggur dan vitamin Set Bersakin Shaklee.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-3

Siakap stim, Sayur campur dan anggur hijau.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-4

Sup ikan jenahak, kerabu peria dan tempe. Krup krap je kerabu peria tu tau, saya suka walaupun pahit.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-6

Yang ni saya paling suka, ayam kampung masak lemon madu, dan sup sayur.

 

Nampak sedap sangat lauk berpantang saya ni kan? Tapi seriously memang sedap! Sampai sekarang rindu nak makan lagi masakan Kak Anda. Semasa berpantang ni lah kita kena makan makanan yang dimasak secara sihat. Lebih best lagi kalau kita topup keperluan nutrisi kita dengan Set Bersalin Shaklee, mesti berpantang pun segar dan gembira macam saya.

 

full-paying-patient-10

Set Bersalin Shaklee

Macam dah panjang pula entry kali ni kan. Saya sambung lagi cerita pengalaman saya berpantang dengan Confinement Lady saya ni on next-next entry ye. Mesti entry pasal berpantang ni buat korang rindu nak berpantang lagi kan?  To be continue, stay tune!

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

 Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza, UMT, Kuala Terengganu & Kuala Berang, Terengganu.
Share
Posted in Berpantang/Confinement, Confinement Lady, Set Bersalin Shaklee, Shaklee | 3 Comments |

SET BERSALIN SHAKLEE

Posted on October 26, 2016 by Nurul Zakeyah

set bersalin shaklee

Tempoh berpantang adalah tempoh penting untuk merehatkan tubuh ibu dan memperbaiki serta mengembalikan fisiologi tubuh ke keadaan seperti sebelum hamil. Oleh itu, pemilihan makanan tambahan semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian.

 

Shaklee mencadangkan beberapa vitamin yang sangat membantu untuk proses berpantang yang sihat dan berkhasiat. Saya akan terangkan setiap fungsi vitamin yang dicadangkan di dalam entry kali ini dan berkongsi testimonial-testimonial pengguna Set Bersalin Shaklee yang telah merasai kesan dan khasiat set ini.

 

KHASIAT SET BERSALIN SHAKLEE:

  • Mengembalikan fisiologi tubuh ibu seperti sebelum hamil setelah menjalanani proses hamil dan melahirkan anak
  • Menyediakan tubuh ibu seoptimum mungkin bagi menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat
  • Melengkapkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi kerana tradisi masyarakat Malaysia yang menghadkan pengambilan pelbagai jenis makanan semasa berpantang.
  • Meningkatkan antibodi ibu dan juga si comel
  • Membantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga untuk menguruskan bayi
  • Mengelakkan kelesuan, meroyan/stress dan juga masalah sembelit ibu
  • Memberi refleksi kulit yang lebih cantik dan glowing kepada ibu, tiada lagi wajah pucat ketika berpantang

 

 SET BERSALIN SHAKLEE (OPTIMUM)

full-paying-patient-10

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin dengan formula Zat Besi

2) Sustained Release Vitamin C 

3) B-Complex

4) Alfalfa Complex

5) Energizing Soy Protein (ESP)

6) Ostematrix

 

Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Bersalin Shaklee:

set-breastfeeding-shaklee-5

VITALEA Multivitamin dengan formula zat besi:

    • Mempunyai vitamin dan galian yang sangat diperlukan oleh tubuh beserta formula lengkap dengan zat besi (iron). Vitalea mengandungi 23 jenis multivitamin dan multimineral yang dapat membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

 

set-breastfeeding-shaklee-3

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS:

  • Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin C juga perlu untuk mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah dan juga penting untuk pembentukan kolagen supaya kulit ibu lebih cantik dan sihat.
  • Sebiji Sustained Release Vitamin C Shaklee bersamaan dengan keperluan badan iaitu 500mg, dan ianya diformulakan mengikut pelepasan masa dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.
  • Tidak mempunyai pewarna mahupun pengawet tambahan.

 

set-breastfeeding-shaklee-2

B-COMPLEX:

  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan ibu menyusu termasuk asid folic. Setiap ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Membantu mengawal stress akibat kepenatan dan bertindak sebagai penenang untuk emosi yang lebih stabil.

 

set-breastfeeding-shaklee-1

ALFALFA COMPLEX:

  • Raja segala tumbuhan, sumber mikronutrien yang paling kaya.
  • Alfalfa dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu/milkbooster.
  • Alfalfa juga bertindak sebagai penyahtoksin badan dan membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan dan bertindak seperti kacip fatimah.

 

set-breastfeeding-shaklee

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP):

  • Antara komposisi vitamin utama dalam susu ibu juga ialah protein. Apabila tubuh ibu cukup dengan keperluan protein, secara langsung susu yang dihasilkankn pekat dan banyak.
  • ESP berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, di samping menjadi sumber tenaga kepada ibu berpantang.

 

set-breastfeeding-shaklee-4

OSTEMATRIX (kalsium magnesium):

  • Antara komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yAng telah diserap oleh bayi ketika menyusu.
  • Ostematrix juga mencegah kemeruduman susu badan untuk ibu-ibu yang sedang menstrual (period) kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah period.
  • Ostematrix didatangkan dalam tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • Mencegah masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.

 

Selain daripada 6 vitamin di atas, saya sangat menggalakkan anda untuk turut mengambil Shaklee Lecithin sebagai tambahan kepada Set Bersalin Shaklee ini sebagai persediaan untuk masalah bengkak susu yang sering dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin. Seperti yang kita tahu, bengkak susu boleh memberi masalah kepada penyusuan susu ibu dan menyebabkan kesakitan kepada payudara ibu, dah jika lebih teruk boleh mengakibatkan ibu demam dan payudara mengeras dan bernanah. Bagi saya, Lecithin adalah penyelamat saya untuk masalah bengkak susu. Antara khasiat Lecithin ialah:

lechithin

LECITHIN:

  • Disyorkan untuk mengelakkan kejadian saluran duktus tersumbat yang menyebabkan bengkak susu.
  • Sangat dikenali sebagai supplement untuk menurunkan berat badan. Ini kerana fungsinya yang diketahui sebagai pengemulsi lemak dan kolestrol di dalam tubuh kita.
  • Bagus untuk pembentukan daya ingatan bayi kerana Lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf  kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan. Ia juga menghalang Alzheimer dan meringankan stress ibu.
  • Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.
  • Mengelakkan sembelit ketika berpantang kerana Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

 

TESTIMONIAL PENGGUNA-PENGGUNA SET BERSALIN SHAKLEE

 

set-bersalin-shaklee-1

Testimonial dari Pn. Anie, – Luka bersalin cepat sembuh – Rahim cepat kecut – Lawas buang air besar – Berat turun 11kg sepanjang berpantang – Badan rasa sihat dan cergas.

 

set-bersalin-shaklee-2

Testimonial dari Pn. LovelyBaby Alisha, -Tiada sembelit – Luka cepat sembuh dan tak rasa sakit – Susu badan banyak – Rasa bertenaga

 

set-bersalin-shaklee-3

Testimonial dari Pn. Ummi, – Berat baby naik banyak – Susu badan meriah

 

set-bersalin-shaklee-4

Testimonial dari Pn. Charm, -Berat badan turun banyak!

 

Dan berikut beberapa lagi komen dan testimonial pengguna Set Bersalin Shaklee yang berkesan ini.

set-bersalin-shaklee-5

Saya juga telah menggunakan Set Bersalin Shaklee untuk anak kedua dan ketiga saya dan telah merasai keberkesanannya. Walaupun saya melahirkan secara c-sec, tapi luka saya cepat sembuh dan saya dapat berpantang sendiri dengan baik Alhamdulillah. Susu badan juga sangat meriah dan badan rasa bertenaga dan sihat. Dapatkan Set Bersalin Shaklee anda sekarang, dan saya akan guide anda dengan konsultasi exclusive berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan saya.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Share
Posted in banyakkan susu badan, Berpantang/Confinement, Breastfeeding Set Shaklee, Breastfeeding/Penyusuan susu ibu, Menambah susu badan, Meningkatkan kuantiti susu badan, Milkbooster, Set Berpantang Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Penyusuan Shaklee, Shaklee | 1 Comment |

BERSALIN KALI KETIGA DI FULL PAYING PATIENT (FPP) HOSPITAL SELAYANG

Posted on October 25, 2016 by Nurul Zakeyah

Alhamdulillah, dengan rahmat yang Maha Esa, saya telah selamat melahirkan anak ketiga saya pada 27 September 2016 yang lepas. Alhamdulillah bayi perempuan kami dilahirkan sihat dengan berat 3.9kg di Full Paying Patient Scheme, Hospital Selayang oleh Dr. Daniel Philip, ketua jabatan O&G Hospital Selayang. Ini adalah kali ketiga saya menggunakan perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) di sini. Jika sebelum ini saya memilih Dr. Haji Roslan untuk menyambut kelahiran anak pertama dan kedua saya, kali ini saya memilih Dr. Philip kerana Dr. Haji Roslan telahpun bersara dari berkhidmat di Hospital Selayang.

full-paying-patient-3

Our princess Eisyanoor Radhwa, 2 days old.

 

Ketika usia baby 7 bulan dalam kandungan, saya mula menjalani check-up bulanan dengan Dr. Philip di Hospital Selayang. Sebelum itu saya hanya menjalani check-up bulanan di Klinik Seri Indah Taman Samudera yang berdekatan dengan rumah saya. Klinik ini menjalankan prosedur yang sama seperti klinik ibu dan anak kerajaan, malah buku rekod check-up juga lebih kurang sama, so saya just bawa buku rekod check-up bulanan saya di klinik tersebut ketika mula chek-up dengan Dr. Philip.

 

Pada 27 September jam 9 pagi, di usia kandungan saya 39 minggu, saya mendaftar di wad bersalin Hospital Selayang seperti yang diminta oleh Dr. Philip. Saya ditempatkan di wad bersalin 5A sementara menunggu untuk dibawa ke bilik bedah (OT) pada petang tersebut. Proses c-sec saya dijadualkan pada pukul 5 petang, iaitu selepas office hour. Itu adalah antara prosedur baru FPP kini supaya rawatan untuk pesakit bukan FPP tidak terganggu. Semasa pendaftaran ini, saya perlu membuat bayaran sebanyak RM3000 sebagai deposit, jika total bill nanti kurang dari jumlah tersebut, balance akan dikembalikan. Jika lebih, kita kena top-up la. Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun kad kredit.

full-paying-patient-1

Posing dengan encik suami sebelum masuk wad.

 

full-paying-patient-2

Bilik 5A, Wad Bersalin Hospital Selayang.

 

Saya sudah mula berpuasa bermula jam 9 pagi tersebut sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan. Pada pukul 5 petang, nurse datang untuk menukar pakaian saya dan memberi saya makan ubat. Perasaan masa tu berdebar juga walau dah kali ketiga nak c-sec, masa tu doa banyak-banyak dan tawakkal saja pada Allah. Encik suami dibenarkan untuk menghantar saya sehingga ke luar bilik bedah, rasanya dia jauh lagi berdebar dari saya pada masa tu.

full-paying-patient-4

Malu nak tunjuk muka :) Ni selepas dah tukar baju dan makan ubat, sebelum nurse tolak masuk OT.

 

Proses kelahiran secara pembedahan berjalan lancar. Setelah disuntik epidural oleh pakar anesthesia, Dr. Philip memulakan pembedahan, tak sampai 15 minit sudah kedengaran suara baby saya menangis. Ya Allah, menitis air mata masa tu, bersyukur sangat dengan kuasa-Nya. Setelah doktor pakar bayi membersihkan baby, nurse membawa baby kepada saya untuk skin-to-skin. Indahnya perasaan waktu tu, melihat baby saya sihat dan sangat comel. Dia merengek-rengek dan jari-jarinya bermain di muka saya. Setelah selesai semuanya, Dr. Philip sempat menjenguk baby dan berkata ” Hi beautiful, you are soo strong! 3.9 kg!”. Jam 6.15 p.m. saya dan baby di bawa keluar dari bilik bedah dan menunggu untuk di bawa ke wad. Apabila melihat kami keluar, jelas wajah suami saya kelegaan dan tersenyum lebar.

 

Kami dibawa ke wad 11B, dan suami terus mengiqamatkan baby dan seerusnya saya memberi susu badan kepada baby. Kali ni tiada single room dan 2 bedded room yang available, jadi saya ditempatkan di 4 bedded room. Tapi sebab tiada patient lain, saya duduk la sorang je kat dalam bilik yang besar tu. Emak dan husband saya pun selesa nak bergerak dan jaga saya. Sepanjang di sana, saya dapat room in dan menyusukan baby dengan susu badan dengan baik. Baby pun pandai sangat menyusu. Macam biasa, bila dah boring-boring dalam bilik tu, saya ambillah sedikit gambar sebagai kenangan, walaupun sebenarnya tak dibenarkan ambil gambar.

full-paying-patient-6

4 bedded room, sangat spacious, rezeki dapat duduk sorang.

 

full-paying-patient-7

Ini katil saya, baby tak nak tidur dalam katil dia, nak tidur atas katil mama.

 

full-paying-patient-5

Nampak tak nenek tertidur sambil mendodoikan cucu baru kat sudut tu. Haha.

 

Saya dan baby dibenarkan pulang setelah 3 hari 2 malam tinggal di wad ini. Total bill saya kali ni berjumlah RM3713.10. Di bawah perincian bil untuk rujukan anda:

  • Doktor- RM 1900
  • Lawatan doktor ke wad x 3 – RM 180
  • Anaestetik- RM 666.70
  • Register- RM 10
  • Dewan bedah- RM250
  • Medication- RM109.60
  • Consumables- RM 35.80
  • Investigation- RM 71
  • CTG- RM 200
  • Ward 5A- RM 130
  • Ward 11B- RM 160

 

Ramai yang bertanya kenapa saya menggunakan khidmat FPP ini berbanding perkhidmatan 1st class atau normal yang Hospital Selayang sediakan. Tetap juga Hospital Selayang kan?

 

Untuk pengetahuan anda, bagi kes saya yang terpaksa melahirkan baby secara c-sec, saya sangat menitikberatkan kemahiran doktor yang bakal membedah saya. Terlalu banyak cerita-cerita ngeri yang saya pernah dengar dan baca tentang c-sec yang terjadi komplikasi seperti tumpah darah, luka bernanah dan tidak sembuh, baby cedera dan sebagainya. Jadi saya nak doktor yang terbaik menyambut kelahiran anak-anak saya, di samping meminimakan risiko terhadap saya, dengan izin Allah. Doktor-doktor yang ditugaskan di FPP Hospital Selayang adalah doktor-doktor terbaik dari department O&G di sana. Itu adalah sebab utama saya buat keputusan untuk melahirkan anak-anak saya menggunakan full paying scheme ini.

 

 Berikut untuk rujukan anda mengenai full paying patient scheme:

HOSPITAL SELAYANG

No. Tel: 03 – 6126 3288 – kaunter Full Paying Patient (FPP)

Website: http://hselayang.moh.gov.my/ms/menu-awam/2013-10-10-09-33-28/2013-12-26-01-38-56.html

 

Baca pengalaman FPP saya yang terdahulu DI SINI.

Sekian, semoga bermanfaat sebagai rujukan pembaca semua.

Good luck!

Mama Eleanoor, Eidlannoor & Eisyanoor.

 

full-paying-patient-10

Set Bersalin Shaklee yang saya amalkan sepanjang berpantang, sesuai untuk semua ibu berpantang tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan. Luka cepat sembuh, badan pun rasa bertenaga dan yang paling best, susu badan pun banyak tau! Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi lengkap.

 

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Share
Posted in Caj terkini FPP Hospital Selayang, FPP Hospital Selayang, Full Paying Patient, Set Bersalin Shaklee, Shaklee | 2 Comments |

CADANGAN SET BERPANTANG @ CONFINEMENT SET SHAKLEE

Posted on September 19, 2013 by Nurul Zakeyah
Tempoh berpantang adalah tempoh penting untuk merehatkan tubuh ibu dan memperbaiki serta mengembalikan fisiologi tubuh ke keadaan seperti sebelum hamil. Oleh itu, pemilihan makanan tambahan semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian.
Kami mencadangkan vitamin-vitamin seperti berikut sebagai Set Berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin, bergantung kepada bujet dan keperluan masing-masing.

SET ASAS BERPANTANG
 

Terdiri daripada:

1)      Vitalea multivitamin with iron formula
2)      B Complex
3)      Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C
4)      Zinc Complex

SET LENGKAP BERPANTANG
Terdiri daripada:

1)      Vitalea multivitamin with iron formula
2)      B Complex
3)      Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C
4)      Zinc Complex
5)      Ostematrix
6)      ESP

Khasiat setiap vitamin yang dicadangkan di dalam Set Berpantang Shaklee:

Vitalea Multivitamin dengan formula Zat Besi:

Mempunyai vitamin dan galian yang sangat diperlukan oleh tubuh beserta formula lengkap dengan zat besi (iron). Vitalea mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron. Ia membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga, disamping kandungan zat besi yang membantu kadar tekanan darah yang sihat untuk ibu selepas bersalin.

B-Complex:

Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA dan juga penting dalam membina tenaga metabolisme.  B Complex juga penting untuk menguruskan tekanan dan mengelakkan meroyan di kalangan ibu berpantang, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.
  
Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C : 
Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah. Vitamin C juga bertindak sebagai anti-oksidan dan kulit ibu akan menjadi lebih cantik dan sihat.
Zinc Complex:
Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita Zink Complex merupakan vitamin yang  sangat penting dalam set berpantang ini kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka tidak kira kaedah bersalin secara normal atau c-sec, mengurangkan rambut gugur, memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.

OsteMatrix:

Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Ostematrix did datangkan dalam kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.Ia juga menyelesaikan masalah sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu berpantang dan membantu penghasilan susu ibu yang banyak.
Energizing Soy Protein (ESP)
Memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. ESP sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

KHASIAT SET BERPANTANG SHAKLEE:

  • Mengembalikan fisiologi tubuh ibu seperti sebelum hamil setelah menjalanani proses hamil dan melahirkan anak
  • Menyediakan tubuh ibu seoptimum mungkin bagi menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat 
  • Melengkapkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi kerana tradisi masyarakat Malaysia yang menghadkan pengambilan pelbagai jenis makanan semasa berpantang.
  • Meningkatkan antibodi ibu dan juga si comel
  • Membantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga untuk menguruskan bayi
  • Mengelakkan kelesuan, meroyan/stress dan juga masalah sembelit ibu
  • Memberi refleksi kulit yang lebih cantik dan glowing kepada ibu, tiada lagi wajah pucat ketika berpantang

Sila klik sini untuk testimonial berkaitan Set Berpantang @ Confinement Set dari pelanggan kami sendiri.

Untuk order pada harga istimewa, sila hubungi:
Shaklee Indipendent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Puchong
FB page: Leonora Online Boutique
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Berpantang/Confinement, Khasiat vitamin dalam set berpantang Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Bersalin Shaklee | 1 Comment |

HUBUNGI SAYA

nurul zakeyah

 NURUL ZAKEYAH | SID: 889149

Whatsapp: 017-423 8980

Email: vitaminurul@gmail.com

Instagram: @vitaminurul.com_shaklee

Cash On Delivery: 

Kuala Terengganu & Gong Badak, Terengganu.

ADD ME ON FB

Jacky Bass

Create your badge

SET KESIHATAN

set kesuburan shaklee a   set kehamilan shaklee   set bersalin shaklee   set breastfeeding shaklee   set kecantikan shaklee   set slimming shaklee   YOUTH skincare   detox

JACKY TRAVEL

TOKYO 2016

ITALY 2015

BALI 2015

DALAM MALAYSIA

JACKY & ANAK-ANAK

KEHAMILAN

SCAN 4D/3D

FPP HOSPITAL SELAYANG

BERPANTANG

PENYUSUAN SUSU IBU

SEMI-SOLID FOOD

JACKY MASAK

RESEPI NASI

RESEPI AYAM

RESEPI IKAN

RESEPI DAGING

Recent Posts

  • RESEPI CUCUR BILIS LEMBUT DAN MUDAH
  • SKINCARE YOUTH SHAKLEE
  • CUTI-CUTI DI BUKIT GAMBANG SAFARI PARK PAHANG
  • PERCUTIAN 2D1N DI BUKIT GAMBANG RESORT, PAHANG
  • PROMOSI VITALEA FOR CHILDREN SHAKLEE

ARKIB

  • March 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (2)
  • October 2017 (3)
  • September 2017 (5)
  • August 2017 (3)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (2)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (5)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (1)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (1)
  • June 2016 (3)
  • May 2016 (5)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (2)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (3)
  • August 2015 (5)
  • July 2015 (4)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (6)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (2)
  • February 2015 (5)
  • January 2015 (5)
  • December 2014 (2)
  • November 2014 (4)
  • October 2014 (4)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (3)
  • July 2014 (8)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (6)
  • April 2014 (7)
  • March 2014 (2)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (5)
  • November 2013 (3)
  • October 2013 (6)
  • September 2013 (8)
  • August 2013 (6)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (12)
  • May 2013 (14)
  • April 2013 (11)
  • March 2013 (7)
  • February 2013 (9)
  • January 2013 (10)
  • November 2012 (1)
  • August 2011 (1)

KATEGORI

CyberChimps WordPress Themes

© Vitaminurul.com