1 copy
Seperti bapa dalam kartun di atas, ramai daripada kita berasa keliru untuk memahami payudara dan bayi kita dan sama ada semuanya ok atau tidak. Tetapi ilmu adalah penyuluh, apabila kita memahami bagaimana tubuh kita membina kilang susu, mengenali payudara kilang susu kita dan bagaimana ianya berfungsi, kita akan mula boleh memahami untuk menyelesaikan masalah dan kekeliruan yang ada.

Membina “Kilang Susu”

Pengeluaran susu manusia atau “kilang susu kita” adalah proses yang sangat hebat yang terbina sejak pembentukan kelenjar susu (di payudara) yang bermula sebelum kita lahir lagi. Tidak seperti kebanyakan jenis haiwan mamalia yang mempunyai kelenjar susu yang telah terbentuk sepenuhnya sebelum  hamil, kelenjar susu di payudara manusia terbentuk dar isatu tahap ke satu tahap,dan tidak akan beroperasi sepenuhnya dengan matang sehinggalah kita hamil.

 

Semasa hamil, warna ‘areola’ dan puting menjadi lebih gelap, dan bahagian areola selalunya menjadi sedikit besar. Dot dot yang kecil yang dipanggil “Montgomery glands” yang akan kelihatan di areola dan selalunya tidak kita perasan sehinggalah kita hamil, juga mula sedikit membesar. Urat-urat di permukaan breast akan menjadi lebih jelas, di mana urat-urat ini kelihatan lebih besar dan berwarna biru. Anda mungkin perasan yang pada ketika itu, breast anda menjadi lebih besar dan padat.

 

Kenali Payudara Kilang Susu Anda

Kelenjar susu di dalam payudara kita bertugas untuk menghasilkan susu badan. Di antara setiap kelenjar susu, setiap bahagian yang berbeza memainkan peranan dalam menghasilkan susu badan:

Alveoli: di mana susu badan dihasilkan; Sekumpulan pundi yang kecil berupa seperti segugus anggur di dalam payudara yang dikelilingi oleh otot-otot yang kecil yang memerahnya untuk mengeluarkan susu keluar ke dalam ductules. Alveoli terbina semasa setiap kehamilan.

Ductules:  Saluran-saluran yang kecil yang membawa susu dari alveoli ke saluran susu (duct) utama.

Milk ducts: Jaringan saluran yang rumit yang membawa susu dari alveoli dan ductules terus kepada bayi. Saluran-saluran ini membesar dan bertambah semasa setiap kehamilan.  Purata terdapat 9 saluran susu di setiap payudara pada permulaan kita memberi susu kepada bayi selepas kelahiran.

 

breastmilk-diagram-UK

Diagram payudara kilang susu

 

Apabila bayi dilahirkan, penghasilan susu akan bermula. Sel yang menghasilkan susu akan berterusan bertambah mengikut permintaan terhadap susu dalam beberapa minggu, yang menyebabkan pertambahan saiz payudara.  Apabila bayi membesar dan permintaan susu berkurang, proses penghasilan susu akan mulai perlahan dan surut. Ketika itu, proses penghasilan susu masih berjalan tetapi pada kadar yang rendah, Apabila bayi bercerai susu, payudara akan kembali ke tempoh berehat, menanti waktu untuk mengulangi proses yang sama apabila kita kembali hamil.

 

Hormon adalah penyebab kepada peredaran proses ini. Bermula akil baligh, pasang surut estrogen dan progesteron ketika kitaran haid perlahan-lahan akan membentuk saluran-saluran susu (ducts) dan alveoli dengan lebih lengkap. Rangsangan yang halus ini berterusan sehingga kita berumur 35 tahun. Kehamilan menyebabkan kenaikan jumlah kedua-dua hormon ini, begitu juga dengan hormon prolaktin, human placental lactogen (hPL), human chorionic gonadotropin (hCG), dan hormon pertumbuhan, yang semuanya ini  membantu merangsang pertumbuhan kelenjar susu (glandular). Perubahan pada saiz payudara semasa kehamilan adalah lebih berkait rapat dengan tumpuan kepada placenta lactogen kita, di mana ia hanya dihasilkan oleh placenta hanya ketika hamil. Ini menyebabkan placenta mempunyai fungsi penting dalam pembentukan payudara kilang susu yang baik untuk bayi. Selain itu, hormon penting yang bertugas untuk merangsang pembentukan susu badan termasuklah hormone insulin, cortisol dan thyroid.

 

..to be continue..

Anda boleh KLIK SINI untuk membaca semua tulisan saya mengenai projek #CeriteraSusuIbu_byJacky the series.

 

Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com
FB page: Kedai Vitamin Batu Caves & Gombak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...