CHECKLIST SEBELUM MULA BERCUTI

Biasanya sebelum bercuti, kita mesti nak buat checklist apa yang perlu dibuat agar percutian kita nanti berjalan lancar. Di sini saya kongsikan checklist saya yang saya gunakan sebelum bertolak ke Bali, Indonesia baru-baru ini. Bagi anda yang akan bercuti ke lokasi lain, boleh juga jadikan panduan mengikut kesesuaian keperluan anda di tempat yang ingin dituju. Biasanya checklist ini saya pastikan selesai dalam tempoh seminggu sebelum mula bercuti.

checklist sebelum bercuti 2

1) Print semua maklumat tentang tiket penerbangan dan tempat penginapan kami di Bali. Dalam kes saya, saya menggunakan perkhidmatan Expedia.com untuk memilih flight dan villa kami di Bali. Jadi saya cuma print itinerary dan confirmation email yang dihantar oleh Expedia kepada saya.

 

2) Periksa website Imegresen Malaysia. Mana la tau, tibe-tibe blacklist terutamanya kepada yang liat nak membayar PTPTN kan. Nanti tak pasal-pasal menangis di sudut dinding airport pula sebab tak boleh keluar negara. Layari http://sspi2.imi.gov.my/ dan masukkan nombor IC anda untuk tahu status sama ada anda dihalang atau tidak keluar negara buat masa itu.

 

3) Bayar semua bil dan installment kepada bank yang sepatutnya lebih awal. Nanti tidaklah anda lupa pula nak buat bayaran. Tak pasal-pasal ada tunggakan, nanti CCRIS pon tak cantik.

 

checklist sebelum bercuti 1

4) Aktifkan kad kredit untuk urusan luar negara. Anda cuma perlu buat panggilan ke bank yang mengeluarkan kad kredit anda. Biasanya bank akan tanya tarikh anda akan berada di luar negara, mudah sahaja. Ini untuk memastikan traksaksi yang anda buat di luar negara nanti akan lebih lancar terutamanya jika anda menggunakan kad kredit anda di sana untuk jumlah bayaran yang besar. Jika di Malaysia, bank mungkin dapat menghubungi anda untuk mendapatkan confirmation, tetapi apabila anda di luar negara bank mungkin tidak dapat menghubungi anda dan tidak meluluskan traksasi pembayaran itu kerana dianggap mencurigakan.

 

checklist sebelum bercuti5

5) Tukar duit RM ke Indonesia Rupiah. Ini memang tengah hot menjadi salah satu punca “sakit tuh di sini” sekarang ni untuk kawan-kawan yang ingin melancong ke luar negara. Harga RM sekarang  memang sangat lemah berbanding matawang lain. Indonesia rupiah mungkin tak terasa sangat. Saya tukar RM 2000 untuk perbelanjaan 2 orang di Bali selama 6 hari 5 malam (perlu diingat kami sudah pun settlekan bayaran penginapan di sana). Rate pada masa tersebut ialah 100k IND Rupiah =  MYR 30.60. Mula-mula saya tukar RM1500 saje, tapi lepas buat kiraan secara kasar, saya buat keputusan untuk standby lagi RM500, so total saya tukar RM2000 dapatlah 7 juta Rupiah.

 

checklist sebelum bercuti6) Buat jadual tukaran/conversion table untuk nilai duit Rupiah berbanding RM. Ini untuk memudahkan saya membuat perbandingan apabila shopping atau buat apa-apa bayaran di sana, maklumlah kita tak biasa dengan nilai currency di sana yang bernilai ribu-ribu dan juta-juta tu. Saya buat dalam excel dan printkan kecik je sebesar tapak tangan, depan dan belakang. Senang nak refer, tak lah malu nanti nak tengok kalau besar-besar sangat kertas tu. Saya print 2 keping , untuk saya dan husband, letak dalam purse, bila nak bayar, leh intai sket berapa RM sebenarnya kita bayar. Bukan apa, tak nak lah over budget nanti kalau main bayar je, dan kita dapat bandingkan berbaloi tak nak beli dengan nilai RM sebanyak tu.

checklist sebelum bercuti 47) Beli universal plug yang boleh digunakan di sana. Setiap negara menggunakan plug yang berlainan. Jadi saya beli universal plug ni untuk kegunaan di sana. Nanti mudah nak charge handphone/camera dan lain-lain.

 

8) Itenarary lengkap aktiviti yang ingin dilakukan di sana. Percutian kami di Bali adalah selama 6 hari 5 malam. Saya mula buat carian di internet tentang aktiviti-aktiviti  dan tempat-tempat menarik yang wajib dilawati di Bali. Kebanyakan website yang raya rujuk adalah website milik agen perlancongan di Bali, kemudian saya bandingkan aktivit dan tempat lawatan yang ditawarkan dengan harga yang dikenakan. Memang seronok buat research ni sebab secara tak langsung, kita macam dah familiar dengan nama-nama tempat menarik dan gambar-gambar tempat tersebut. Buat lagi tak sabar nak ke sana. Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan supir (driver/pemandu pelancong) selama 3 hari di sana, dan selebihnya kami sewa scooter dan bergerak sendiri. Inshaallah saya akan kongsikan itenarary saya di Bali di entry-entry yang akan datang.

 

9) Check-in penerbangan secara online. Dalam kes kami, kami menaiki penerbangan Air Asia dan membuat tempahan melalui Expedia.com. Jadi kami perlu menambah luggage dan makanan dalam penerbangan semasa online check-in. Melalui online check-in juga kita dapat mengetahui masa yang tepat, pukul berapa last boleh check-in luggage dan boarding time dibenarkan sebelum penerbangan. Biasakan untuk sampai di airport 2 jam sebelum flight berlepas untuk langkah selamat. Dah check-in penerbangan, jangan lupa print supaya senang nak di rujuk,  caj tambahan pun dapat dielakkan di airport nanti.

 

checklist sebelum bercuti 6

10) Scan pasport dan emailkan kepada adik-beradik. Kebiasaan yang saya amalkan, saya akan scan/ambil gambar passport dan berikan satu salinan kepada adik perempuan saya melalui email. Ini langkah berjaga-jaga jika berlaku sesuatau yang tak diingini di luar negara nanti seperti kehilangan passport dan sebagainya.

 

11) Get ready camera dan charger. Ini untuk memastikan kenangan-kenangan indah semasa melancong nanti dapat dirakamkan. Saya ni jenis yang suka ambil gambar guna camera berbanding handphone. Sebab bagi saya, capture dulu moment tu, kemudian nikmatinya secara live. Tak payah duk sibuk nak upload kat media sosial on real time sampai terlepas menikmati keindahan alam dan suasana yang sebenar yang akan kekal dalam ingatan kita sendiri.

 

12) Get ready best friend saya, Medela Freestyle dan make sure bekalan EBM Eidlan cukup untuk 6 hari 5 malam. Oleh kerana saya tak bawa anak-anak untuk percutian kali ini (first time tinggal Eidlan), so saya sediakan bekalan EBM yang secukupnya dan bawa bersama pam susu saya bersama cooler box untuk saya pam di sana dan bawa balik hasil pam saya kembali ke Malaysia nanti.

 

checklist sebelum bercuti 7

13) Get ready pill box saya untuk bawa vitamin-vitamin Shaklee kesayangan saya bersama. Maklumlah di Bali nanti saya nak mandi-manda di pantai-pantai yang cantik, nak berscooter pula melawat tempat-tempat menarik, jadi penting untuk saya pastikan kesihatan saya tak terjejas kerana aktiiviti-aktiviti itu nanti.

 

Semoga perkongsian saya tentang checklist sebelum mula bercuti ini dapat menjadi panduan buat kawan-kawan yang bakal bercuti tak lama lagi. Maklumlah, akhir-akhir tahun ni memang ramai yang pergi bercuti ke luar negara. Tak lama lagi saya pun akan bercuti ke Italy, Shaklee belanja, cuma perlu bawa duit nak shopping je, so tak la terasa sangat nak kena tukar duit banyak sangat dengan nilai RM yang sangat lemah sekarang ni kan.

 

Inshaallah ada peluang nanti, saya kongsikan pula pengalaman saya di Bali. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya . Assalamualaikum.

Shaklee Indipendent Distributor

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: Batu Caves, Gombak & KLCC

vitaminurul@gmail.com

Related Post