Hari ni nak bercerita tentang deep freezer untuk simpan EBM/express breast milk/susu ibu yang diperah. Kepada ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan bayi anda dengan susu badan 100%, sudah pastinya mengepam dah menjadi rutin harian anda di pejabat. Bila dah ada stok banyak-banyak, kadang tu penuh bahagian freezer peti ais, sampai nak letak ayam ikan ais semua dah tak muat. Anak-anak pun dah komplen sebab tak muat nak letak ais krim diorang kann..

211014 copy

Kejadian sebenar, EBM saya untuk Eidlan.

Dah kalau rupe itu, memang tak masak la kan. ye la, mana nak letak ayam ikan nyer? takde ruang dah..(padahal alasan jer). Itulah juga yang berlaku kepada saya. Sehinggalah saya terpaksa membeli sebuah deep freezer kerana peti ais kami sudah tiada ruang untuk menyimpan stok EBM saya. Masa tu usia Eidlan dalam 3 bulan.

 

Pencarian bermula dengan saya dan husband mengunjungi beberapa kedai-kedai barangan elektrik di sekitar rumah kami. So barulah tahu yang deep freezer ni ada pelbagai saiz, jenama dan harga. Deep freezer yang sesuai untuk simpan EBM ada 2 jenis iaitu jenis chest freezer dan upright freezer. Deep freezer jenis upright (berpintu bukaan tepi seperti peti sejuk biasa) adalah lebih mudah berbanding deep freezer jenis chest freezer (pintu bukaan atas).

hesstar-220l-chest-freezer-hcf-20-white-hlksuperstore-1502-06-hlksuperstore@4

Deep freezer jenis chest freezer.

Kebanyakan kedai yang kami survey, deep freezer type chest freezer ni memang banyak. Harganya dalam lingkungan RM650 ke atas bergantung kepasa jenama dan kapasiti simpanannya. Upright deep freezer susah sikit nak jumpa yang dah ada stok, biasa kena order dulu baru diorang ambil dari HQ diorang. Lepas survey2 harga, kami pon pulang dengan sedikit ilmu di dada. Balik rumah sambung lagi survey di internet. Setelah menimbangtara, saya memilih untuk membeli deep freezer jenis Upright deep freezer. Antara sebab-sebabnya:

 

1) Senang nanti nak kendalikan EBM; Deep freezer jenis upright juga mudah untuk diuruskan kerana mempunyai laci-laci di dalamnya berbanding chest freezer yang lebih sukar untuk menyusun dan mengeluarkan EBM lama. Senang nak susun dan guna dengan cara FIFO (first in first out). Kalau yang chest freezer tu kena susun elok-elok kalau nak buat FIFO, dan saya tau saya tak rajin untuk itu. hehe.

2) Senang nak bersihkan deep freezer tu nanti bila perlu; Kalau chest freezer, ada satu lubang di bawah untuk air mengalir keluar bila kita unfreeze, so bagi saya nampak macam susah sikit berbanding upright freezer yang kita boleh bersihkan macam bersih peti ais je.

3) Jimat ruang; Saya nak beli deep freezer yang berkapasiti 170L dan ke atas, tak nak yang kecik. So kalau chest freezer semakin besar kapasiti, maka semakin melebar saiznya. Kalau upright freezer, makin besar kapasitinya, semakin tinggi freezer tu.

 

Dalam survey2 tu, saya terjumpalah beberapa iklan di mudah.my ada orang nak jual deep freezer. Ada beberapa yang memang declare yang sebelum ni memang deep freezer mereka tu memang digunakan untuk simpan EBM sahaja. Saya pun cuba menghubungi beberapa pengiklan menerusi Whatsapp. Ada 2 orang yang nak jual deep freezer jenis upright yang bersaiz kecil/rendah. Bila ditanya reason nak jual, semua cakap sebab EBM diorang banyak sangat, dah tak muat deep freezer tu, kena beli yang besar pula. Saya jadi lagi la makin kuat niat nak beli deep freezer yang berkapasiti besar bila dengar macam tu kan. Tak nak la nanti dah ada deep freezer, nak kena kacau peti ais kat dapur lagi. Defeat the purpose of having deep freezer la kan.

 

Upright deep freezer ni harga dia mahal sikit berbanding chest freezer. Lagi la kalau yang kapasiti besar, harganya boleh jadi RM1600 bergantung kepada jenama. Saya usha-usha di Lazada pon dalam RM1400, kat kedai barang elektrik lagilah mahal. So saya buat keputusan untuk beli deep freezer second hand dari penjual yang saya yakin di mudah.my. Kebetulan pula waktu tu, saya baru sajaha  berjaya menjual portable air-cond saya di mudah.my juga. So boleh la saya guna duit hasilnya tu untuk beli deep freezer pula. Pilihan tak banyak biasanya kalau nak cari deep freezer di mudah.my ni. Kebanyakan pengiklan yang saya hubungi semua dah ada pembeli. So saya relax dulu. Tiap-tiap hari buka mudah.my search deep freezer.

 

Suatu hari rezeki saya datang, ada seorang pengiklan ni nak jual Elba 170L Upright Deep Freezer sebanyak 6 unit. Beliau berniaga coklat, masa tu nak tutup kedai so nak clearkan barang kedai. Deep freezer tu baru guna 2 3 bulan katanya. Saya pon nego2 dan harga last saya dapat adalah RM800. Kalau kat Lazada, harga untuk model ni dalam RM1299. Beliau bersetuju dengan harga tu dengan syarat saya kena sediakan transport dan angkut sendiri deep freezer tu dari Petaling Jaya. DEAL!

 

Dalam hujan renyai malam tu, saya, husband, Eleanoor dan Eidlan pegi ke PJ dan angkut deep freezer tu dengan Hilux husband saya. Berdebar juga sebab hujan renyai, takut rosak. Nak tunggu, hujan tak juga berhenti. Sampai kat rumah, saya terus bersihkan dan test deep freezer tu. Alhamdulillah, condition memang tip top dan bersih. Penjual tu bagi 1 bulan waranti kalau berlaku kerosakan. Inilah rupenye deep freezer tersebut. Sebab dah takde ruang nak letak kat dapur, terpaksa la saya rearrange SOHO saya untuk muatkan deep freezer ni. Saiznya sama besar dengan peti ais kami. haha.

20141029_012306 copy

Elba 170L Upright Deep Freezer.

20141102_005646 copy

Ada 6 drawer yang memudahkan untuk kita kendalikan EBM.

091214 copy

Semakin semangat dan rajin nak mengepam sebab nak penuhkan semua drawer.

Bila rasa macam nak terapi minda, saya kan keluarkan drawers deep freezer ni dan susun EBM Eidlan ikut tarikh macam ni. Rasa happy je lepas tu dan bersyukur sebab Allah mudahkan perjalanan penyusuan saya dan Eidlan. Sambil berdoa semoga Eidlan mendapat khasiat yang terbaik daripada susu badan saya.

0221214

 

Begitulah cerita deep freezer untuk simpan EBM Eidlan ni. Sampai sekarang masih lagi berkhidmat cemerlang dengan saya. Setiap kali balik kampung atau tinggalkan rumah dengan masa yang lama, sampai je rumah, mesti deep freezer ni yang saya jenguk dulu. Nak pastikan EBM saya semuanya selamat dan sejahtera. Semoga coretan ini dapat memberi idea kepada ibu-ibu di luar sana yang sedang mencari-cari deep freezer untuk simpan EBM anda.

Happy breastfeeding!

JACKY

 

Dapatkan Set Breastfeeding Shaklee hari ini untuk membantu mendapatkan susu badan yang meriah dan berkhasiat.

10945597_10152805558554093_6918300309515837234_n

Shaklee Independent Distributor,

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...