Mama yang terlebih excited bila si sado Eidlan dah masuk 6 bulan. Rasa kekok pula nak sediakan semi-solid food Eidlan, sebab selama ni minum susu mama je sepenuhnya. So, hari ni saya nak kongsikan cara mudah untuk menyediakan dan menyimpan puree buah-buahan dan sayur-sayuran untuk si comel anda.

 

Bila sepatutnya semi-solid food boleh dimulakan?

Umur bayi, selera dan kadar pertumbuhan adalah faktor-faktor yang membantu menentukan bilakah masa yang sesuai untuk memberikan makanan pejal/separa pejal kepada bayi kita. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), semi-solid foods tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur di bawah 6 bulan. Umur ini biasanya bertepatan dengan perkembangan untuk makan solid food. Pada umur ini juga, bayi sudahpun menunjukkan minat terhadap makanan lebih-lebih lagi apabila kita makan di depan mereka.

 

Cara menyediakan Puree Buah Lai untuk bayi 6 bulan

1) Saya menggunakan2 biji buah lai sebagai bahan pertama untuk semi-solid food Eidlan. Mula-mula, kupaskan kulit buah lai dan bersihkan buah tersebut. Buangkan bagagian tangkai dan biji di dalam buah itu, dan kemudian buah tersebut di potong dadu.

20150207_093926 copy

2) Kukuskan buah yang dipotong tadi di dalam bekas pengukus seketika sehingga buah menjadi lembut. Tujuan kita mengukus adalah untuk melembutkan tekstur buah itu supaya baby tidak merasa kesat apabila menelan puree itu nanti. Saya tiada pengukus, so saya just gunakan rice cooker saya yang memang didatangkan dengan pengukus kecil ini.

20150207_102909 copy

3) Kemudian, kisarkan buah tadi menggunakan blender/ baby bullet sehingga halus. Tambahkan sedikit air masak jika perlu. Saya memang mengkhaskan blender ini untuk menyediakan makanan baby saya sejak anak pertama lagi. Jadi kat rumah saya memang xde baby bullet yang comel tu.

20150207_103133 copy

4) Dah siap puree buah lai saya. Mudah je kan? Untuk menyimpannya pula, saya letakkan puree yang telah siap tadi di dalam bekas cube ais seperti gambar di bawah. Kemudian saya masukkan ke dalam freezer selama 2 jam.

20150207_103442 copy

5) Setelah beku puree saya tadi, saya keluarkan ke dalam piring, dan beginilah rupa ketulan puree saya. Tujuan kita membekukan puree ini dalam bentuk tube adalah untuk memudahkan proses penyimpanan dan pengedalian puree ini.

20150207_162622 copy

6) Kemudian saya masukkan ketulan puree tadi ke dalam zipper bag yang biasa saya gunakan untuk menyimpan EBM saya. Jadi kita x perlu tupperware kecil untuk  menyimpan puree ini. Cara ini lebih mudah dan praktikal serta menjimatkan ruang dalam freezer kita nanti. Tuliskan tarikh pada setiap zipper bag iaitu tarikh puree dibuat dan expiry date puree tersebut. Biasanya puree yang dibekukan akan bertahan selama 5 hari-seminggu. Letakkan hanya 3 cubes puree di dalam setiap zipper bag untuk potion sekali makan untuk baby. Biasanya bayi hanya dapat makan 3 sudu besar puree dalam satu masa.

20150207_163030 copy

Apabila kita menyimpann puree dengan cara ini, lebih mudah untuk kita bawa bekalan puree kepada baby sitter. Mereka cuma perlu cairkan puree tersebut pada suhu bilik atau menggunakan warmer dan suapkan pada baby. Biasanya saya akan campurkan sedikit EBM (express breast milk) ke dalam puree supaya baby lebih familiar dengan rasa makanan mereka.

Inilah wajah gembira Eidlan dapat makan buat pertama kalinya. Sedapnya puree buah lai mama buat!

Habis 3 sudu besar walaupun first time.

20150207_111339 copy

 

Pada zaman semua ibu-ibu sudah boleh mendapatkan info dengan mudah ini, home-made puree buah-buahann dan sayur-sayuran lebih menjadi pilihan untuk diberikan kepada bayi kita berbanding dengan nestum, cereal atau ready-made  puree yang dijual di kedai. Tak salah meletakkan extra-efford buat si manja kita, asalkan mereka mendapat khasiat yang lebih baik apabila mendapat makanan yang disediakan sendiri di rumah, yang lebih terjamin kebersihan, khasiat dan kasih-sayangnya. Lagipun, penyediaan puree ini sangatlah mudah.

Selain buah lai, ada banyak lagi buah dan sayur yang boleh dijadikan puree untuk si comel kita. Antaranya buah epal, mangga, pear, avocado, kentang, lobak merah, sawi, bayam, brokoli, bunga kobis dan bermacam-macam lagi. Bayi kita dapat belajar merasa manis, masam dan pahit buah dan sayuran tersebut. Ingat, jangan sesekali meletakkan garam, gula dan perasa tambahan pada puree mereka.

Di bawah adalah antara puree-puree yang dah saya sediakan untuk Eidlan pada bulan ini.

20150208_092537 copyPuree nasi + sawi

20150213_185622 copyPuree lobak merah

20150214_092609 copy

Puree epal merah

20150223_205009 copy

Puree avocado

20150226_170830 copyPuree brokoli dan puree pear

Semoga entry ini bermanfaat dan dapat membantu anda especially ibu-ibu muda bekerjaya.

SELAMAT MEMUREE! 🙂

JACKY

 

Buat ibu-ibu yang inginkan kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda buat anak-anak, Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee dapat membantu.

10922435_10152784905984093_1031936656949143324_n copy

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya
vitaminurul@gmail.com
FB page: Kedai Vitamin Batu Caves & Gombak

Related Post