POSTER

Sudah lama tertangguh niat saya untuk bercerita tentang pengalaman saya melahirkan anak kedua saya Eidlan, di FPP Scheme, Full Paying Patient Hospital Selayang. Pagi ni nak juga saya berkongsi tentang kisah saya sempena umur Eidlan yang bakal menjengah 1 tahun 6 Ogos nanti. Ikuti kisah saya sebelum ini di Full Paying Patient Hospital Selayang DI SINI.

 

Setahun lepas, saya dijangkakan (EDD) untuk melahirkan Eidlan 4 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2014. Semasa last check-up saya dengan Dr. Roslan dari FPP unit di Hospital Selayang, saya minta doktor beri saya lebih masa untuk tunggu baby saya keluar, sebab doktor cakap kalau dah due tapi belum ada sakit, kemungkinan besar kena c-sec juga sebab baby macam besar. Untuk pengetahuan, anak first saya pun c-sec juga ( reason: 3.89kg dan tak rasa sakit sampai lebih 9 hari dari due date). Saya nak sangat VBAC (vaginal birth after cesarean), lebih-lebih lagi apabila didedahkan oleh pengalaman ibu-ibu VBAC dan hypnobirth di group-group Facebook. Saya minta doktor bagi saya lebih 15 hari selepas due date untuk tunggu sakit baby nak keluar. Waktu tu estimate berat baby dalam scanner adalah 3.9 kg. Dr. Roslan setuju.

 

Masa tu, saya nekad nak juga balik beraya, travel dari KL ke Kelantan (kampung suami), giliran beraya di Kelantan dan kebetulan mak saya mengerjakan umrah ketika itu dan hanya akan balik ke Malaysia pada hari raya ketiga. Saya tanya Dr. Roslan, boleh tak saya nak travel, beliau jawab bersahaja, “Kalau I tak bagi pun, you still akan balik juga kan?”. Dr. Roslan ni memang sempoi, buat saya selesa dan percaya pada dia. Plan B, kalau saya tiba-tiba rasa nak beranak masa raya, saya akan beranak je kat mana-mana hospital di Kelantan atau Terengganu, bergantung kepada di mana saya berada pada masa tu. Kiranya kebarangkalian Eidlan untuk memiliki no tengah IC 10, 11 atau 03 adalah sama rata.

 

Raya punya raya, makan macam-macam juadah raya tak hengat punya, dengan alasan baby bagi mama peluang makan raya ni. Seminggu beraya, travel KL- Kelantan – Terengganu – KL, baby tak juga menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Tempoh yang doktor bagi dah nak tamat. Dengan hati yang gundah-gulana, saya pergi jumpa Dr. Roslan dan doktor bagi saya tarikh 6 Ogos 2014 untuk cesarean section. Saya agak kecewa masa tu, sampai saya cakap kat doktor anak ketiga nanti saya nak beranak kat rumah je, sebab sure kena c-sec sebab dah 2 kali c-sec. Dr. Roslan pujuk juga, dan bagi option yang ada. Husband minta saya redha, katanya kalau Allah kata baby nak keluar ikut pintu, nurse dah tolak saya masuk OT (operation theater) pun saya still akan beranak normal. Saya pun dah pun berusaha apa sahaja petua natural inducer, tetap juga baby relax dalam perut mama.

 

Jadi pada 5 Ogos 2014, saya datang ke bilik bersalin Hospital Selayang dan menguruskan prosedur untuk masuk wad FPP dan planned cesarean section saya. Melihatkan patients lain di wad itu iaitu ibu-ibu lain yang sedang berkerut-kerut dahi menahan kesakitan contraction dan bakal bersalin bila-bila masa sahaja, timbul perasaan cemburu di hati saya. Saya cemburu kerana saya tidak dapat merasa kesakitan itu, cemburu kerana air ketuban saya tak pernah pecah sendiri, cemburu kerana tidak dapat menikmati kesakitan yang Allah hanya anugerahkan kepada seorang wanita yang bergelar ibu. Saya menangis, berdoa bersungguh-sungguh dalam solat Zohor dan Asar saya di sana petang itu, bengkak mata saya sampai nurse tanya kenapa.

 

20140805_161831 copy

Wad 5B wad bersalin Hospital Selayang

 

Pada jam 4 petang, nurse hantar saya ke bilik 5B, wad bersalin Hospital selayang. Alhamdulillah ada bilik 1 katil yang available, tapi saya dimaklumkan oleh  nurse yang saya hanya akan huni bilik ini semalaman sahaja sebelum saya menjalani operation esok. Rupanya wad khas untuk Full Paying Patient Hospital Selayang dan wad first class telah dipindahkan ke tingkat 11. Kiranya saya ditempatkan di tingkat 5 dahulu kerana bilik bersalin dan OT berada di tingkat tersebut, jadi mudah untuk nurse bawa saya ke OT nanti. Dulu bersalin anak sulung, saya duduk di bilik 5A di sebelah bilik ini. Malam tersebut adalah kali pertama saya tidak tidur bersama dengan anak sulung saya Eleanoor sejak dia lahir. Sedih juga, saya siap ber-video call dengannya, tapi Eleanoor ok je kat rumah bersama nenek dan makdenya, tak rindu pun pada mama, mama je yang lebih-lebih nak sedih-sedih.

 

Saya dijadualkan untuk masuk OT pada pukul 8.00 pagi, 6 Ogos 2014, tetapi kerana terdapat banyak kes emergency c-sec pada hari itu, pukul 2 petang barulah saya ditolak ke OT. Ketika itu saya sudah mula redha bahawa saya memang akan dibedah dan tak dapat VBAC seperti yang saya harapkan. Semasa di bilik OT, seperti anak pertama saya, prosedur pembedahan dijalankan. Pakar anaesthesia berbual-bual dengan saya untuk mengurangkan debaran saya sambil menyucuk epidural ke dalam ruang tulang belakang saya. Saya dibaringkan, dan pakar anaesthesia menguji kesan ubat ke atas tubuh saya. Apabila saya confirmkan bahawa saya sudah tidak merasa apa-apa lagi pada bahagian pinggang dan ke bawah, barulah Dr. Roslan memulakan pembedahan. Saya lihat seorang pakar baby dan beberapa orang nurse membantu di bilik OT itu. Saya dapat rasa perut saya bergerak ketika doktor menarik baby keluar, cuma saya tidak rasa sakit. Dalam tempoh 10 minit, suara tangisan baby dah kedengaran disambut dengan suara excited doktor-doktor dan nurses di dalam bilik OT itu, Alhamdulillah gugur air mata kesyukuran saya. Pakar anaesthesia yang dari tadi setia berada di sisi telinga saya berkata “Dah boleh pergi sekolah baby you ni!”. Nurse bawa baby kepada saya dan menunjukkan jantina baby, lelaki seperti dijangka. Dan nurse beritahu berat baby ialah 4.62kg, dan respond saya ketika itu,”What? 4.62kg?”.

 

Tiba-tiba air mata saya menitis lagi, terasa bagai terkena satu tamparan kuat yang menyedarkan saya, TAKDIR ALLAH ITU SUDAH CANTIK DIATUR. Allah dah tetapkan Eidlan lahir ikut tingkap, siapa say untuk melawan takdir? Apa agaknya akan jadi kalau saya tetap berkeras nak VBAC? Mampukan saya mengeluarkan 4.62kg baby pada kali pertama bersalin secara normal? Adakah baby akan ok? Adakah saya akan ok?

 

Saya minta baby dari nurse untuk skin-to-skin, tapi pakar baby tak bagi lama, katanya baby bernafas laju, perlu dipantau. Saya tak dapat breastfeed baby masa tu, terkilan juga. Selesai pembedahan, saya direhatkan seketika di luar OT sebelum dibawa keluar kepada suami dan mak saya dan dihantar ke wad FPP di tingkat 11. Kebetulan pada masa itu, tiada bilik single yang available di wad Full Paying Patient Hospital Selayang ini, jadi saya ditempatkan di bilik yang ada 2 katil tetapi hanya saya sahaja di bilik itu kerana tiada patient FPP yang lain. Bilik tersebut agak baru dan luas. Selesa untuk suami dan mak saya datang menemani saya bermalam di wad dan kawan-kawan datang melawat. Keadaan juga lebih sunyi kerana tidak ramai baby dan ibu-ibu lain seperti di wad biasa di tingkat 5.

20140808_095516 copy

Bilik 2 katil level 11 Hospital Selayang, katil dipisahkan dengan tirai dan berkongsi 1 bilik air.

20140808_095427 copy

Ruang yang agak luas dan selesa untuk room-in bersama baby dan untuk suami menemani kita bermalam di wad.

20140808_132947 copy

Setiap bilik dilengkapi dengan 1 bilik air yang luas dan selesa.

20140808_133008 copy

Toilet di dalam bilik air.

Oleh kerana pakar baby cakap Eidlan masih bernafas cepat, Eildan ditempatkan di wad NICU di tingkat 5, saya tidak berpeluang untuk room-in dengan baby kali ni. Suami membantu saya berulang-alik ke wad NICU untuk memberi susu badan dan juga susu perahan kepada nurse di sana. Kelakar juga bila sampai di NICU, baby lain semuanya kecik-kecik, Eidlan je baby yang paling besar, ada beberapa nurse datang nak tengok Eidlan sebab dengar ada baby 4.62kg lahir, semangat betul baby ye, mama pun tak tahu macamana mama boleh selamba je bawak baby ke sana sini masa Shaklee National Conference sebelum tu, takde lah rasa penat sangat. Ni mesti penangan vitamin kehamilan Shaklee kesayangan saya. Tu la siapa suruh mama makan tak hengat punya masa raya, kan Eidlan dah sedut semua tu dengan jayanya. Lagipun doktor cakap anak first saya dah besar, so perkara biasa kalau anak kedua lebih besar.

20140808_161107 copy

Papa suapkan susu badan perahan mama untuk Eidlan, baby so cute!

Saya keluar hospital 2 hari selepas pembedahan setelah doktor cakap semuanya ok. Sebelum balik, doktor buka plaster pada luka pembedahan, ngilu betul perasaannya walau tak sakit. Terbayang prosedur cesarean section yang saya tonton di youtube, tak sangka saya kuat untuk melaluinya sebanyak 2 kali! Semuanya dengan izin Allah. Eidlan pula dapat keluar hospital sehari selepas saya, setelah doktor mengesahkan pernafasan Eildan sudah stabil dan sihat & Eidlan bebas jaundice. I’m happy mama! Total bill kami di sini adalah RM3,900 all in- wad, khidmat doktor pakar, ubat, NICU dll.

 

Sebelum balik, sempat juga saya mengintai bilik yang menempatkan 4 katil dalam satu bilik di wad FPP ini untuk tatapan pembaca Vitaminurul.com walau sepatutnya kamera tak dibenarkan. Walaupun memuatkan 4 katil, ruang untuk setiap katil sama luas dengan ruang katil saya dalam bilik yang mempunyai 2 katil. Maksud saya, walau 4 katil sebilik, bilik tersebut sangat besar dan selesa!. Setiapa katil mempunya ruang masing-masing yang luas dan selesa.

20140808_175825 copy

Bilik 4 katil FPP Hospital Selayang.

20140808_175835 copy

Setiap katil mempunyai ruang yang selesa walau dalam sebilik ada 4 katil.

Semoga perkongsian saya hari ini dapat memberi lebih panduan buat ibu-ibu comel semua. Kepada ibu-ibu yang berminat untuk melahirkan baby anda di Full Paying Patient Hospital Selayang ini, saya cadangkan anda hubungi kaunter FPP Hospital Selayang lebih awal (semester kedua kehamilan- dalam 4-6 bulan usia kandungan) kerana permintaan untuk khidmat FPP sangat menggalakkan sekarang. Sahabat saya baru sahaja inform yang beliau tidak dapat tempat untuk melahirkan baby beliau di FPP Hospital Selayang kerana FPP dah penuh untuk November- December tahun ni. Berikut maklumat untuk anda hubungi.

HOSPITAL SELAYANG

No. Tel: 03-6126 3333 dan minta sambungkan ke kaunter Full Paying Patient (FPP)

Website: http://hselayang.moh.gov.my/en/public/skim-download/fpp-delivery-charges.html

Untuk pengalaman check-up bulanan dan caj-cajnya, sila KLIK SINI.

 

Good luck!

Mama Eleanoor & Eidlannoor

 

Inilah bekalan vitamin berpantang yang saya bawa ke hospital. Sebaik selepas melahirkan baby terus boleh saya makan. Tak perlu bimbang takut baby ada  jaundice seperti makan jamu. Dan Set Bersalin Shaklee ini juga sesuai untuk semua ibu berpantang tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan. Luka cepat sembuh, badan pun rasa bertenaga dan yang paling best, susu badan pun banyak tau! Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi lengkap.

10553344_10152403351824093_2523018513265918909_n copy

Shaklee Independent Distributor,

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post