Cuti panjang awal Mei yang lalu, kami ambil peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di Alor Setar, Kedah. Alang-alang ke sana, kami terus stay 3 hari 4 malam di Hotel Starcity, Alor Setar untuk Cuti-cuti Malaysia sekeluarga. Saya dan hubby pula dulu kedua-duanya study di Universiti Utara Malaysia, so saja nak berjalan-jalan ke UUM, nak imbau kembali zaman berkenalan dolu-dolu masa belajar kan. Boleh la kenalkan Eleanoor & Eidlan sekolah mama papa diorang dulu.

 

11215187_10153042354234093_6668990945047391041_n copy

Orang UUM mesti kenal port paling best ni untuk ambik gambar konvo. Setelah 7 tahun grad, mama datang bawa anak-anak pula šŸ™‚

Kebetulan juga, musim mangga Harumanis dah bermula. Harumanis ni memang terkenal dengan keenakan dan kemahalannya. Dan Harumanis Jabatan Pertanian Perlis memang diperkatakan sebagai Harumanis yang bermutu kerana penjagaan dan kawalan kualiti yang dikenakan oleh jabatan tersebut terhadap buah Harumanis di ladang mereka..

 

11265425_719595918149365_7605267834521205726_n copy

Kami tiba di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang, Perlis pada jam 11.45 tengahari. Negeri-negeri di utara ni memang panas biasanya. Pengunjung memang tengah ramai. Sampai je terus pekena air mangga penghilang dahaga.. Memang syok! Kemudian saya ke kaunter pejabat untuk membeli tiket lawatan masuk ke ladang Harumanis. RM3 seorang dikenakan untuk menaiki traktor yang menarik gerabak ketetapi (ala-ala) dan kita akan dibawa melawat kawasan ladang Harumanis di situ. Ladang tersebut agak besar, tapi takdelah kita di bawa ke seluruh ladang, cuma tengok-tengok dari jalan laluan keretapi tersebut.

 

20150502_122446

Depan sekali tu traktor, membawa 3 gerabak keretapi.

20150502_122512 copy

Inilah dia pokok mempelam Harumanis yang tersohor itu.

20150502_124355 copy

Wefie! Eidlan relax je jadi anak kanggaroo dalam Boba.

 

Traktor ini akan memberhentikan pengunjung di kaunter jualan Harumanis kelolaan Koperasi Kakitangan Jabatan Pertanian Perlis di tengah ladang ini. Di siniĀ pengunjung dapat membeli Harumanis dengan harga RM23/kilogram di dalam ladang ini. Harumanis yang dijual adalah yang ditanam di sini, di mana kualitinya sangat dijaga rapi.Ā Tapi nasib tak menyebelahi kami, hari tu buah dalam ladang dah sold out Ā untuk kami beli. Yang tinggal hanyalah mempelam jenis Maha yang berharga RM10/kilogram. Tapi kami masih berpeluang merasa Harumanis di sini kerana setiap pengunjung akan diberi merasa sepotong Harumanis seorang. Sepotong tu besar la, lebih kurang 1/4 buah tu. Kami cuba-cuba juga bertanya kepada staf koperasi untuk beri kami beli saja Harumanis yang masih perlu diperam tetapi mereka tak benarkan untuk menjaga kualiti Harumanis dari ladang mereka.

 

20150502_123328 copy

Harumanis harumanis Elea jual, dua sengget dua sengget. Mari beli mari beli!

20150502_123504 copy

Antara jenis-jenis mempelam yang terdapat di Perlis. Ada Intan Safinaz, Irwin, Sala, Telur, Melele, dan Maha.

Jadi kami beli la 2 kilo mangga Maha dari sini. Maniss sangat buahnya. Saya bukanlah expert untuk bagi komen apa beza mempelam Maha dengan mempelam Harumanis atau mempelam beli kat pasar malam, bagi saya semua sedap dan manis!

Keistimewaan Harumanis berbanding mempelam yang lain ialah aroma baunya yang sangat manis apabila sudah masak dan isinya yang berwarna oren, berjus dan sangat manis. Harumanis hanya boleh didapati di negeri Perlis pada musimnya dari akhir April hingga ke akhir bulan Mei. Permintaan untuk buah ini sangat memberangsangkan, jangan sampai anda tertipu dengan penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab. Nanti beli mahal-mahal dapat mempelam Sala je pula.

 

Ladang Harumanis ini juga menyediakan tempat untuk pengunjung bergambar dan bergaya dengan mock FB profile di situ.

20150502_124527 copy

20150502_122929 copy

Tengok isi Harumanis tu, tenggelam muka kami!

 

Setelah 30 minit di dalam ladang, traktor tadi datang ambil kami pula untuk keluar dari situ. Di luar ladang terdapat juga gerai-gerai yang menjual buah Harumanis hasil tanaman mereka sendiri, bukan hasil dari ladang Pusat Pertanian Perlis. Tak kisah la siapa tanam pun, dah alang-alang jauh kami datang, beli je 3 kg Harumanis untuk buah tangan kepada keluarga. Malas nak beli banyak-banyak takut rosak jika simpan lama-lama, lagi satu tak larat eh nak mengangkut berkilo-kilo. Harga di gerai lebih mahal daripada harga ladang, kami beli dengan harga RM30/kilogram.

 

IMG_20140522_151019 copy

Ini la 3kg Harumanis, 7 biji je sebab buahnya besar-besar.

 

Sebelum balik, kami pekena dulu pulut mempelam lemak, Harumanis masak ranum dah habis katanya.

20150502_125328 copy

Sedap anak daraku makan lepas naik keretapi.

 

Bagi yang berminat nak singgah mendapatkan Harumanis Jabatan Pertanian Perlis ni, boleh la singgah kalau ke utara tu ye.

harumanis-ikon-perlis-1

Tudia! gambar ihsan google, gambar Harumanis kami takdan nak snap bila kupas, terus ngap je. Terrrbaik!!

Pusat Kecemerlangan Harumanis, Bukit Bintang Batu Pahat, Bintong, Perlis.

Boleh hubungi Koperasi Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis di no.Ā 0194549581 untuk sebarang pertanyaan.

Kaunter dibuka dari 9.00 pagi – 5 .00 petang (rehat 12 tengahari – Ā 3 petang)- dibuka setiap hari sepanjang musim Harumanis

 

#misiharumanis,

JACKY

 

Mengembara TANPA lenguh badan dan keletihan melampau walau berjam-jam memandu kereta? Saya ada rahsianya. Anda pasti teruja dengan keajaiban Shaklee Ostematrix, kalsium premium dengan imbangan magnesium yang lengkap, cuba dulu baru tau!

oste-matrix

ShakleeĀ IndependentĀ Distributor,

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...