Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak bercerita tentang satu impian saya yang dah pun tercapai ALhamdulillah. Akhir tahun 2016, banyak keputusan besar yang kami suami isteri buat. Bermula dengan saya meletakkan jawatan saya sebagai Assistant Manager AmBank pada bulan Ogos sehinggalah kepada penghijrahan kami ke Terengganu pada bulan Disember 2016. Segalanya berjalan dengan sangat lancar Alhamdulillah.

wahm

Saya sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang Working At Home Mom (WAHM) sejak saya menceburkan diri dalam bisnes Shaklee 5 tahun yang lalu. Tapi mungkin kerana tiada push factor yang kuat, impian itu sentiasa saya tangguhkan dari tahun ke tahun. Bila saya tension dengan beban kerja di pejabat, mulalah saya rasa nak resign dan jadi WAHM. Bila kerja dah ok, saya dah tak fikir tentang nak resign dah. Pada 16 Mei 2015, saya ada membuat satu entry blog saya ni tentang AZAM BARU 2017. Ketika itu saya telah menemui due date kepada impian saya untuk bergelar WAHM. Jadi saya coretkan terus supaya ianya menjadi doa dan termakbul.

 

Baca entry tersebut DI SINI

 

Benarlah kata orang-orang berjaya, setiap impian kita, kita perlu coretkan dan zahirkan. Bukan hanya letak dalam kepala sahaja, hanya kita saja yang tahu. Bila kita tulis dan beritahu orang tentang impian kita, ia akan menjadi doa dan semakin dekat dengan kita. Sekurang-kurangnya beritahulah pada orang-orang yang rapat dengan kita seperti ibu, suami dan sahabat-sahabat terdekat kita.

 

Impian saya untuk bergelar WAHM tercapai juga pada akhir tahun 2016, lebih awal sedikit dari due date yang telah saya tetapkan. Allah atur dah cantik sangat. Allah lorongkan jalan supaya saya lebih mudah buat keputusan untuk meletakkan jawatan.

 

WAHM

Rutin kegemaran saya, dapat ambil Eleanoor dari sekolah.

Pada mulanya target saya ialah supaya saya dapat menghantar dan mengambil anak-anak saya sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat bas/van sekolah. Eleanoor berumur 5 tahun dan mula bersekolah pada tahun ini. Sebenarnya saya agak skeptical dengan van sekolah kerana pengalaman buruk yang telah dialami oleh kawan saya.

 

Tapi Allah tambahkan lagi push factor untuk saya apabila saya disahkan hamil anak ketiga saya. Jika sebelum ini saya terlepas banyak masa untuk melihat perkembangan Eleanoor dan Eidlan semasa baby, anak ketiga kali ni biarlah saya enjoy moment menjaga baby saya dengan tangan sendiri sepenuh masa.

 

Saya dulu takut sangat nak berhenti kerja, sebab saya takut saya tak ada kawan, boring jaga anak je duk rumah. Saya tak boleh bayangkan, takut sangat. Sampailah saya ditukarkan ke department baru yang lebih kecil, tak ramai rakan sekerja tapi work load dan expectation sangat tinggi. Setiap hari saya balik lambat, Isyak baru sampai rumah. Tengok muka husband dan anak-anak pun 3 jam je. Itu pun dalam kepala masih lagi berfikir pasal kerja . Stress level meningkat lebih-lebih lagi saya sedang sarat mengandung ketika itu. Boss don’t seem like she’s care. Bulan Ramadhan yang sepatutnya boleh balik awal sejam, saya tetap kena balik lewat. Tak dapat berbuka puasa dengan suami dan anak-anak.

 

Kemudian baru saya tahu, saya lebih takut jika tak dapat jumpa, bermain dengan anak-anak saya dan tengok diorang membesar. Biarlah saya gantung ijazah saya, cukuplah pengalaman 10 tahun bekerja di 4 institusi besar, banyak sudah saya belajar ilmu hidup yang tak dapat saya belajar daripada buku ataupun di universiti. Dah sampai masanya untuk saya buat apa yang saya suka, untuk diri dan company saya sendiri.

 WAHM 2

 

 

Alhamdulillah kerana bisnes Shaklee yang saya telah bangunkan selama 4 tahun sejak Eleanoor lahir, saya punya pilihan untuk nekad meletakkan jawatan dan menjadi WAHM. Saya resign dan terus mendaftarkan company saya di SSM iaitu Minurul Legacy (002564809-M). Sumber pendapatan company saya ini ialah dari pendapatan bisnes Shaklee saya dan juga sewa rumah yang dapat saya jana daripada 2 buah rumah saya dan suami di Kuala Lumpur.

 

And here I am today! And I love it soo much!

 

Bila saya rajin, saya boleh masak untuk kesayangan saya. Bila malas saya ajak je diorang makan kat luar je 🙂

15965348_10154547586359093_2414661405126229824_n

Test skill memasak 🙂

15672556_10154504278424093_6653613950018784506_n

I love cooking!

 

Saya boleh hantar dan ambik Eleanoor dari sekolah setiap hari. Kejutkan dia pagi-pagi, siapkan beg sekolah dia, bekal air milo dia, sikatkan rambut dia, pakaikan uniform dia.

Boleh jaga Eidlan dan baby Eisya 24 jam, suap diorang makan, mandikan diorang, bergaduh dengan diorang, gomol diorang.

 

Boleh fokus kerja yang saya suka buat iaitu jual Shaklee dan mengukuhkan lagi empayar team Our Shaklee Raudhah saya.

banner shaklee gong badak

Banner Shaklee Gong Badak kat depan rumah 🙂

 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiada lafaz lain yang mampu saya ucapkan. Sayangnya Allah kepada saya kerana menunaikan impian saya untuk bergelar WAHM ini.

 

Saya teringat pesan sahabat saya, surirumah yang tension dan tak happy adalah surirumah yang tiada punca pendapatan. Inshaallah dengan Shaklee, saya boleh bantu surirumah-surirumah di luar sana untuk menukar title SURIRUMAH kepada WORKING AT HOME MOM dan menjana pendapatan sendiri sehebat wanita lain yang bekerja, malah lebih lagi daripada itu.

 

Saya yakin, kebanyakan wanita lain di luar sana juga punya impian yang sama seperti saya. Dapat menjaga keluarga, suami dan anak-anak dengan tangan sendiri 24 jam, tapi masih punya pendapatan sehebat bekerja sebagai professional di pejabat. Jangan biarkan impian anda hanya sekadar impian. Mulakan langkah untuk mencapainya. Supaya anda juga boleh menetapkan tarikh ‘pencen’ anda dari rutin harian di pejabat dan menjadi boss untuk diri sendiri.

 

Mahu membina empayar bisnes anda sendiri dengan hanya RM80? Hubungi kami.

join us

 

Key Coordinator Shaklee,
Nurul Zakeyah
Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...