Alhamdulillah, pada usia kandungan saya masuk 25 minggu, saya telah menjalani 3D/4D scan saya di Klinik Fauziah dan Rakan-rakan, Ampang. Sonografer yang mengendalikan 34/4D scan tersebut ialah Ms. Jezlyn.

 

Pada awal bulan April 2014 yang lalu, saya telah membuat temujanji melalui lamam web bayi-ibu.com, 3D 4D SCAN MALAYSIA dan saya memilih tarikh 12 April 2014 (Sabtu) untuk menjalani 3D/4D scan saya. Laman web tersebut memudahkan ibu-ibu untuk membuat temujanji secara online sahaja tanpa perlu berhubung dengan klinik dan sonographer terlibat. Terdapat 10 klinik yang terlibat di sekitar KL, Selangor, Ipoh dan Penang. Sonografer yang bertugas adalah certified dan terlatih untuk menjalankan 3D/4D scan secara professional. Tiada sebarang booking fee atau deposit yang perlu dibayar ketika memilih tarikh temujanji scan, bayaran hanya dibuat selepas scan dijalankan pada hari temujanji nanti. Selepas kita memilih tarikh temujanji, satu email akan dihantar kepada kita untuk menyatakan tentang terma dan syarat. Pendek kata, memang mudah.

 

Jika baby memberi kerjasama, sesi scan hanya berjalan selama 30 minit. Untuk scan 3D/4D untuk kandungan pertama saya dahulu, saya dicaj RM230 oleh sebuah hospital swasta di KL, kali ini caj yang dikenakan hanya RM120 dan saya mendapat 1 print copy gambar baby dengan muka yang jelas dan detail summary keadaan baby seperti berat,  saiz dan kesihatan baby. Saya juga diberikan sekeping CD yang mengandungi gambar-gambar dan video- video baby sepanjang 30 minit scan dilakukan.

 

Masa yang terbaik untuk menjalani 3D/4D scan adalah pada usia baby masuk 22 hingga ke minggu 30. Selepas 30 minggu, muka baby sedikit sukar untuk dilihat dengan jelas tetapi perkara ini adalah bergantung kepada jumlah air ketuban masing-masing. Di laman web bayi-ibu.com, tarikh temujanji biasanya dibuka seminggu sebelum tarikh sebenar untuk tempahan dan sesi scan boleh dipilih bermula dari pukul 8.40 pagi sehingga 6.40 petang setiap hari.

 

Di sini saya kongsikan beberapa gambar dan video 3D/4D baby saya yang sangat aktif ini. Jantina telah dapat dilihat dengan jelas, sama seperti anggaran doctor yang membuat pemeriksaan kandungan saya sebelum ini. Alhamdulillah baby juga sihat dan tumbersarannya adalah selari dengan umur yang sepatutnya.

 

 anak mama yang aktif

 

wajahnya saling tak tumpah seperti wajah 3D anak pertama saya
video pergerakan si comel saya yang aktif

 

Saya sangat mencadangkan bagi ibu-ibu di sekitar KL dan Selangor yang berminat untuk menjalankan 3D/4D scan untuk menggunakan khidmat sonographer Jezlyn, beliau sangat mesra dan pandai berkomunikasi dengan baby untuk memberi kerjasama menunjukkan muka yang jelas di scanner. Baby saya pada mulanya suka meletakkan kaki dan tangan di hadapan mukanya, tapi selepas digeletek oleh Jezlyn, akhirnya baby pon tunjuk muka, tetapi dibalas dengan 2 3 tendangan pada scanner, aktif betul.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu yang sudi singgah di blog saya ini ye! Terima kasih..

 

Untuk mendapatkan cadangan vitamin Shaklee untuk ibu hamil, berpantang dan breastfeeding, sila klik di link berikut:

 

KLIK SINI untuk cadangan Set Kehamilan dengan Shaklee
KLIK SINI untuk cadangan Set Berpantang dengan Shaklee
KLIK SINI untuk cadangan Set Breastfeeding dengan Shaklee

 

Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak

Related Post