Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Vitaminurul.com. Hari ini saya nak spam gambar-gambar aktiviti saya sepanjang hari pertama Trip Bangkok 2018 saya pada November lepas. Entry ini bukan sekadar mahu mengabadikan kenangan manis saya di Regional Incentive Trip Bangkok 2018, tapi mana tahu dapat juga bantu anda yang sedang merancang untuk ke sana musim cuti akhir tahun ini 🙂

 

itinerary bangkok 2018 banner

 

Alhamdulillah pagi 17 November 2018, jam 5 pagi semua delegasi Shaklee Regional Incentive Trip Bangkok 2018 berkumpul di KLIA. Seramai 364 orang semuanya yang menyertai trip kali ini, dan kami dibahagikan kepada 4 penerbangan  menaiki Malindo Air, Thai Smile, Air Asia dan MAS. Saya diterbangkan ke Bangkok dengan menaiki Thai Smile dari KLIA ke Suvarnabhumi Airport Thailand. First time saya merasa naik Thai Smile sebenarnya. Flight kami berlepas pada pukul 8 pagi, dan kami sampai ke Bangkok pada pukul 9.30 pagi.

 

itinerary bangkok 2018 1

Excited nak ber-me time.

 

itinerary bangkok 2018 2

Meal dalam Thai Smile, nasi goreng.

 

 

CHAO PHRAYA BOAT RIDE

 

itinerary bangkok 2018- bot 3

Sungai Chao Phraya terletak di tengah-tengah bandar Bangkok yang juga menjadi laluan harian penduduk Bangkok menaiki bot.

 

Dari Suvarnabhumi Airport, kami di bawa menaiki bas ke pesisir sungai Chao Phraya untuk menikmati pengalaman Chao Phraya Boat Ride. Cuaca agak mendung ketika itu menyebabkan sungai Chao Phraya beralun kuat. Perjalanan sepanjang 10 km menaiki bot membawa kami melihat pemandangan di pesisir sungai yang berada di tengah bandar Bangkok ini. Antara bangunan yang dapat dilihat ialah The Grand Palace, Thammasart University, Royal Thai Navy, dan beberapa kuil Buddha yang dibina di tepi sungai ini.

 

itinerary bangkok 2018- bot

The Grand Palace di pesisir sungai Chao Phraya.

 

itinerary bangkok 2018- bot 4

 

Tiba di satu kuil, pembawa bot memberi kami sebuku roti setiap orang untuk diberi makan kepada ikan-ikan keli bersaiz besar yang dibela di sekitar kuil tersebut. Patutlah besar ikan-ikan tu, setiap hari diberi makan berkali-kali oleh pelancong macam kami.

 

itinerary bangkok 2018- bot 1

Semua tak diberi life jacket, kalau di Malaysia tak lepas ni.

 

Bagi yang takut pada air, Chao Phraya Boat Ride ini agak mendebarkan kerana botnya yang terumbang-ambing, di samping penumpang bot tidak diberi life jacket untuk dipakai. Sungainya juga besar dan panjang, menyebabkan air sungai dah macam ombak laut.

 

MAKAN TENGAHARI DI SOPHIA RESTAURANT

 

itinerary bangkok 2018- sophia 4

 

Sepanjang 4 hari berada di Bangkok, setiap hari pasti hujan turun pada pukul 2 ke 3 petang. Bila hujan ni tau-tau lah jam dia macamana, lebih-lebih lagi di Bangkok yang memang terkenal dengan jalannya yang kecil dan sesak. Kami mengambil masa hampir 45 minit untuk tiba ke lokasi makan tengahari kami iaitu Sophia Restaurant. Restoren ini menyajikan makanan asli Thailand yang halal.

 

itinerary bangkok 2018- sophia 1Muka-muka lapar dan tak sabar nak makan.

 

Memang sedap sangat menu-menu di sini, lagi-lagi semua pun dah lapar sangat main hujan. Jadi gambar semua menu pun tak sempat nak snap semua, dah masuk dalam perut 🙂

 

itinerary bangkok 2018- sophia 5

 Tak sempat tunggu semua lauk sampai, terus makan sebab lapar dan sedap sangat.

 

Appetizer: Miang kham, yang ni saya paling suka!
Main course: Nasi, tomyam seafood, paprik ayam, kerabu mangga, ikan kerapu sweet sour, sayur campur
Dessert: Red rubies (water chestnut in coconut milk)

 

Restoren ini sangat besar dan selesa, suasananya juga cantik dan bersih. Kalau nak solat di sini pun ada disediakan ruang. Tandasnya juga sangat selesa dan cantik. Bagi yang berminat nak merasa makanan di Sophia Restaurant ini, berikut alamat dan nombor untuk dihubungi.

Alamat: 1 Soi Ramkhamhaeng 5 Ramkhamhaeng Road Suan Luang Subdistrict Suan Luang District, Bangkok Thailand

No. phone: +66 2 314 0039

Laman web: http://www.sophia-ct.com/

Waktu operasi: 10 a.m – 10.p.m

Dah selesai makan tengahari kenyang-kenyang, kami dibawa ke hotel kami iaitu Amari Watergate Bangkok. Inshaallah saya akan buat satu entry khas untuk review tentang hotel ini lepas ni. Stay tune! Dah check-in hotel, mandi dan rehat, kami bersiap memakai costume Thailand yang diberikan oleh pihak Shaklee untuk menghadiri majlis makan malam pula.

 

 

SAMPRAN RIVERSIDE WELCOME DINNER

 

itinerary bangkok 2018- sampran 6

Photo booth di Sampran Riverside Welcome Dinner

 

Kami bertolak ke Suan Sampran yang berada agak jauh dari hotel, lebih kurang 1 jam perjalanan. Sampran Riverside adalah satu kawasan yang sangat luas yang dibangunkan untuk pelancong ke Bangkok merasai sendiri suasana kehidupan penduduk kampung di Thailand.

itinerary bangkok 2018- sampran 5

Kerepek dan kekacang pelbagai jenis disediakan bersama air kelapa dan air-air buah yang lain.

 

itinerary bangkok 2018- sampran 3

 

 

itinerary bangkok 2018- sampran 4

itinerary bangkok 2018- sampran 2

Sebelum majlis makan malam bermula, kami diberikan pendedahan tentang seni warisan Thailand seperti seni melukis payung, kraftangan, persembahan kebudayan, permainan tradisional, seni ukir makanan, snek-snek ringan dan juga booth bergambar dengan aksesori tradisional Thailand.

itinerary bangkok 2018- sampran 1

itinerary bangkok 2018- sampran 7

Majlis makan malam ini dikhaskan kepada delegasi Shaklee sahaja dan terdapat pelbagai makanan asli Thailand dihidangkan.  Antaranya ialah coconut pancake, sweet taco, pad thai, barbeque, tempura, mee celup, tomyam, kerabu mangga dan somtham, buah-buahan segar dan pelbagai lagi makanan-makanan enak Thailand. Suasana makan malam dalam taman yang dibuat sambil menikmati persembahan kebudayaan dan celoteh pengurusan Shaklee sungguh menghiburkan.

itinerary bangkok 2018- sampran 8

Pada pukul 9 malam, bermula sambutan Loy Krathong yang dibuat khas untuk kami delegasi Shaklee. Semua orang diberi satu kad untuk menulis apa impian bagi tahun 2019, kemudian kad itu diletakkan di dalam jambangan bunga dan lilin, dan dihanyutkan ke sungai Sampran.

 

itinerary bangkok 2018- loy 3

 

itinerary bangkok 2018- loy 2

 

itinerary bangkok 2018- loy 4

itinerary bangkok 2018- loy 1

Sesudah sesi bergambar, majlis makan malam ini ditutup dengan persembahan bunga api yang sangat cantik. Selesai persembahan bunga api, kami di bawa ke hotel untuk berehat dan tidur setelah seharian beraktiviti.

Kepada anda yang nak ke Bangkok, bolehlah jadikan Sampran Riverside ini sebagai salah satu destinasi makan malam anda. Memang cantik dan pengalaman yang lain daripada lain.

 

Baca juga:

Itinerary Bangkok 4 Hari 3 Malam

5 Tips Melancong ke Bangkok 2018

 

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post