Penyusuan susu ibu sangat disarankan oleh banyak pihak setelah pelbagai kajian dijalankan. Kesedaran tentang penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu moden juga semakin meningkat. Ibu bekerjaya bukan lagi  alasan untuk tidak menyusukan bayi anda dengan kemudahan alatan dan sumber informasi untuk bimbingan ibu-ibu.

Susu ibu adalah semulajadi dan istimewa dicipta untuk bayi kita. Ia mempunyai banyak kebaikan kesihatan kepada bayi dan juga ibu yang menyusukan. Mari kita lihat kebaikan yang diperolehi oleh ibu dan juga bayi melalui penyusuan susu ibu.

Kebaikan untuk Ibu
  • Penyusuan susu ibu membantu penyembuhan fisiologi tubuh ibu selepas melahirkan dan semasa berpantang.
  • Penyusuan susu ibu membantu ibu dalam menstabilkan kembali berat badan selepas hamil dan melahirkan anak.
  • Penyusuan susu ibu menurunkan risiko ibu untuk mendapat sesetengah kanser seperti kanser payudara dan kanser ovari.
  • Penyusuan susu ibu memberikan masa berhubung /”bondingtara ibu dan bayi semasa penyusuan.
  • Susu ibu adalah percuma dan tidak perlu dibancuh!
Kebaikan untuk Bayi

  • Susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kehidupannya. Untuk 6 bulan berikutnya, susu ibu terus menjadi sumber nutrien yang hebat apabila digandingkan dengan makanan-makanan lain yang sesuai untuk bayi.
  • Susu ibu adalah dinamik dan hidup. Ia berterusan berubah dari segi komposisi nutriennya untuk memenuhi keperluan bayi selari dengan umur bayi yang berubah sepanjang penyusuan.
  • Penyusuan susu ibu membekalkan perlindungan kepada penyakit yang akan datang kemudian dalam hidup bayi. Susu ibu membantu memperkuatkan sistem imunisasi untuk melawan penyakit dan jangkitan. Bayi juga akan lebih dilindungi daripada dijangkiti alergi.
  • Penyusuan ibu mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti penyakit dan risiko kesihatan termasuk obesiti, diabetis, penyakit jantung dan sesetengah kanser ketika kanak-kanak.
  • Susu ibu adalah tersedia bila-bila bayi perlukan.
  • Susu ibu adalah bersih dan sihat.
  • Bayi dapat menghadamkan susu ibu dengan mudah dan selesa untuk perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi pelbagai nutrien semulajadi yang dapat membantu perkembangn dan tumbesaran bayi.
Kami di www.leonora-style.com sangat passionate dan menyokong penyusuan susu ibu secara esklusif. Kami berbesar hati untuk memberi konsultasi tentang penyusuan dengan berkongsi pengalaman para pelanggan dan kami sendiri kepada semua pelanggan kami.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Set Breastfeeding/Penyusuan Shaklee, sila klik sini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Medela Freestyle breastpump, sila klik sini.

Shaklee Independent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Puchong
FB Page: Leonora Online Boutique

Related Post