10371942_10152510341559093_788344672574952403_n

Medela Freestyle Breastpump

Kisah kami, daku dan Medela Freestyle Breastpump memang touching.. haha.. dah ibarat bestfriend dah kami ni.. Hari ni rasa in the mood nak mengimbau kenangan perjalanan penyusuan susu ibu eksklusif untuk kedua-dua anak saya, ditemani dengan breastpump terbaik di pasaran, pastinya Medela Freestyle.

Ok, semasa mengandungkan Eleanoor Raudhah, anak pertama saya, saya hanya merancang untuk membeli breastpump bila Eleanoor dah lahir. Tetapi pada suatu hari yang havoc di Warehouse Sale Pureen ketika saya memang sudah sarat, adik saya dah grab breastpump Pureen bateri masa tu dan dimasukkan ke dalam bakul saya.

pureen-0118-909877-1-productPureen Battery Breastpump

Masa nak bayar, tengok-tengok total bill RM1,000 lebih. Masa tu macam tak logik pun ada, ye la, memang lah saya ambik banyak baju, tapi baju-baju baby tu semua bawah RM10, warehouse sale katenye. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kata orang tua, kalau bawah RM10 pun sehelai, kalau ambil 2 bakul, memang akan jadi beribu RM la kan.

Breastpump Pureen bateri tu saya beli dengan harga RM150. So dari Eleanoor lahir sehingga Eleanoor berusia 6 bulan, saya menggunakan Pureen bateri breastpump. Walaupun orang cakap breastpump ni sakit dan susah, tapi breastpump inilah yang membantu saya melalui saat-saat paling penting dalam penyusuan iaitu 6 bulan pertama.

Tiba-tiba,setelah 6 bulan menempuhi perjalanan penyusuan saya, saya mengalami penyusutan hasil perahan yang sangat serius akibat stress level yang tinggi di ofis. Jangan main-main dengan stress level anda ye, stress juga merupakan faktor yang menyebabkan susu badan anda berkurang dengan teruk sekali. Ketika itu, suami saya memberi cadangan agar saya bertukar ke pam susu idaman saya tak lain tak bukan Medela Freestyle, sebagai motivasi untuk menempuhi cabaran ni. Alhamdulillah ketika itu saya sudah memiliki side income stabil sebanyak rm1k++ sebulan dari bisnes Shaklee saya. Jadi tidaklah ralat sangat untuk saya membeli pam yang berharga RM2000 ini. So, tanpa berfikir panjang saya pun terus membeli pam idaman semua ibu menyusu ini pada bulan Disember 2012.

1610819_10152510341644093_2132313930158924414_n

Selain itu, saya turut meng-upgrade pengambilan supplement penyusuan Shaklee saya kepada Set Breastfeeding 3M.

20150129_122110Set Breastfeeding 3M Shaklee

Alhamdulillah, hasil EBM saya kembali meningkat seperti biasa, 8-12 oz setiap kali pam. Bersyukur sangat masa tu kerana Allah panjangkan lagi rezeki Eleanoor untuk menimati susu terbaik di dunia ini.

Saya sangat jatuh cinta dengan Medela Freestyle breastpump ini dari saat pertama saya menggunakannya. Antara keistimewaan Medela Freestyle yang saya rasa sangat membantu saya ialah:

  • handsfree breastpump, boleh buat keje sambil pam susu, tak perlu pegang botol sepanjang mengepam
  • sangat ringan, motornya sebesar tapak tangan je, cute dan mudah dibawa
  • tak sakit langsung masa pam, rasa macam baby tengah hisap susu
  • boleh set memory yang kita nak, ikut level sedutan yang mana kita selesa, dari level 1-9
  • set lengkap dalam kotak seperti pic kat atas tu siap dapat botol 4 medela, cooler bag, tote bag, element ice, puting botol, handfree dan lain-lain aksesori.
  • tak perlu susah-susah cari plug, dah ada bateri rechargeable macam caj handset tu. Cas je kat rumah sampai penuh, kat ofis kalau pam 3 kali sehari, bateri boleh tahan 5 hari.
  • hasil perahan susu banyak, sebab ia mirip hisapan baby. Tekan butang, biar 15 minit, sedar-sedar susu dah penuh.
  • Double pumping, so jimat masa sangat. Saya hanya ambil masa 15 minit setiap kali sesi mengepam di ofis

Pendek kata, memang saya sangat recommed pada ibu-ibu di luar sana yang masih ragu-ragu sama ada nak memiliki breastpump ini atau tidak. Tapi ingat, belilah jika anda berkemampuan. Breastpump jenis lain pun ok, yang penting semangat ibu-ibu sekalian untuk memberikan susu terbaikbuat si comel kita.

Ok, sambung cerita, sekali lagi Allah hantarkan dugaan kepada saya. Pada 16 Ogos 2013,iaitu pada hari lahir saya, encik suami mengajak saya ke Plaza Low Yat setelah pulang dari kerja pada hari tersebut. Katanya nak belikan hadiah birthday untuk mudahkan saya berbisnes Shaklee.. Siapa yang tak suka kan. Kami pun dengan gembiranya membawa Eleanoor ke Low Yat. Saya pilih ASUS Phonepad sebagai hadiah saya, untuk.mudahkan saya update blog di mana-mana saja. En. Suami pun belanja la. Sweet kan..

Setelah penat round-round Low Yat, kami pun turun ke parking. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati bagpack suami dan tote bag Medela Freestyle saya dah tiada dalam kereta. Seingat kami, kami dah pun kunci kereta sebelum beredar. Sedihnya masa tu Allah saja yang tahu. 16 oz susu perahan saya pada hari itu juga turut hilang begitu saja. Adoila pencuri, tak de hasilnya pun dia nak ambik beg pum saya tu, bukannya dia tahu Medela Freestyle tu apa bendanya kan. Kami pusing setiap.sudut parking dalam Low Yat tu dan buat report pada pihak parking, dengan harapan pencuri tu tinggalkan beg pam saya kat mana-mana setelah menyedari yang beg tu tiada gunanya untuk dia. Namun semuanya hampa. Hilanglah Medela Freestyle ku yang tersayang bersama hasil perahanku yang sangat berharga.. Sedihnya… Tapi masa tu redha je, terima dugaan ini dan berharap semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Bila dah kehilangan Medela Freestyle tu, maka buka balik kotak pam Pureen bateri dan saya mengepam menggunakan Pureen selama 3 hari, sementara menunggu stok Medela Freestyle baru saya sampai. Alhamdulillah, income dari Shaklee menyebabkan saya tidak berfikir dua kali untuk membeli Freestyle yang baru, saya anggap itu rezeki saya untuk anak saya. Suami juga cukup memberi galakan, dan suruh saya jadikan itu sebagai faktor untuk berusaha dengan lebih kuat dalam membangunkan bisnes Shaklee kami.

Saya pun menyambung perjalanan penyusuan saya bersama Medela Freestyle yang baru. Sehinggalah saya hamil anak kedua dan berhenti mengepam. Saya simpan kemas pam kesayangan saya ni di dalam kotak asalnya.

Kini, Medela Freestyle ini kembali menemani perjalanan penyusuan saya dan anak kedua saya, Eidlannoor Salahuddin yang sudah berusia 5 bulan ++. Inshaallah, pam ini akan menemani kami sepanjang 2 tahun ini dan untuk anak-anak saya yang seterusnya InshaAllah..

Inilah hasil EBM saya yang terkini hasil peneman setia saya, Medela Freestyle dan Set Breastfeeding Shaklee. Alhamdulillah rezeki untuk anak kedua saya lebih meriah lagi kali ini. Mungkin kerana pengalaman penyusuan anak pertama dan berkat usaha saya memastikan nutrisi yang saya ambil mencukupi. Inshaallah nanti saya akan kongsikan lagi tentang pengalaman-pengalaman lain dalam melalui perjalanan penyusuan susu ibu saya, dan saya harapkan kisah saya dapat memberi semangat dan panduan buat ibu-ibu di luar sana.

091214 copy
10624814_10152655258259093_8638058101188668928_n

Ok, buat kawan-kawan seperjuangan yang nak mendapatkan mana-mana produk Shaklee termasuklah Set Breastfeeding Shaklee ini, boleh lah menghubungi saya, saya akan memberikan konsultasi terbaik untuk anda, berdasarkan pengalaman saya sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup untuk baby anda, InshaAllah.

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya
vitaminurul@gmail.com
FB page: Kedai Vitamin Batu Caves & Gombak

Related Post