Ekzema dan aktiviti menggaru tidak dapat dipisahkan. Semakin kuat menggaru, semakin nikmat. Selagi tidak sakit dan berdarah, tangan anda tidak akan  berhenti menggaru.

 

krim ekzema tanpa steroid-10

 

Penderita ekzema pasti faham dengan keadaan ini. Apabila kegatalan ekzema datang, tiada apa yang dapat menghalang tangan dari terus menggaru sehingga kawasan ekzema itu berdarah dan berair. Antara jalan singkat yang paling digemari oleh pesakit ialah menyapukan krim steroid yang dibeli di farmasi tanpa mendapatkan panduan daripada doktor. Krim steroid mungkin  dapat memberi kelegaan serta merta kepada ekzema anda tetapi tahukan anda, terdapat pelbagai kesan negatif akibat penggunaan krim steroid terhadap tubuh anda.

 

krim ekzema tanpa steroid-krim

Lambakan krim steroid untuk ekzema dijual di farmasi.

 

KESAN SAMPINGAN AKIBAT PENGUNAAN STEROID

  • Kulit menjadi kemerahan, gatal, menggelupas dan terbakar
  • Kulit menjadi nipis seperti kertas, silap menggaru kulit anda akan terus terguris dan berdarah.
  • Warna kulit berubah menjadi gelap dan hodoh.
  • Mencetuskan masalah lain kulit yang lebih teruk seperti jerawat, rekahan dan keradangan
  • Mengembangkan saluran darah.
  • Mengganggu sistem imuniti badan.
  • Merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.

Terdapat pelbagai lagi kesan negatif penggunaan krim steroid yang berpanjangan, termasuklah juga boleh mengakibatkan keguguran kandungan jika peratusan steroid di dalam sesuatu krim itu terlalu tinggi. Namun percayalah, krim-krim steroid ini tidak akan membantu anda untuk sembuh daripada ekzema. Mungkin anda mendapati ekzema anda berkurangan, tetapi ia boleh kembali menyerang dengan lebih teruk.

 

Adalah penting untuk kita menyedari tentang kepentingan memilih krim ekzema tanpa steroid untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan di atas terjadi. Dengan pelbagai kajian yang telah dijalankan, kini terdapat banyak produk ekzema yang organik dan selamat termasuklah krim keluaran Shaklee, Herbal Blend.

 

HERBAL BLEND SHAKLEE, KRIM EKZEMA TANPA STEROID

 

 krim ekzema tanpa steroid-herbal blend

 

Shaklee yang merupakan satu jenama yang terkenal dengan ketelitian dalam memastikan semua produknya adalah selamat, semulajadi dan berkesan telah menyediakan krim pelbagai guna HERBAL BLEND sebagai alternatif kepada krim-krim steroid di pasaran. Krim Herbal Blend Shaklee sudah berada di pasaran sejak 15 tahun lau, ianya bebas daripada kandungan steroid dan paraben dan ia terbukti selamat dan berkesan. Herbal Blend sangat sesuai digunakan sebagai pelembab dan krim berubat untuk kulit sensitif termasuklah ekzema.

 

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM HERBAL BLEND SHAKLEE

 

Penggunaan bahan-bahan semulajadi yang terbukti berkesan di dalam krim Herbal Blend dapat membantu mengurangkan masalah kulit ekzema. Mari kita lihat apakah kandungan krim Herbal Blend ini.

 

1) SHEA BUTTER (Butyrospermum Parkii)

krim ekzema tanpa steroid shea butter

Shaklee menggunakan African Shea Butter yang kaya dengan pelembab semulajadi. Shea butter kaya dengan cinnamic acid yang dapat membantu merawat keradangan kulit. Jika anda lihat krim-krim ekzema organik di pasaran, shea butter pasti menjadi ramuan utama kerana khasiatnya yang telah terbukti.

 

2) DAUN ROSEMARY (Rosmarinus Officinalis)

krim ekzema tanpa steroid-rosemary

Rosemary merupakan herba yang kaya dengan zat besi , kalsium, dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat dalam kulit. Rosemary juga dapat membantu meratakan tona kulit serta memberikan kelembapan semulajadi. Selain itu, Rosemary juga kaya dengan vitamin E yang dapat mencegah kerosakan kulit, dan juga mempunyai anti-bakteria dan antiseptik yang membuatkan ia bagus untuk merawat jerawat, ekzema, dermatitis dan kulit berminyak, selain sifatnya yang juga menggalakkan proses penyembuhan.

 

3) HORSE CHESTNUT (AsculusHippocastanum)

krim ekzema tanpa steroid-horse chestnut

Buah ini berasal daripada utara India dan utara Greece, tetapi kini ia sudah ditanam di merata tempat di Eropah. Horse Chesnut berkhasiat membantu melawan tanda-tanda penuaan  pada kulit. Ciri-cirinya yang anti-radang dapat merawat masalah kulit seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit, dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit.

 

4) DAUN SAGE (Salvia Officinalis)

krim ekzema tanpa steroid-sage

Daun Sage dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit. Sifat daun Sage iaitu anti-radang yang berkesan dapat membantu merawat keradangan kulit. Selain itu, daun Sage yang bersifat anti-bakteria, anti-fungal dan antiseptik dapat memberi khasiat tambahan kepada kulit.

 

5) HORSETAIL (Equisetum Hyemale)

krim ekzema tanpa steroid-horsetail

Horsetail sering ditemui di Amerika Utara dan juga kawasan sederhana panas seperti Asia dan Eropah.  Horsetail mengandungi pelbagai nutrien dan mineral termasuklah kalsium, zat besi, mangan, silika dan antioksidan. Selain sebagai antioksidan, Horsetail juga merupakan anti-mikrob, anti-bakteria dan anti-radang. Masalah-masalah kulit yang timbul seperti jerawat dan ekzema adalah berpunca daripada keradangan.

 

6) BUNGA MARTICARIA (Chamomila Recutita)

krim ekzema tanpa steroid-chamomile-flowers

 

Bunga Marticaria ini sering dijadikan sebagai minuman teh herba yang dikenali untuk memberikan rasa ketenangan. Namun selepas beberapa dekad kajian dibuat, Sains telah membuktikan bahawa bunga ini mempunyai pelbagai khasiat dan telah dikomersialkan dalam bidang perubatan dan farmasi. Antara khasiat bunga Marticaria @ Chamomile ini adalah sebagai antiseptik, anti-bakteria, anti-fungal dan anti-alergi.

 

Selain 6 herba yang digunakan di atas, Herbal Blend turut menggunakana Daun Costfoot (Tussilago Farfata), Nettle (Urtica Dioica) dan Lemon Balm (Melissa Officinalis) sebagai ramuan pembuatannya dan ketiga-tiga herba ini juga mempunyai khasiat yang sangat baik terhadap masalah kulit ekzema.

krim ekzema tanpa steroid hb

HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM, RM 37.50 (4 OZ)

 

Krim Herbal Blend ini bersifat water base dan mudah meresap seperti krim pelembab. Ia amat sesuai disapu pada bahagian ekzema yang berair dan luka akibat menggaru untuk membantu proses penyembuhan luka. Selain itu Herbal Blend juga sesuai disapukan pada bahagian ekzema yang kering dan berkeruping, untuk memberi kelembapan kepada kulit tersebut dan mengurangkan rasa gatal. Herbal Blend adalah disarankan untuk disapu kepada kulit setiap kali selepas mandi. Penggunaan yang konsisten dan berterusan akan membantu kulit menjadi kuat, licin dan lembut serta dapat menghilangkan kesan parut hodoh akibat ekzema.

KLIK SINI untuk membaca lebih info tentang Herbal Blend Shaklee.

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post