Proses penyusuan susu ibu secara esklusif bukanlah sesuatu yang mudah jika ibu-ibu tidak mempunyai ilmu dan cukup persediaan dari segi mental dan fizikal. Ramai ibu yang akhirnya mengalah dan kecewa kerana tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk keperluan bayi mereka.

Sebelum saya mempunyai anak sendiri, saya selalu beranggapan yang penyususan susu ibu adalah perkara yang berlaku secara semulajadi dan mudah seperti kita bernafas. Sekarang, saya tahu ianya adalah semulajadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah! Saya menyangka susu akan sentiasa terhasil dan ada seperti air paip; Bayi mau susu, sumbat saja dan susu akan keluar. Bayi  tak mau susu, keluarkan dari mulut bayi dan susu akan berhenti sendiri. Betapa naifnya saya!
Alhamdulillah berkat kesabaran dan ilmu yang saya pelajari sedikit demi sedikit tentang penyusuan, saya berjaya menyusukan anak perempuan saya secara ekslusif selama 1 tahun 8 bulan. Saya mula memberi susu segar dan susu formula kepada anak saya selepas 5 bulan saya hamil anak kedua.Persediaan awal ibu untuk memperbanyakkan susu badan boleh dibuat sejak awal kehamilan lagi. Pemakanan yang sihat dan pengambilan nutrien yang lengkap untuk keperluan badan ibu mampu menjamin penghasilan susu badan yang optimum. Jika badan ibu sihat, maka susu badan akan terhasil dengan baik. Klik sini untuk mengetahui cadangan vitamin untuk ibu hamil dari Shaklee untuk membantu membekalkan nutrien lengkap buat tubuh ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan.

 
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Ini bermakna dari lahir sehingga berumur 6 bulan, bayi:
  • Diberi susu ibu sahaja
  • Tidak perlu air atau susu tambahan
  • Tidak perlu makanan pelengkap
Di sini saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana, semoga bermanfaat kepada semua pembaca blog www.leonora-style.com . Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang perkara- perkara asas tentang penyususan susu ibu secara ekslusif, sila klik sini untuk membaca tentang faedah penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk bayi dan juga ibu.

Skin To Skin Contact’ Sejurus Selepas Kelahiran

Skin to skin contact adalah tindakan doktor atau jururawat meletakkan bayi yang baru lahir di atas badan ibunya sejurus selepas kelahiran.

Skin to skin contact
 
Antara kepentingan skin to skin contact ialah:
  • Menenangkan ibu dan bayi- membantu menstabilkan denyutan jantung bayi dan pernafasan.
  • Memanaskan bayi melalui  kehangatan badan ibu.
  • Membantu adaptasi metabolik dan menstabilkan glukosa darah bayi
  • Mengurangkan tangisan bayi- dapat kurangkan stress ibu
  • Membolehkan kolonisasi bakteria yang baik di system penghadaman bayi melalui sentuhan kulit ibu ke kulit bayi
  • Eratkan kasih sayang (bonding)
  • Membenarkan bayi mencari payudara dan melekap dengan sendiri (self attach)- membolehkan hisapan yang berkesan

Memulakan Penyususan Dalam Masa 1 Jam Selepas Bersalin

Kolostrum
 
Kini sudah semakin banyak hospital mesra bayi tidak kira di kalangan hospital kerajaan mahupun swasta. Sebagai ibu, anda boleh memberitahu doktor atau jururawat terlebih dahulu bahawa anda ingin bayi anda disusukan sepenuhnya dengan susu badan anda. Oleh itu, jururawat boleh membantu anda untuk melekapkan bayi ke dada anda seawal 1 jam selepas kelahiran. Antara kepentingan penyusuan dalam masa 1 jam selepas bersalin ialah:
  • Penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan
  • Bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat sebaik sahaja dilahirkan (Rooting reflex)
  • Membantu dalam pengecutan Rahim untuk mengelakkan tumpah darah selepas bersalin
  • Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi
  • Eratkan kasih sayang (bonding)

Ibu Dan Bayi Bersama Sepanjang Masa (Room In)

Room in bersama bayi
Kebanyakan hospital kerajaan menggalakkan ibu untuk tinggal sebilik (room in) dengan bayi mereka. Dan hospital swasta pula biasanya akan mengasingkan bayi dengan ibunya supaya ibu dapat berehat sepenuhnya selepas proses kelahiran. Namun anda mempunyai hak untuk memilih untuk room in bersama bayi anda, beritahu pendirian anda kepada jururawat bertugas untuk bantuan dan pantauan mereka. Antara kepentingan room in dengan bayi anda adalah:
  • Bayi dapat disusukan mengikut kehendak bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi (bonding)
  • Mudah meneruskan penyususan sepenuhnya
  • Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu
  • Mengelakkan bengkak payudara
  • Mengurangkan infeksi / jangkitan
  • Rendah risiko terhadap diabetis, kanser, jangkitan telinga (otitis media) di kalangan bayi
Klik sini untuk mendapatkan cadangan vitamin untuk membantu penyusuan daripada Shaklee.

Shaklee Independent Distributor:

 
NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak

Related Post