Nama Confinement Lady saya kak Anda, berasal dari Surabaya  dan sudah 23 tahun tinggal di Malaysia. Memang dah lama dia jaga orang berpantang, semua petua lama dan moden dia master, saya sangat berpuas hati dengan khidmat yang Kak Anda berikan. Kak Anda mula jaga saya selepas seminggu saya lahirkan Eisya. Seminggu sebelum tu, mak saya datang KL untuk jaga saya dan anak-anak. Saya berada di wad hospital selama 3 hari dan terus dibenarkan balik ke rumah.

 

Rutin harian saya sepanjang Kak Anda menjaga saya selama 2 minggu berpantang hampir sama setiap hari, unless kalau kami perlu ke hospital untuk check-up baby.

 

Pagi, Kak Anda bangun awal dan akan kemaskan rumah mana yang perlu, kemudian dia akan sediakan air mandian serum untuk saya mandi. Kalau nak tau, berpantang sebelum-sebelum ni, saya selamba je mandi air sejuk setiap hari. Air serum tu jarang-jarang. Malas nak panaskan air sebenarnya, sebab rumah saya takde water heater. Lagipun saya memang jenis tak suka mandi air panas, tak kiralah madi pagi dan malam sekalipun. Rasa macam tak puas mandi bila guna air panas. Kak Anda pesan, pantang wajib mandi air suam, tak boleh mandi air sejuk nanti urat kembang. Setiap pagi saya mandi dengan air serum, pagi-pagi dah bau wangi semerbak satu rumah Kak Anda rebuskan campuran daun-daun seperti daun pandan, serai wangi, daun halia, daun lengkuas,  daun kunyit, daun senduduk dan macam-macam daun lagilah. Lepas mandi memang akan rasa segar dan wangi.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-1

Pada usia Eisya 7 hari, Kak Anda mencukur rambut Eisya yang lebat tu sampai botak.

 

Sementara saya mandi, Kak Anda akan mandikan dan siapkan baby. Lepas mandi saya akan pam susu dulu. Bila baby dah siap mandi, saya akan sambung susukan baby direct sampai baby tertidur. Kak Anda Akan bancuhkan breakfast saya, semestinya Energizing Soy Protein (ESP) campur Shaklee Collagen Powder, tak perlu masak breakfast lain dah sebab minum segelas ni pun dah kenyang sampai tengahari.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-7

Inilah sarapan pagi saya sepanjang berpantang, ESP Shaklee + Shaklee Collagen Powder. Memang kenyang sampai tengahari, tak perlu makan breakfast lain dah. Yang paling best, susu badan jadi banyak dan pekat sangat.

 

Dalam pukul 10 pagi, Kak Anda akan mulakan sesi urut dan tungku. Yang ni memang best sangat-sangat, my favorite part dalam berpantang. Biasanya sesi ni akan ambil masa 2-3 jam. Sampai tertidur la saya sebab selesa sangat. Rasa macam tuan puteri. Bayangkan setiap hari dapat berurut dan bertungku, masa berpantang  dengan Kak Anda ni je lah ada peluang macam tu. Pantang sebelum ni saya cuma panggil tukang urut datang 3 hari berturut-turut dan masa penutup pantang di hari ke 44. Itu pun tak ada bertungku, cuma urut saja. Baby Eisya pulak tidur je, lagi best mama enjoy urut. Eleanoor dan Eidlan pula memang husband akan hantar pergi nursery sebelum dia pergi kerja. Berurut dan bertungku ni memang bagus untuk melancarkan aliran darah dan menguli lemak-lemak degil kita, haha. Menurut Kak Anda, dia belajar mengurut ketika dia bekerja dengan spa Mustika Ratu 23 tahun dulu, malah rupanya dia mula tinggal di Malaysia kerana Mustika Ratu membawanya bertugas di Malaysia. Mak Kak Anda juga merupakan seorang bekas bidan dan masih aktif membuat urutan untuk bayi di Surabaya.

 

Lepas selesai berurut dan bertungku, Kak Anda akan pakaikan param, pilis dan bengkung untuk saya. Walaupun saya bersalin secara pembedahan, Kak Anda tetap memakaikan bengkung untuk saya sejak hari pertama dia menjaga saya. Saya memang telah membeli bengkung moden sebagai persediaan. Berpantang anak pertama, saya langsung tak pakai bengkung, anak kedua pula saya menggunakan bengkung tradisional yang bertali panjang tu, dan hanya mula pakai selepas 2 minggu berpantang sebab saya rasa luka pemdedahan saya dah tak sakit lagi. Sebelum pakai bengkung, Kak Anda akan sapukan krim pati halia Yusmira pada perut saya supaya pemakaian bengkung akan lebih berkesan. Bagi yang bersalin secara pembedahan seperti saya, jangan takut nak amalkan berbengkung ye, perut memang cepat kempis balik. Luka pembedahan pun tak terganggu asalkan kita jaga kebersihan tempat c-sec tu, jangan bagi basah dan berpeluh. Lap kering-kering lepas mandi, saya guna hair dryer untuk anginkannya lepas mandi. Malah saya rasa bengkung tu membantu untuk support perut dan postur badan saya ketika menyusukan baby.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-5

Bengkung moden yang saya gunakan sepanjang berpantang kali ini. Saya beli dari seorang kawan berharga RM150.

 

Lepas tu saya akan makan tengahari. Dengan Kak Anda, saya hanya makan nasi sekali sehari, petang cuma ratah lauk pauk. Menu-menu berpantang Kak Anda memang pelbagai, maklumlah dah banyak sangat pengalaman jaga orang berpantang kan. Semuanya sedap-sedap. Kak Anda cakap senang  nak masak untuk saya sebab saya suka makan sayur. Ramai yang dia jaga tak suka makan sayur. Lauk paling saya suka makan ialah ayam kampung masak lemon madu dan kerabu pegaga. Orang berpantang ni banyak makanan tak boleh makan, tapi itu bukan alasan untuk makan masakan dari sumber berkhasiat dan sedap.

 

Bagi saya, waktu berpantang ni lah elok kita ambil peluang untuk turunkan berat badan. Kenapa saya cakap camtu? Sebab waktu nilah kita dapat 100% eat clean dan makan hanya homecook food. Ditambah lagi dengan kita meyususukan baby secara direct yang terbukti sangat membantu membakar lebih banyak kalori. Diet diet juga,  tapi janganlah sampai menjejaskan penghasilan susu badan. Kat situlah Set Bersalin Shaklee banyak membantu untuk lengkapkan lompang-lompang nutrisi yang tak cukup.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-2

Sup ikan merah, sawi pak choi, anggur dan vitamin Set Bersakin Shaklee.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-3

Siakap stim, Sayur campur dan anggur hijau.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-4

Sup ikan jenahak, kerabu peria dan tempe. Krup krap je kerabu peria tu tau, saya suka walaupun pahit.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-6

Yang ni saya paling suka, ayam kampung masak lemon madu, dan sup sayur.

 

Nampak sedap sangat lauk berpantang saya ni kan? Tapi seriously memang sedap! Sampai sekarang rindu nak makan lagi masakan Kak Anda. Semasa berpantang ni lah kita kena makan makanan yang dimasak secara sihat. Lebih best lagi kalau kita topup keperluan nutrisi kita dengan Set Bersalin Shaklee, mesti berpantang pun segar dan gembira macam saya.

 

full-paying-patient-10

Set Bersalin Shaklee

Macam dah panjang pula entry kali ni kan. Saya sambung lagi cerita pengalaman saya berpantang dengan Confinement Lady saya ni on next-next entry ye. Mesti entry pasal berpantang ni buat korang rindu nak berpantang lagi kan?  To be continue, stay tune!

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

 Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza, UMT, Kuala Terengganu & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post