Bukit Gambang Resort 1

Muka konon-konon excited semua nak pergi holiday. Eisya je steady sebab tak reti berlakon 🙂

 

Hi semua! Sementara masih fresh lagi dalam ingatan, hari ni saya nak share tentang percutian family saya ke Bukit Gambang Resort City, Pahang pada 30 Nov & 1 Dec yang lepas. Entry ini Inshaallah akan dapat membantu korang yang juga ada plan nak bercuti ke sini, so korang dapat plan masa dan bujet korang dengan lebih baik. Dalam entry ni saya akan kongsikan tentang itinerary 2D1N di sana, overall budget yang saya guna dan sedikit review tentang Arabian Bay Resort, hotel tempat kami bermalam. Dalam entry seterusnya saya akan kongsikan pula aktiviti-aktiviti kami sekeluarga di Gambang Safari Park dan Gambang Waterpark. So stay tune okey!

 

Saya mulakan dengan itinerary ringkas kami. Sebenarnya masa nak pergi, selain dari booking hotel siap-siap, kami tak ada fixed itinerary pun, sebab kami nak depend pada masa dan cuaca, maklumlah Pantai Timur tengah musim tengkujuh. Kami sekeluarga terdiri daripada saya, husband, Eleanoor 5 tahun, Eidlan 3 tahun & Eisya 1 tahun, so faham-fahamlah bila dengan anak-anak kecik ni kenalah peka sikit pada mood dan cuaca untuk keselesaan mereka. Nak pergi ni pun sebab kebetulan husband dapat cuti seminggu. Kami ke KL dulu 2 hari untuk buat sedikit urusan rumah kami di sana, kemudian bertolak ke Bukit Gambang pada 30/12/2017 jam 6 pagi sebab kami tak nak join jam KL pagi-pagi masa orang sibuk nak gi kerja 🙂

Bukit Gambang Resort 2

Ringkasan itinerary percutian 2 hari 1 malam kami di Bukit Gambang Resort

 

30 Nov 2017, Khamis

10.00 a.m – Tiba di Bukit Gambang Resort

10.30 a.m – Naik tram ke pintu masuk Gambang Safari Park & Gambang Waterpark,  buat pembelian tiket.

10. 45 a.m till 5.00 p.m – Explore Gambang Safari Park

5.15 p.m – Collect kunci bilik di lobi Arabian Bay Resortdan berehat di bilik.

8.30 p.m – Keluar makan malam di bandar Gambang

 

1 Dec 2017, Jumaat

8.30 a.m – Bawa anak-anak main di pool hotel

10.00 a.m – Check out hotel

10.30 a.m till 4.30 p.m – Explore Gambang Waterpark

5.30 p.m – Bertolak balik ke Terengganu.

 

 Budget Allocation untuk percutian 2 hari 1 malam kami di Bukit Gambang Resort

Hotel Arabian Bay Resort 2D1N (2 bedroom suite) – RM388

Tiket kombo masuk Gambang Safari Park & Waterpark untuk 2 dewasa & 1 kanak-kanak – RM214

Makan (lunch + dinner + breakfast) untuk sekeluarga – RM110

Topup e-Value dalam Gambang Waterpark – RM100

————-

TOTAL BUDGET: RM812

————-

 

Review Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City, Pahang.

 

Dalam Bukit Gambang Resort City ini ada 2 buah hotel sebagai pilihan anda iaitu Caribbean Bay Resort dan juga Arabian Bay Resort. Kedua-dua hotel ini berada betul-betul di dalam Bukit Gambang Resort ini dan menyediakan perkhidmatan tram dari hotel ke Gambang Safari Park dan Waterpark. Selain dua buah hotel ini, anda juga boleh menginap di homestay di sekitar Bukit Gambang Resort ini lebih-lebih lagi jika anda datang beramai-ramai.

 

Bukit Gambang Resort 3

Lobby Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City.

Kami memilih Arabian Bay Resort sebagai tempat kami bermalam. Saya membuat tempahan melalui booking.com seminggu sebelum tarikh holiday. Harga untuk 1 Two-bedroom suite ialah RM388. Two-bedroom Suite ini sangat selesa untuk kami sekeluarga 2 orang dewasa dan 3 orang anak-anak berumur 5, 3 dan 1 tahun. Kalau diikutkan harga Arabian Bay Resort ni agak mahal dibandingkan dengan Caribbean Bay Resort yang berada betul-betul bersebelahan. Tapi tu depends pada masing-masing punya selera dan keperluan. Macam saya, saya tetap pilih Arabian Bay Resort ni sebab saya nak percutian ni jadi yang terbaik untuk anak-anak saya. Bagi saya Arabian lebih cantik. Saya sajer pilih bilik yang lebih luas dan betul-betul depan swimming pool. FYI, masa ni pool Caribbean tengah renovation, so penginap Caribbean perlu datang ke Arabian untuk guna pool. Kat sekitar Bukit Gambang Resort City ni juga ada banyak homestay dengan harga bermula RM200/night yang juga korang boleh tempah di booking.com, traveloka, agoda dan sebagainya.

 

Two-bedroom suite ini mempunyai ruang tamu, dapur, balkoni, 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap bilik dilengkapi dengan 2 buah queen size bed, TV, almari dan meja solek. Sebuah deposit box juga disediakan untuk kemudahan penginap menyimpan barang-barang berharga. Hotel menyediakan 4 helai tuala mandi, dan kemudahan seperti air mineral, Nescafe, Coffe Mate, gula, cawan, kettle dan peti sejuk mini juga disediakan di ruang dapur.

 

Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort

Arabian Bay Resort 1 Bukit Gambang Resort City

Arabian Bay Resort 2 bukit gambang resort

Arabian Bay Resort 3 bukit gambang resort

cof
 

Malam tu, kami keluar sekejap untuk cari dinner. Bagi yang tak tahu, Gambang ni berada agak jauh dari Kuantan. So take into consideration kalau terasa nak gi dinner kat Kuantan ke, nak makan Ana Ikan Bakar Petai Kuantan ke, sebab perjalanan akan ambil masa yang lama dalam 50 minit pergi dan 50 minit balik. Kami memang tau keterbatasan kami dengan anak-anak, so kami just drive keluar ke arah bandar Gambang dan jumpa beberapa kedai masakan panas. Malam tu kami makan di kedai Suraya Tomyam (lokasi opposite Kedai Rakyat 1 Malaysia). Boleh tahan sedap juga masakannya dan servis pun laju walau pelanggan tengah ramai. Kami order 4 nasi, tomyam campur, telur bungkus, kerang bakar, kailan ikan masin, 10 cucuk sate dan 3 gelas air, total bill RM49.00. Selepas makan, kami singgah di kedai 7-eleven berhampiran untuk beli roti dan tuna sebagai breakfast pagi esok.

Dinner kat restoren Suraya Tomyam.

Dinner di restoren Suraya Tomyam, Gambang.

 

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Eleanoor dan Eidlan dah  bangun tidur menuntut janji saya untuk bawa mereka mandi pool. Diorang tak tahu pool hotel tu baru je appetizer, yang saya janjikan sebenarnya adalah pool di Gambang Waterpark yang akan kami kunjungi nanti. Mudahnya nak hiburkan hati anak-anak kecil ni.

cof

Swimming pool di Arabian Bay Resort, cantik dan luas siap ada pasir pantai lagi.

 

Next entry saya akan cerita pasal aktiviti-aktiviti dalam Gambang Safari Park dan Gambang Waterpark pula Inshaallah. So sampai di sini dulu entry kali ni, terima kasih kerana singgah di Vitaminurul.com :). Silalah tinggalkan link blog korang juga di ruangan komen, nanti saya boleh singgah pula.

 
Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu, Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post