Sejak berpindah ni, seronok pula tengok pohon daun pandan merimbun kat belakang rumah. Dulu duduk apartment kat KL, daun pandan pun kena beli. 4 helai 50 sen tau. Dah la daun pandan kecik dan kecut, tak segar langsung. So bila dah geram tengok rimbunan daun pandan yang mewangi ni, dapatlah idea nak masak ayam pandan bakar ni. Bahan-bahan nak buat pun senang je, memang selalu ada kat dapur. Saja nak bakar instead of goreng, sebab nak menu sihat sikit. Kalau korang nak goreng pun boleh . Resepinya sama saja.

resepi-ayam-pandan-bakar-yang-sedap-3

Ayam pandan bakar versi Jacky.

resepi-ayam-pandan-bakar-yang-sedap

Geram kan tengok rimbunan daun pandan ni.

 

Saya suka makan ayam pandan bakar ni dengan nasi panas-panas, kalau ada sambal belacan lagi sedap! Husband dan anak-anak pun suka. Jom kita tengok resepi ayam pandan bakar yang sedap ini.

 

Bahan-bahannya:

resepi-ayam-pandan-bakar-yang-sedap-4

10 ketul ayam yang dipotong sederhana kecil

Serbuk kunyit

2 ulas bawang besar

2 ulas bawang putih

2 batang serai

1 inci halia

10  helai daun pandan yang lebar

Pencungkil gigi

Garam

 

Cara menyediakannya:

resepi-ayam-pandan-bakar-yang-sedap-1

Ayam yang siap diperap.

 

Kisarkan bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Gaulkan ayam dengan bahan kisar tadi, serbuk kunyit dan garam. Perapkan selama 3 jam

Ambil daun pandan dan balutkan setiap ketul ayam yang telah diperap tadi. Cucukkan pencungkil gigi untuk kemaskan balutan daun pandan supaya tidak terbuka.

resepi-ayam-pandan-bakar-yang-sedap-5

Panaskan pemanggang ajaib dan susun ayam-ayam yang telah dibalut tadi. Masak dengan api sederhana sehingga daun pandan kelihatan pucat dan lecur. Terbalikkan ayam-ayam tadi supaya ayam masak dengan rata. Ayam ini juga boleh digoreng jika anda suka, tapi kalau nak hidangan yang lebih sihat, kita bakar je.

 

Dah siap, senang je kan? Masa masak ni harum satu rumah dengan bau daun pandan, jadi tak sabar-sabar pula nak makan.  Cubalah, mesti anda suka, sihat dan sedap.

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...