Anak ketiga saya sudah pun masuk 10 bulan. Seronok juga bereksperimen dengan makanan-makanan baru untuk dia. Hari ni saya nak kongsi bagaimana nak buat bubur cepat masak yang saya selalu amalkan. Masa anak pertama dan kedua, saya belum tahu lagi tentang petua nak bubur cepat masak ni tau.

 

Kadang-kadang ibu-ibu malas nak sediakan bubur sebab nak kena tunggu beras bertukar jad bubur tu ambil masa yang lama. Kalau kita bekukan bubur nasi pula, bila dicairkan nanti, texture bubur nasi tu pula akan jadi melekat dan tak sedap, tak sama macam kita baru masak kan. Nanti baby tak nak makan pula.

 

Resepi bubur cepat masak ini saya dapat dari hasil perkongsian kawan-kawan di FB, jom kita tengok caranya. Mana tau korang nak buat nanti kan. Istimewanya resepi ini adalah bubur akan siap dalam masa 7-10 minit sahaja! Ekspress kan?

 

BAHAN-BAHAN BUBUR CEPAT MASAK

Resepi bubur cepat masak

1. Bahan utama ialah beras yang dibekukan. Just basuh beras, then bekukan dengan sedikit air. Inilah rahsia beras senang hancur dan lembut masa masak bubur tu.

 

2. Saya juga ada buat homemade chicken stock. Bagi saya ini adalah pilihan yang lebih sihat berbanding menggunakan kiub pati ayam di psasaran yang mengandungi MSG yang tinggi. Caranya just rebus ayam sampai keluar semua patinya dalam air didihan. Then bekukan, letak juga isi ayam bersama.

 

3. Sayuran ikut citarasa, hari ni guna garlic, sawi & carrot. Boleh juga letak apa-apa jenis sayuran lebih-lebih lagi dalam stage nak kenalkan sayur-sayuran kepada baby kan.

 

Masukkan semua bahan-bahan ini ke dalam periuk dan masak. Kalau nak texture bubur yang lebih halus boleh tambah lebih air. Baby saya dah 10 bulan, dia suka bubur yang berketul sikit. Dalam masa 7-10 minit, dah masak bubur ni. Sekali masak dah boleh jadi hidangan baby sepanjang hari, 2 atau 3 kali makan. Saya tak tambah apa-apa perasa seperti garam dan gula dalam bubur ni sebab baby lagi kan. Kita bagi natural taste je pada dia.

 

Resepi bubur cepat masak 2

Siap bubur nasi 7 minit kita.

Mudah je kan? Sangat membantu untuk ibu-ibu yang sibuk tapi dalam masa yang sama nak bagi anak-anak makan fresh food yang sihat. Selamat mencuba ☺

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post