Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan-kawan pembaca yang Kak Jeki hargai. Hari ni saya nak share 1 resepi mudah bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba lagi 3 hari. Resepi ni nama omputehnya Grilled Chicken Wrap Kak Jeki’s Style :). Macam best kan nama dia, se-best rasanya.

 

Menu wrap ni sangat simple dan mudah nak sediakan. Sihat pula tu. Dah tiap-tiap hari makan nasi, boring juga. Ubahlah selera suami dan anak-anak sekali-sekala. Grilled Chicken Wrap ni hanya mengandungi 138 kalori, dah banyak boleh jimat kalori dalam hidangan kan. Sebab menu ni ringan bagi kita orang Malaysia yang biasa makan nasi ni, menu wrap ni bolehlah korang buat untuk dijadikan breakfast ataupun sahur. Kalau family Kak Jeki, dinner dengan menu wrap ni dan sedikit salad sayuran pun dah cukup.

 

Suami dan anak-anak Kak Jeki memang suka sangat makan wrap tak kiralah kat kedai arab ke, Kyros Kebab, KFC, Subway, semua kami suke. Anak lelaki Kak Jeki, Eidlan panggil wrap ni ‘keju & roti’ sebab tengok cerita katun Jet :). Bayangkan dia cakap, ” Mama, Eidlan nak makan keju & roti”. Comel jer bunyinya kan.

 

Ok jom kita tengok Resepi Grilled Chicken Wrap ala Kak Jeki ni. Senang nanti korang nak beli bahan-bahan dan try resepi ni sendiri.

resepi grilled chicken wrap

 

Ini bahan-bahan yang diperlukan. Ikut selera masing-masing. Nak sayur lebih ke, nak dressing lebih ke, guna protein lain selain ayam pun tak ape. Kak Jeki guna chicken breast fillet, tak la nanti makan tergigit tulang ayam pula kan.

resepi grilled chicken wrap 1

 

Bahan utama untuk buat wrap ni pastinya adalah isinya ataupun protin yang digunakan. Untuk pilihan yang lebih sihat, Kak Jeki lagi suka perap isi ayam dan bakar instead of menggoreng. Alang-alang nak buat menu sihat, kita buat betul-betul kan. Kak Jeki perap ayam ni dalam tempoh sejam supaya rasa dan aroma 3 rencah yang Kak Jeki guna iaitu halia, bawang putih dan lada hitam tu meresap dalam ayam tu. Banyak mana nak letak, ikut citarasa masing-masing ok.

Kak Jeki bakar isi dada ayam yang diperap tu guna pemanggang ajaib je . Panggang sekali dengan semua rempah2 yang diperap tu.

resepi grilled chicken wrap 2

 

Bila ayam dah siap masak, bolehlah kita mulakan aktiviti susun-menyusun. Susun semua bahan di atas wrap, letak cheese, grilled chicken, sayuran dan dressing. Jangan banyak-banyak, nanti tak boleh nak gulung cantik. Kak Jeki suke gulung wrap ni tertutup kemas. Sebab senang nak makan nanti. Tak lah sos dan sayur berterabur keluar masa makan. Nanti semua rasa sebati bila dapat kunyah semua bahan together. Lagi sedap

Bila dah gulung kemas, boleh bakar wrap bergulung tu atas pemanggang ajaib sekejap untuk bagi kulit wrap tu garing sedikit. Kalau kita grill wrap tu awal-awal, nanti masa nak gulung, wrap tu boleh patah pulak.

resepi grilled chicken wrap 3

Dah siap!
Mudah sangat kan. Hidangan ni sihat dan sedap sangat. Buat sendiri puas hati dari makan kat kedai, harga dia pun kat kedai boleh taham mahal jugak kan. Korang jangan lupa cuba resepi Grilled Chicken Wrap ni tau. Try sekali, pasti nak buat berkali-kali lagi.

resepi grilled chicken wrap 24jpg

Bila ayam dah masak, susun semua bahan

Di kesempatan ni, Kak Jeki dan keluarga, seluruh team Vitaminurul.com ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba ini. Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan meningkatkan amal ibadat kita dan dianugerahkan malam Lailatul Qadar, Inshaallah.

resepi grilled chicken wrap 5

KLIK SINI untuk berpuasa dengan lebih bertenaga bersama Shaklee.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...