Ikan singgang memang sedap, lagi-lagi kalau dimakan bersama sambal belacan/budu/tempoyak dan ulam-ulaman. Boleh jadi bertambah-tambah nasi. Lauk ikan singgang ni antara lauk yang mudah dimasak dan yang paling penting ianya sihat kerana dimasak secara rebus, tiada minyak dan perasa tambahan.

 

Ikan singgang juga sangat sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang kerana menggunakan bawang putih, kunyit dan lada hitam yang merupakan herba-herba yang sangat bagus untuk merawat dalaman ibu berpantang. Tapi perlu diingat, gunalah ikan-ikan yang boleh dimakan oleh ibu berpantang seperti ikan tenggiri, jenahak, merah, selar kuning dan lain-lain.

 

Jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara menyediakan resepi ikan singgang Terengganu yang sedap dan mudah.

 

RESEPI IKAN SINGGANG TERENGGANU YANG SEDAP DAN MUDAH

 resepi-ikan-singgang-terengganu

 

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan selar kuning
2 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
2 inci lengkuas dihiris
2 inci kunyit dihiris
1 keping asam gelugur
10 biji lada hitam
Garam
Air

 

 Cara menyediakannya:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Tunggu sehingga mendidih dan biarkan air kering sedikit supaya semua rasa bahan meresap ke dalam ikan.

Siap! Makan dengan nasi paans-panas memang wallah! Selamat mencuba.

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post