Kebanyakan pengguna Shaklee Meal Shakes hanya membancuh Meal Shakes sebagai minuman yang lazat. Tetapi sebenarnya Meal Shakes juga boleh dipelbagaikan penggunaannya untuk menghasilkan makanan yang mudah dan sedap seperti donut dan pancake@lempeng. Makanan seperti ini pastinya menjadi lebih berkhasiat apabila menggunakan Meal Shakes sebagai bahannya. Dan rasanya yang sedap pasti menjadi kegemaran anak-anak dan kita sekeluarga..

Di sini saya kongsikan resepi ringkas bagaimana untuk menghasilkan donut dan pancake dengan menggunakan Meal Shakes.

 
RESEPI DONUT MEAL SHAKES
Bahan-bahannya:
  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu majerin
  • 1 sudu teh garam (larutkan dengan sedikit air suam)
  • 3 sudu MEAL SHAKES
  • 3 sudu gula pasir
  • 11 gram mauripan (1 bungkus)
  • sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais (guna apabila adunan belum lembut)
  • 10 sudu gula halus @ blender gula kasar yang ada

Cara Menyediakan:

  1. Kembangkan mauripan guna 1 cawan air suam. Biarkan.
  2. Masukkan tepung ke dalam magkuk dan buat bulatan di tengah-tengah tepung dan masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
  3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
  4. Uli adunan sehingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air sejuk dan uli lagi.
  5. Setelah adunan dah  siap diuli, ratakan doh menggunakan penggelek & terus terap pada acuan, gunakan gelas pun boleh untuk mendapatkan bentuk bulat.
  6. Tunggu 5 minit kemudian, donut akan naik dan kembang.
  7. Panaskan api kuali, gunakan minyak yang banyak dan gunakan api yang perlahan. Goreng donat anda..
  8. Setelah donut masak keperang-perangan, angkat dari kuali dan toskan, biarkan selama 10 minit.
  9. Taburkan gula halus ke atas donut tadi.
  10. SIAP!
RESEPI PANCAKE@LEMPENG MEAL SHAKES

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 3 sudu MEAL SHAKES
  • 3 cawan air suam

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan semua bahan di dalam 1 bekas sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan lumurkan permukaan kuali dengan sedikit  mentega.
  3. Masukkan sedikit adunan tadi ke dalam kuali untuk membentuk bulatan yang tidak terlalu tebal atau nipis.
  4. Masak pancake anda sehingga berwarna keperang-perangan dan balikkan pancake tersebut supaya masak rata.
  5. Angkat pancake dari kuali dan hidangkan.
  6. SIAP!

Jadi kepada anda yang sudah memiliki Meal Shakes, boleh la mencuba resepi-resepi mudah dan berkhasiat ini ye. Bagi yang masih berkira-kira untuk mendapatkan Meal Shakes dari kami, kami sangat mengesyorkan Meal Shakes jika anda terdiri daripada yang mempunyai masalah-masalah berikut:

KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan-kebaikan Shaklee Meal Shakes.
KLIK SINI untuk melihat testimonial-testimonial pengguna yang telah merasai kebaikan Meal Shakes.

Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak

Related Post