REVIEW VILLA DIANA LEGIAN BALI, INDONESIA

Hari ni saya nak buat review tentang villa yang kami stay sepanjang trip kami ke Bali hari tu. Saya telah membuat tempahan untuk menginap di Villa Diana ini setelah membuat carian di Expedia.com pada bulan April tahun ni lagi, oleh kerana  kami memang buat tempahan flite dan penginapan sekaligus di Expedia. Mula-mula saya letakkan syarat carian kena ada Wifi dan juga kena sediakan breakfast*, kemudian saya pilih harga villa yang berada dalam budget kami. Di Bali ni memang banyak tempat penginapan berdasarkan konsep small villa, jadi anda akan rambang mata untuk memilih. Cadangan saya, pilih saja yang sesuai dengan budget anda.

 

* Bagi yang beragama  Islam, saya cadangkan tak perlu jadikan kemudahan breakfast di hotel/villa di Bali  sebagai keutamaan kerana kebanyakan hotel/villa di Bali memang menyajikan pork sebagai hidangan mereka. Perkara ini saya terlepas pandang semasa membuat tempahan, sudahnya kami memang tak pernah breakfast di villa sebab memang mereka menyajikan pork sebagai breakfast, jadi pinggan mangkuknya pun kami tak gunakan. So kalau hotel/villa tu tak bagi free breakfast pon OK je kalau nak pilih. Yang penting ada strong Wifi connection, ada airport transfer dan ada review yang baik daripada penginapnya dah mencukupi.

 

So setelah melihat foto-foto Villa Diana ni dan review yang agak memuaskan daripada penginap-penginapnya, saya pun terus buat tempahan. Saya pilih bilik deluxe yang hampir dengan kolam. Kami tinggal di sana selama 6 hari 5 malam. Total bil kami ialah +- RM700, dan saya terus buat pembayaran penuh melalui kredit kad saya semasa tempahan. Untuk sebuah villa yang bertaraf 3-4 bintang, saya rasa hargannya sudah sangat berpatutan.

 

villa diana  legian bali 6

Pemandangan dari depan Villa Diana Legian, Bali

Villa Diana Legian Bali ini terletak 20 minit daripada lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai Bali. Villa ini menyediakan khidmat airport transfer kepada penginapnya. Sampai di sana pasa 10 September 2015, kami disambut dengan 2 gelas fresh oren daripada staff Villa Diana di lobi mereka. Proses check-in sangat cepat kerana tidak ramai penginap yang sampai bersama kami. Setelah selesai check-in, kami diberi peta lukisan tangan sebagai panduan apa yang ada berhampiran dengan villa tersebut.  Villa ini terletak di Seminyak dan hanya 15 minit berjalan kaki ke beberapa pantai berhampiran seperti Double Six Beach dan Blue Ocean Beach.

 

villa diana legian bali 1

Villa Diana turut menyediakan kemudahan airport transfer dan in house spa.

Selain kemudahan Wifi, breakfast dan airport transfer, Villa Diana juga menyediakan kemudahan in-house spa di mana pihak spa akan datang ke bilik penginap untuk memberikan rawatan spa, atau penginap boleh juga memilih untuk mendapatkan rawatan spa di luar bilik villa seperti di tepi kolam dan pondok tradisional yang disediakan. Selain itu, Villa Diana juga turut menyediakan perkhidmatan menyewa skuter dengan harga Rp70k sehari.

 

villa diana  legian bali 7

Inilah bilik kami.

Oleh kerana villa ini kecil sahaja, jadi bilik-biliknya dekat saja dengan lobi.  Villa ini menyediakan 25 buah bilik kesemuanya, ada yang berada di tingkat 1, selebihnya mengadap kolam mandinya yang sangat menenangkan. Berikut beberapa foto di dalam bilik kami:

villa diana  legian bali 8

Pemandangan kolam mandi dari bilik kami.

villa diana legian bali 0

Bilik yang luas dan selesa.

villa diana legian bali

Wardrobe pembahagi antara tandas dan shower room.

villa diana legian bali 3

Tab mandi & shower ala Bali.

Bilik ini dilengkapi dengan peti ais mini, TV, dan turut menyediakan mini bar yang dilengkapi dengan pelbagai jenis snek. Harga snek-snek pula sama seperti dibeli di luar, jadi hampir setiap hari kami menghabiskan snek di mini bar bilik kami 🙂 Peti ais mini bilik ini di on 24 jam, tak perlu off apabila kami keluar, jadi lebih mudah untuk saya untuk menyimpan stok susu EBM saya.

villa diana legian bali 11

Kerusi panjang, pondok tradisional disediakan di sekitar villa untuk penginap berjemur.

 

Bagi saya, villa ini sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang ingin berehat. Saya lihat, penginap-penginap dari Eropah yang menginap di situ bersama anak-anak kecil mereka lebih banyak menghabiskan masa di dalam villa sahaja. Mereka bermain bola di dalam kolam, membaca di pondok tradisional yang disediakan dan berjemur sepanjang hari di tepi kolam. Villa ini terletak agak jauh dari bandar (bukan walking distance), jadi suasananya sangat tenang dan damai. Di luar villa ini terdapat teksi-teksi biru yang menunggu penumpang, dan pihak villa juga boleh menelefon teksi jika anda mahu. Suasana di luar villa ini adalah agak kampung dan berselerak, di depan villa pula terdapat sebuah sungai dan rumah-rumah penduduk.

villa diana  legian bali 5

Kolam mandi yang cantik dan menenangkan.

Pada pendapat saya, cuma 2 perkara yang kurang pada villa ini iaitu:

1) Landskapnya kurang kemas, ada pokok-pokok dan rumput-rumput yang perlu dikemaskan dengan lebih kerap.

2) Non-halal kitchen menyebabkan saya was-was untuk menggunakan gelas dan sudu di dalam bilik 🙂

Else, saya rasa villa ini perfect dan saya sangat-sangat sukakan suasananya. aya suka berenang di dalam kolamnya yang bersih, sambil mengutip bunga-bunga kemboja yang luruh di dalamnya. Saya sukakan bunyi air yang mengalir dan jatuh dari kolamnya ke saluran air yang lebih rendah. Saya sukakan pondok tradisional Bali yang saya boleh baring-baring sambil membaca buku sampai terlelap. Saya sukakan staf villa ini yang peramah. Saya suka sebab kami dapat free airport transfer kerana menginap lama di sini. Pendek kata saya sukakan ketenangan yang saya dapati di sini.

villa diana  legian bali 9

Pokok bunga kemboja yang memang menjadi trademark di Bali.

villa diana  legian bali 11

Pemandangan apabila berjemur di kerusi panjang yang disediakan.

 

Pemandangan apabila berehat membaca buku di pondok tradisioanl yang disediakan.

villa diana  legian bali 12

Pemandangan pagi, sambil tunggu supir datang jemput kami di villa.

 

Kalau anda nak lihat lebih banyak lagi gambar Villa Diana Legian Bali ini, bolehlah ke laman web rasmi mereka di www.villadianabali.com. Dan kalau anda berminat untuk mengetahui itinerary kami selama 6 hari 5 malam di Bali, jangna lupa stay tune untuk entry saya yang akan datang.

Till now, bye bye 🙂

Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...