Tribute ini saya nukilkan khas buat suami saya bersempena dengan ulang tahun hari lahirnya pada hari ini, 15 Julai 2018. Kisah yang tidak pernah diceritakan pada sesiapa, tentang permulaan perkenalan kami hinggalah ke hari ini. Sambil menulis, sambil throwback gitu 🙂

selamat hari lahir suamiku

 

======

 

Kali pertama terpandang dia, dalam satu kuliah JPAM. Memang rasa lain bila tengok dia, dalam hati terdetik, kenapa macam ada sesuatu je kat dia ni? Tapi sayang masa tu dia milik orang lain.. Awek dia kat sebelah dia je masa tu.. So takpelah.. Bertembung sekali dua je masa camping sama-sama dalam JPAM.

 

Next semester, ada kebetulan sama satu dua kuliah.. Masa tu dengar cerita awek dia dah berhenti study.. Beranikan diri senyum bila terserempak, dia balas, senyum balik.. Memang rasa ada sesuatu pada dia.. Tiap kali kuliah dengan dia, saja datang awal.. Bila dia masuk kuliah, boleh usha.. Masalahnya bila ko ada dua org bff yang supportive, jadi ada tiga pasang mata usha dia sekaligus masa dia masuk dewan, mestilah dia perasan.. Adus bff ku, memang tak boleh cover..

 

Tiada perkembangan, setakat itu saja. Study makin busy, jarang nampak dia. Pernah sekali terserempak di cafe kolej, aku senyum dia senyum. Mungkin dia dah pindah kolej aku kot, detik hati. Tiba-tiba one day nampak nama dia dalam group assignment roommate. Mintak nombor phone dia dari rumet, dapat, tapi simpan jer.. Sampailah final exam last sem, tiba2 rasa ada keberanian nak send sms ucap good luck. Dia reply tanya siapa? Just cakap, kita pernah satu kuliah & JPAM sama2. Tak bagitau nama.. Dan dia balas, dia tau siapa aku. .

 

Lepas sms tu, habis kat situ je.. Aku mulakan praktikal, first time merasa duduk KL, menyewa dengan kawan-kawan. One day after few months, dia sms! Dan kami mula berkawan. Pernah dia turun KL, jumpa as friend pertama kalinya. Kat KLCC, makan nasi ayam kat foodcourt Signature. Kami tak la berkawan rapat sangat, sebulan sekali ada la dia sms. Masing-masing busy dengan life, aku kerja dia masih study. Aku habis praktikal n dapat kerja tetap di KL. Graduation aku, kami jumpa kejap di pesta konvo UUM. Dia hadiahkan aku panda seekor .

 

Live goes on.. makin rajin dia sms.. Sampai turn graduation dia, aku turun UUM dari KL. Ambil cuti dua hari. Masa dia hantar aku naik bas kat Shahab Perdana, dia tanya aku suka tak berkawan dengan dia? Soalan apa ntah macam tu.. Kalau tak suka tak kuasa lah aku nak ambil cuti naik bas bagai teman dia graduation. So macam declare lah kan bila aku cakap serious nak kawan dengan dia..

 

Bermulalah episod couple, rasa berbunga2 je dalam hati. Maklumlah aku tak pernah ever couple sebelum ni. Dia sorang je boyfriend yang aku pernah ada. Selalu jugak bergaduh sebab aku tsk faham keadaan dia yang busy masa praktikal, pastu terumbang-ambing tengah cari kerja lagi. Biasalah aku, clingy.. Jumpa tu memang tak la, jauh.. Aku pula jenis tak boleh long distance relationship ni, ada je nak cari gaduh.. Segala rajuk dan drama aku, dia sabar je..

 

Sampailah tertulis rezeki dia dapat kerja di KL, bolehla jumpa jarang-jarang. But being me, aku tetap juga suka cari gaduh. Pernah sekali aku merajuk tak jawab call sms dia dua hari sebab bergaduh dan tambah pula aku tengah serabut nak study untuk exam training kat bank negara, tiba-tiba dia boleh tunggu kat luar rumah dengan motor dalam hujan tengah-tengah malam.. Nak tak nak terpaksa cancel merajuk, kalau tak dia tak nak balik.. Dan aku pon tak boleh nak study.. Sweet la pulak bila ingat yang ni..

 

Masa ayah aku ada check-up kat IJN, aku bawa dia jumpa mak ayah aku. Dia dan ayah bersembang lama.. Balik dari IJN, ayah aku meninggal. Gelap dunia aku rasa. Tak tau apa nak buat. Masa tu belum ada kereta. Dia bawa aku balik Terengganu naik bas, sepatutnya masa tu dia kena outstation, tapi dia tinggalkan kerja walau baru je start keje CIMB beberapa minggu.

 

Dari CIMB ke KFC ke Maju Holdings, dia sangat bersungguh-sungguh cari kerja yang stabil. Bila dia dah dapat gaji yang ok, dia bawa aku jumpa keluarga dia & hantar rombongan meminang tak lama lepas tu. Kami beli kereta, nama aku tapi share bayar. Sebelum majlis kahwin, kami decide beli rumah under construction.

 

Lepas kahwin, kami menyewa sebuah rumah kecil. Pergi kerja dia hantar ambik naik motor. Dia suami yang hampir sempurna. Sifat dia yang sangat penyabar memang aku kagum. Dia tak pernah marah aku.. Kalau ada yang tak kena, dia cuma diam jer. Opposite of me.. Aku kena tanya balik apa aku buat salah, tapi always aku taknak kalah juga..

 

Susah kami jadi rahsia kami berdua saja, pernah hilang kerja, pernah ikat perut, heret motor rosak, orang lain tak pernah tau termasuk keluarga kami. Dugaan-dugaan tu pahit bila hadapi tapi manis untuk dikenang kembali. Allah hantar ujian bukan saja-saja. Banyak lagi yang indah perlu kami syukuri.

 

Dia papa yang sangat penyayang. Bila aku pregnant anak pertama, dia decide nak ambil part time SHO course di NIOSH. Semuanya untuk masa depan kami yang lebih terjamin. Alhamdulillah dia mula dapat jawatan yang lebih baik dalam bidang construction. Walaupun penat bekerja di site, masa Elea, Eidlan & Eisya baby, semua dia yang berjaga malam. Nasib baik anak2 semua jenis yg baik senang jaga.. Ikut perangai dia aku rasa.. Anak-anak semua admire dia, anggap dia hebat macam superhero..

 

9 tahun berkenalan, 7 tahun mengikat akad, aku lebih dari bertuah kerana menjadi cinta hatinya.. Setiap hari sedap mata memandang, cinta tak pernah kurang.. Selamat hari lahir suamiku, moga Allah sentiasa kurniakan abang dengan rahmat yang melimpah-ruah, kasih sayang yang penuh di dalam hati abang untuk kami, ketenangan jiwa & kemudahan dalam setiap pekerjaan abang. Sayang cinta abang sepenuh hati, hanya Allah yang mengerti.. Moga sayang juga dapat jadi bidadari abang di syurga nanti.

selamat hari lahir suamiku 2

Ikhlas dari isterimu,

15 Julai 2018..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...