Assalamualaikum semua. Kejap je hari ni dah pun masuk hari ke 6 kita di tahun baru 2019. Belum terlambat rasanya jika saya nak wish A VERY HAPPY NEW YEAR untuk semua pembaca Vitaminurul.com. Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup kita semua.

 

Selamat tahun baru 2019

 

Macam anda semua juga, awal tahun baru ni mestilah saya pun dah senaraikan azam 2019 saya kan. Saje nak share dengan anda, mana tahu anda boleh tolong doakan juga supaya semua azam saya ni tercapai cepat kan. Actually di umur dewasa macam sekarang ni, saya lebih banyak mengimpikan kehidupan yang tenang dan bermakna, so resolutions pun biasa-biasa jer, walau nampak senang tapi kena betul-betul kerja keras tau.

 

Jika tahun-tahun sebelum ini saya bekerja keras untuk keluarkan diri saya dari kitaran ‘rate-race’ yang saya jalani – bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur dan bersambung macam tu setiap hari. Alhamdulillah cita-cita saya untuk resign dari jawatan saya di sebuah institusi kewangan tercapai dan saya boleh fokus untuk menjadi seorang Working At Home Mom dan buat apa yang saya suka iaitu membina empayar bisnes dengan Shaklee.

 

 

Untuk tahun 2019 pula, saya decide untuk fokus mencapai target berikut, tolong doakan semuanya tercapai dan  dipermudahkan ye.

1) Tingkatkan income Shaklee saya setiap bulan

2) Settle-kan hutang-hutang yang ada terutamanya hutang kredit kad

3) Kecilkan semua hutang bank yang ada

4) Family trip ke Legoland

5) Turunkan 10kg dari berat sekarang 🙂

 

 

Selamat tahun baru 2019 1

 

Macam familiar je azam tahun baru ni kan, sama macam kebanyakan anda juga, tapi saya yakin setiap pencapaian memerlukan pengorbanan. Ye la, mana ada perkara percuma dalam dunia ni, semuanya perlukan kerja keras untuk dicapai. So lets go for it!

 

Awal tahun ni, masa saya banyak terisi dengan aktiviti pendaftaran sekolah baru anak-anak. Anak sulung saya mula masuk darjah satu pada tahun ini dan anak kedua saya berumur 5 tahun memulakan pre-school di sekolah baru. So banyak aktiviti pengintipan perlu dilakukan 🙂

 

Selamat tahun baru 2019 3

Si kecik 3 tahun tu paling semangat nak pergi sekolah padahal dia belum layak 🙂

 

Tahun ni banyak benda baru yang saya kena fit-kan dalam jadual harian saya. Jika sebelum ini anak-anak duduk di pre-school yang sama dan kelas bermula jam 8.00 pagi, sekarang kedua-duanya bersekolah di sekolah berlainan. Kakak perlu sampai ke sekolah sebelum 7.20 pagi, manakala adik perlu masuk kelas pada pukul 7.30 pagi. Begitu juga pada waktu balik sekolah, saya kena arrange masa yang tepat supaya mereka tak perlu tunggu lama. Zaman sekarang ni faham-fahamlah, bukan macam zaman dulu. Banyak hal yang mak ayah nak kena bimbangkan.

 

Selamat tahun baru 2019 2

Kakak tak ada yang saya perlu bimbang, dia ni letak kat mana-mana pun boleh mix well.

 

Selamat tahun baru 2019 4

So far so good, walau setakat ni dia belum hafal nama mana-mana kawan dia.

 

 

Tips untuk anda yang ada anak masuk darjah satu seperti saya, mana tahu dapat jadi panduan:

1) Kena tahu jadual mereka, so kita boleh susun masa kita sesuai dengan masa mereka i.e waktu rehat, waktu balik.

2) Survey harga makanan di kantin supaya kita tahu berapa RM duit belanja yang sesuai untuk kita bekalkan setiap hari.

3) Awal-awal tu boleh temankan anak untuk pastikan mereka tahu cara berbelanja di kantin.

4) Tunjukkan tempat yang mereka perlu tunggu untuk penjaga datang jemput mereka supaya tak buang masa mencari dan mengelakkan bahaya bila mereka berada di tempat kenderaan sibuk.

5) Sediakan cukup uniform sekolah termasuk kasut lebih, sebab darjah satu ni comot sikit 🙂

6)  Tandakan semua peralatan sekolah anak dengan nama mereka terutamanya alat tulis, sekurang-kurangnya bila ada yang terjumpa atau terbawa balik, dapatlah pulangkan pada pemiliknya.

7) Pensil warna cukup beli yang 12 warna sahaja, takut nanti bila cikgu suruh warnakan dengan warna biru, ada yang genggam warna banyak-banyak dan tanya “Biru mana satu cikgu? Ada yang gelap, cerah, terang ke cair?” 🙂

Selamat tahun baru 2019 5

Lastly, saya nak ucapkan all the best pada anda semua dalam perjalanan mencapai semua azam tahun baru anda. Masa berjalan cepat sangat tau, so jangan tunggu lama-lama untuk start engine, nanti rugi. Kepada  anda yang berminat nak tambah income, saya boleh guide anda untuk jana pendapatan bersama Shaklee. Jika berminat boleh terus hubungi saya ye.

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post