set bersalin shaklee

Tempoh berpantang adalah tempoh penting untuk merehatkan tubuh ibu dan memperbaiki serta mengembalikan fisiologi tubuh ke keadaan seperti sebelum hamil. Oleh itu, pemilihan makanan tambahan semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian.

 

Shaklee mencadangkan beberapa vitamin yang sangat membantu untuk proses berpantang yang sihat dan berkhasiat. Saya akan terangkan setiap fungsi vitamin yang dicadangkan di dalam entry kali ini dan berkongsi testimonial-testimonial pengguna Set Bersalin Shaklee yang telah merasai kesan dan khasiat set ini.

 

KHASIAT SET BERSALIN SHAKLEE:

  • Mengembalikan fisiologi tubuh ibu seperti sebelum hamil setelah menjalanani proses hamil dan melahirkan anak
  • Menyediakan tubuh ibu seoptimum mungkin bagi menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat
  • Melengkapkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi kerana tradisi masyarakat Malaysia yang menghadkan pengambilan pelbagai jenis makanan semasa berpantang.
  • Meningkatkan antibodi ibu dan juga si comel
  • Membantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga untuk menguruskan bayi
  • Mengelakkan kelesuan, meroyan/stress dan juga masalah sembelit ibu
  • Memberi refleksi kulit yang lebih cantik dan glowing kepada ibu, tiada lagi wajah pucat ketika berpantang

 

 SET BERSALIN SHAKLEE (OPTIMUM)

full-paying-patient-10

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin dengan formula Zat Besi

2) Sustained Release Vitamin C 

3) B-Complex

4) Alfalfa Complex

5) Energizing Soy Protein (ESP)

6) Ostematrix

 

Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Bersalin Shaklee:

set-breastfeeding-shaklee-5

VITALEA Multivitamin dengan formula zat besi:

    • Mempunyai vitamin dan galian yang sangat diperlukan oleh tubuh beserta formula lengkap dengan zat besi (iron). Vitalea mengandungi 23 jenis multivitamin dan multimineral yang dapat membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

 

set-breastfeeding-shaklee-3

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS:

  • Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin C juga perlu untuk mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah dan juga penting untuk pembentukan kolagen supaya kulit ibu lebih cantik dan sihat.
  • Sebiji Sustained Release Vitamin C Shaklee bersamaan dengan keperluan badan iaitu 500mg, dan ianya diformulakan mengikut pelepasan masa dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.
  • Tidak mempunyai pewarna mahupun pengawet tambahan.

 

set-breastfeeding-shaklee-2

B-COMPLEX:

  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan ibu menyusu termasuk asid folic. Setiap ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Membantu mengawal stress akibat kepenatan dan bertindak sebagai penenang untuk emosi yang lebih stabil.

 

set-breastfeeding-shaklee-1

ALFALFA COMPLEX:

  • Raja segala tumbuhan, sumber mikronutrien yang paling kaya.
  • Alfalfa dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu/milkbooster.
  • Alfalfa juga bertindak sebagai penyahtoksin badan dan membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan dan bertindak seperti kacip fatimah.

 

set-breastfeeding-shaklee

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP):

  • Antara komposisi vitamin utama dalam susu ibu juga ialah protein. Apabila tubuh ibu cukup dengan keperluan protein, secara langsung susu yang dihasilkankn pekat dan banyak.
  • ESP berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, di samping menjadi sumber tenaga kepada ibu berpantang.

 

set-breastfeeding-shaklee-4

OSTEMATRIX (kalsium magnesium):

  • Antara komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yAng telah diserap oleh bayi ketika menyusu.
  • Ostematrix juga mencegah kemeruduman susu badan untuk ibu-ibu yang sedang menstrual (period) kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah period.
  • Ostematrix didatangkan dalam tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • Mencegah masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.

 

Selain daripada 6 vitamin di atas, saya sangat menggalakkan anda untuk turut mengambil Shaklee Lecithin sebagai tambahan kepada Set Bersalin Shaklee ini sebagai persediaan untuk masalah bengkak susu yang sering dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin. Seperti yang kita tahu, bengkak susu boleh memberi masalah kepada penyusuan susu ibu dan menyebabkan kesakitan kepada payudara ibu, dah jika lebih teruk boleh mengakibatkan ibu demam dan payudara mengeras dan bernanah. Bagi saya, Lecithin adalah penyelamat saya untuk masalah bengkak susu. Antara khasiat Lecithin ialah:

lechithin

LECITHIN:

  • Disyorkan untuk mengelakkan kejadian saluran duktus tersumbat yang menyebabkan bengkak susu.
  • Sangat dikenali sebagai supplement untuk menurunkan berat badan. Ini kerana fungsinya yang diketahui sebagai pengemulsi lemak dan kolestrol di dalam tubuh kita.
  • Bagus untuk pembentukan daya ingatan bayi kerana Lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf  kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan. Ia juga menghalang Alzheimer dan meringankan stress ibu.
  • Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.
  • Mengelakkan sembelit ketika berpantang kerana Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

 

TESTIMONIAL PENGGUNA-PENGGUNA SET BERSALIN SHAKLEE

 

set-bersalin-shaklee-1

Testimonial dari Pn. Anie, – Luka bersalin cepat sembuh – Rahim cepat kecut – Lawas buang air besar – Berat turun 11kg sepanjang berpantang – Badan rasa sihat dan cergas.

 

set-bersalin-shaklee-2

Testimonial dari Pn. LovelyBaby Alisha, -Tiada sembelit – Luka cepat sembuh dan tak rasa sakit – Susu badan banyak – Rasa bertenaga

 

set-bersalin-shaklee-3

Testimonial dari Pn. Ummi, – Berat baby naik banyak – Susu badan meriah

 

set-bersalin-shaklee-4

Testimonial dari Pn. Charm, -Berat badan turun banyak!

 

Dan berikut beberapa lagi komen dan testimonial pengguna Set Bersalin Shaklee yang berkesan ini.

set-bersalin-shaklee-5

Saya juga telah menggunakan Set Bersalin Shaklee untuk anak kedua dan ketiga saya dan telah merasai keberkesanannya. Walaupun saya melahirkan secara c-sec, tapi luka saya cepat sembuh dan saya dapat berpantang sendiri dengan baik Alhamdulillah. Susu badan juga sangat meriah dan badan rasa bertenaga dan sihat. Dapatkan Set Bersalin Shaklee anda sekarang, dan saya akan guide anda dengan konsultasi exclusive berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan saya.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post