“Sis, saya tertarik la nak consume Shaklee ni..ramai yg cakap Shaklee bagus..tapi saya takde sakit pape, boleh tak consume Shaklee?”

Hmm..Ini bukan pertama kali saya mendapat pm seperti ni dari customer. Alhamdulillah, ramai yang sudah sedar akan kepentingan supplement/ makanan tambahan, dan yang pastinya ramai yang sudah meyakini Shaklee sebagai supplement organik. Sebenarnya, pengambilan supplement memang wajar dimulakan dari awal, semasa muda dan tubuh masih lagi sihat. Bila tubuh sudah pun dihinggapi penyakit, kita terpaksa bergantung kepada pengambilan ubat dari doktor. Itulah yang boleh kita cuba elakkan, sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

FAMILY WELLNESS SET / SET KESIHATAN OPTIMUM

Kepada pelanggan yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat dengan Shaklee, FAMILY WELLNESS SET memang sangat sesuai. Set ini terdiri daripada ESP, VITALEA, B-COMPLEX & VITAMIN C. Jika diamati, semua vitamin yang terdapat dalam Wellness Set/ Set Kesihatan Optimum ini adalah vitamin-vitamin asas dalam setiap set Shaklee. Contohnya Set Breastfeeding 3M terdiri daripada Family Wellness Set + Alfalfa + OsteMatrix. Pendek kata, Family Wellness Set ini adalah asas yang lengkap untuk memberi dan menjaga kesihatan tubuh sekeluarga yang optimum.

Mari kita kenali satu persatu setiap Vitamin di dalam set ini:

1) Energizing Soy Protein (ESP)

– Setiap sel, tisu, otot dan tulang dalam tubuh badan kita dibina daripada protein untuk memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik.
– Jadi, kita perlu membekalkan tubuh badan kita dengan protein yang secukupnya.
– Pemilihan protein yang betul harus dititikberatkan. ESP dihasilkan dari protein soya non-GMO. Tidak semua soya baik untuk kesihatan tau, anda harus bijak membuat pemilihan yang betul.
– ESP membantu membekalkan tenaga, menguatkan rambut dan kuku, mencantikkan kulit, membaikpulih tisu badan yang rosak dan banyak lagi khasiatnya. ESP ni memang all rounder dan all time favorite bagi pelaggan kami.

2) VITALEA

– Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian.
– Antaranya Vitamin D, Beta Karotena, Vitamin E, Kalsium, Boron, Magnesium, Biotin etc.
– Vitalea dilengkapi dengan iron/zat besi dan juga disalut dengan spirulina.
– Mengandungi sistem penyerapan bioaktif
– Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet..totally organik!
– Penyelesaian bagi masalah sering letih dan tidak bertenaga..

3) B-COMPLEX

– Mengandungi kesemua 8 Vitamin B – Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Folic Acid (B9).
– Menggantikan fungsi vitamin B yang musnah akibat tekanan, gula, alkohol, painkiller, antibiotik, pil perancang, rokok, etc.
– Membantu mengatasi kelesuan, mencegah kemurungan dan stress
– Memelihara kesihatan sistem saraf, meningkatkan daya tumpuan
– Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan kurang mengantuk setiap kali selepas makan

4) CHEWABLE VITA-C PLUS

– Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
– Juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.
– Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.
– Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.
– Ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil
– Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Istimewanya set ini ialah seluruh keluarga boleh menggunakan vitamin-vitamin dalam set ini, jadi satu keluarga boleh menikmati khasiatnya. Memang set yang berbaloi untuk dimiliki. Di tambah pula dengan tawaran hebat dari segi harga dan pakej kelengkapan istimewa untuk pembelian setiap set ini dari kami pada bulan ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.

Untuk lebih informasi dan order pada harga istimewa:

Shaklee Indipendent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: Batu Caves & KLCC
FB page: Leonora Online Boutique

Related Post