Shaklee National Conference adalah satu majlis gilang-gemilang yang diadakan oleh Shaklee setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian setiap Shaklee Independent Distributor. Majlis ini telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre, Subang Jaya pada 7-9 Jun 2014. Shaklee Indipendent Distributor dari seluruh Malaysia berkampung selama 3 hari bersama tetamu-tetamu undangan dari US dan juga Indonesia.

 

Tahun ini kami berasa sangat bertuah kerana bukan sahaja diundang untuk menerima 6 anugerah di majlis berprestij ini, malam kami juga layak menerima hadiah percutian dalam negeri daripada Shaklee selama 3 hari 2 malam di Sunway Resort Hotel & Spa untuk 4 orang. Jika tahun lepas, kami mendapat 1 anugerah sahaja, tapi terbukti usaha yang kami laburkan sepanjang tahun 2013/2014 untuk bisnes Shaklee kami ini membuahkan hasil yang sangat manis dengan peningkatan jumlah pengiktirafan yang diterima daripada Shaklee. Bukan itu sahaja, tahun ini 7 orang anak cucu dari susur galur team saya, Our Shaklee Raudhah turut sama layak menerima anugerah pada  majlis ini. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila saya mampu membantu mereka merasai apa yang telah saya juga rasai bersama Shaklee.

 

6 anugerah yang layak kami terima di Shaklee National Conference 2013/2014 tahun ini

 

Kami juga turut membawa bersama keluarga kami untuk merasai kejayaan yang kami kecapi ini. Kami layak menerima 4 tiket percuma bercuti selama 3 hari 2 malam di hotel 6 bintang iaitu Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya. Shaklee juga turut menyediakan luggage bag untuk kami. Percutian ini sangat memudahkan kami untuk berulang alik menghadiri menghadiri majlis National Conference tersebut kerana jarak hotel dan Sunway Pyramid Convention Centre yang hanya bersebelahan. Bukan setakat penginapan, malah  makan minum kami di sana juga ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee, istimewa bukan?

 

Tag nama dan luggage bag yang dihadiahkan oleh Shaklee untuk penerima hadiah percutian dalam negeri di Sunway Hotel Resort & Spa

 

Bilik hotel kami yang luas dan sangat selesa, percuma daripada Shaklee

 

 
Pemandangan Sunway Lagoon dan kolam renang hotel dari tingkap bilik kami
Vitamin Shaklee dan tuala mandi ini merupakan hadiah yang dihantar oleh Shaklee setiap hari ke bilik hotel kami

 

Pada hari pertama, kami menghadiri majlis makan malam bertemakan Beach Party di Sunway Lagoon. Majlis makan malam ini diadakan santai dengan pelbagai hidangan yang lazat. Shaklee turut mengambil peluang untuk membuat sambutan memotong kek hari jadi buat tetamu yang menyambut hari jadi pada bulan Jun.

 

Beach party dinner di Sunway Lagoon

 

Kemeriahan penyampaian anugerah di dalam dewan Sunway Pyramid Convention Centre selama 2 hari dan majlis makan malam istimewa bersama CEO Shaklee dari US, Mr. Roger Barnett saya kongsikan di entry berikut, sila KLIK SINI.
 

 

Pada hari terakhir iaitu pada 9 Jun 2013, kami diberi tiket percuma untuk berlibur di Taman tema air Sunway Lagoon sepuas-puasnya bersama keluarga. Walaupun saya terbatas untuk merasai semua permainan air yang disediakan kerana sarat mengandung, tapi kami sangat gembira kerana dapat membawa keluarga kami dari Terengganu dan Kelantan untuk merasai pengalaman percutian ini.

 

Berlibur di Sunway Lagoon sepanjang hari sebelum pulang ke rumah
 

 

Terima kasih Shaklee kerana memberi peluang kepada kami untuk merasa dihargai. Ternyata pilihan kami adalah tepat dengan memilih Shaklee sebagai bisnes kami dan kami akan kekal komited untuk mengembangkan lagi bisnes dan empayar kami, Our Shaklee Raudhah, agar lebih ramai orang di luar sana juga dapat merasa keistimewaan-keistimewaan yang disediakan oleh Shaklee ini.

 

KLIK SINI untuk membaca tentang kemeriahan sambutan dan penyampai an anugerah di dalam dewan Sunway Pyramid Convention Centre pada Shaklee National Conference 2013/2014 ini.
KLIK SINI untuk membaca tentang sambutan Shaklee National Conference 2012/2013 pada tahun lepas.


Shaklee Independent Distributor:


NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...