SHAKLEE NATIONAL CONVENTION 2018

Shaklee National Convention 2018 1

Bersama suami tercinta di hadapan Sunway Pyramid Convention Centre. Terima kasih abang, kerana tak pernah putus memberi semangat dan sokongan pada sayang.

ALHAMDULILLAH..

Sabtu lalu sekali lagi saya dan rakan-rakan SID seluruh Malaysia diraikan oleh Shaklee Malaysia dia tas segala usaha penat lelah kami sepanjang tahun 2017. Saya dan suami dijemput sebagai penerima Incentive Trip Stage Recognition, di mana akhir tahun nanti saya bakal melancong lagi secara percuma, hadiah dari Shaklee 🙂 . Masa kerja dulu tak dapat merasa naik pentas macam ni, bila dengan Shaklee tiap-tiap tahun Shaklee hargai saya di pentas National Convention (NC). Sebab tu lah saya sayang sangat kat Shaklee ni 🙂

Shaklee National Convention 2018 2

Ada macam-macam cabutan bertuah disediakan termasuklan Samsung S9 & Huawei P20 untuk dimenangi.

Majlis telah berlangsung dengan sangat meriah di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway. Saya dan suami turun dari Terengganu demi menghadiri majlis gilang-gemilang ini. Anak-anak tak ikut this time, duduk dengan nenek diorang di Terengganu. Majlis bermula jam 2.30 petang dan di acarakan oleh Adibah Noor sebagai emcee dan artis jemputan.

 

Shaklee National Convention 2018 7

Majlis dipenuhi dengan sharing dari leaders Shaklee yang telah dapat mencapai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator & juga beberapa impact speakers yang berkobar-kobar berkongsi semangat dan pengalaman mereka bersama semua yang hadir. Mereka semua adalah sumber inspirasi kepada semua SID yang lain untuk turut mengejar impian masing-masing.

 

Shaklee National Convention 2018 3

Menerima mock boarding pass semasa Incentive Trip Recognition Rally di pentas NC.

Sebagai penerima Incentive Trip Qualifier, saya dan suami telah dijemput untuk  naik ke pentas NC untuk menerima mock boarding pass daripada barisan management Shaklee Malaysia. Seperti tahun-tahun sudah saya telah layak untuk menikmati percutian 6 bintang percuma daripada Shaklee ke Italy, Star Crise Libra, Langkawi & Sunway Lagoon, tahun ini pula saya akan ke Bangkok selama 3 hari 2 malam. Percutian bersama Shaklee adalah percutian yang sangat-sangat best pernah saya hadiri. Shaklee membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk seorang bagi International Incentive Trip manakala kira-kira RM5000 dibelanjakan untuk setiap penerima yang layak untuk ke Regional Incentive Trip.

 

Sebagai Shaklee Independent Distributor, kita layak untuk menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh Shaklee. Antaranya adalah untung runcit produk, bonus bulanan dalam bentuk cash, bonus kereta, percutian ke luar negara dan juga pengiktirafan di pentas NC setiap tahun. Shaklee menyediakan peluang dan bimbingan yang lengkap untuk kita belajar tentang kesihatan dan juga bisnes. Jika anda adalah pengguna Shaklee tapi masih belum berdaftar sebagai ahli, saya mengalu-alukan anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan mula menikmati setiap tawaran yang Shaklee telah sediakan.

 

Shaklee National Convention 2018 6

Para jelitawan dari team Maestro.

Bagi saya, semua SID yang hadir ke NC tempoh hari adalah orang-orang yang hebat! Ada yang turun dari Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu dan seluruh Malaysia ke Sunway Pyramid Convention Center. Ada yang tinggal anak pada pengasuh, ada yang bawa mak ayah untuk saksikan kejayaan mereka, malah ada yang berkorban masa dan wang untuk menyediakan tiket flight, bas mahupun hotel. Tujuan kami adalah sama iaitu menerima pengiktirafan daripada Shaklee atas usaha yang telah kami laburkan, dan juga ingin membakar semangat kami untuk terus bekerja lebih kuat daripada inspirasi perkongsian leaders Shaklee di pentas NC.

 

Itu semua usaha seorang JUARA, bukan orang biasa-biasa. JUARA nampak dengan jelas apa impian mereka. How to get to their dreams! Push youself! Because no one else gonna do it for you. Tahniah buat semua SID yang berjaya hadir ke Shaklee National Convention 2018, tahniah atas semangat yang sentiasa berkobar-kobar yang anda miliki untuk mengejar kejayaan dalam Shaklee. Antara kata-kata leaders yang begitu terkesan di hati saya sehingga saat ini adalah,

 

“Jika impian sebesar gajah, rintangan akan hanya jadi sekecil zarah”

“Berapakah nilai yang kita letakkan pada bisnes kita? Adakah hanya RM65, atau RM100 atau RM1000 atau RM100,000? Kerana nilai yang telah kita letakkan itulah yang bakal menentukan sejauh mana usaha kita pada bisnes kita”

 

Terima kasih Masters untuk kata-kata emas yang cukup memberi makna ini. Inshaallah akan saya sematkan dalam hati sampai bila-bila, sepanjang pendakian saya menuju ke Master Coordinatoor dalam Shaklee.

 
Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu, Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...