Teman Kesihatan & Kecantikan Anda
  • Home
  • TENTANG KAMI
    • PENGEDAR SHAKLEE GONG BADAK, UNISZA & UMT, TERENGGANU
  • PRODUK SHAKLEE 2018
    • HARGA PRODUK SHAKLEE
  • SET KESIHATAN SHAKLEE
    • SET KESUBURAN SHAKLEE
    • SET HAMIL SHAKLEE
    • SET BERSALIN SHAKLEE
    • SET BREASTFEEDING SHAKLEE
    • SET KECANTIKAN SHAKLEE
  • DAFTAR KEAHLIAN
  • HUBUNGI KAMI
    • CARA ORDER
    • PENGEDAR SHAKLEE AKTIF SELURUH MALAYSIA 2018

SIFUFBADS ROADTOUR 2017 DI TERENGGANU

Posted on July 23, 2017 by Nurul Zakeyah

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya harap semua sihat-sihat semuanya, kerana nikmat kesihatan tu sangatlah besar. Betul tak?

 

Hari ni saya nak bercerita tentang program Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu yang saya sertai semalam, 22 Julai 2017. Bagi saya orang bisnes perlu selalu menghadiri seminar-seminar ilmu untuk menambah kemahiran dan pengetahuan tentang perkembangan peluang yang ada untuk bisnes saya. Semakin banyak kita belajar, kita akan rasa semakin banyak ilmu yang kita tak tahu. Kita tidak boleh terlalu selesa dengan seceduk pengetahuan yang kita ada berbanding dengan ilmu seluas lautan di luar sana.

sifufbads roadtour 2017 terengganu7

 

Speaker program Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu yang saya hadiri ini ialah sifu Safwan Saharim, yan juga anak jati Terengganu yang sedang bertugas di Sifufbads. Saya join seminar ini bersama 2 teman saya iaitu downline Shaklee saya dan juga sahabatnya yang memiliki bisnes pakaian. Gigih saya hantar anak-anak ke rumah mak untuk sehrian menimba ilmu. Peserta seminar merupakan individu-individu yang telah mempunyai bisnes dari pelbagai jenis produk dan servis. Tak kurang juga peserta yang hadir bagi mencari idea untuk memulakan bisnes.

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu3

Bersama speaker Sifu Safwan Saharim.

 

Sebetulnya, ini adalah program Sifufbads yang pertama saya sertai. 2 bulan lepas, mentor saya sebenarnya telah menghadiahkan tiket seminar Sifufbads The Missing Chapter yang bakal diadakan di Shah Alam pada 5 Ogos ini. Kebetulan pula lepas saya dapat hadiah tu, saya diajak oleh downline Shaklee saya untuk join Sifufbads Roadtour ni pula. Harga tiketnya tidaklah mahal mana, cuma RM60 untuk early bird dan pembelian kombo 3 tiket, so why not kan?

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu5

 

Seramai 600 orang peserta seminar memenuhi Dewan Kenanga di Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai ini. Kata speaker, sambutan di Terengganu adalah yang paling ramai yang menyebabkan CEO Sifufbads sendiri iaitu Sifu Jamal turut membuat kejutan dengan turut sama turun padang ke Terengganu. Sifu Jamal memberikan 1 slot khas selama sejam lebih kepada kami peserta Terengganu. Sifu Jamal sanggup fly pagi tu dari KL dan fly balik KL semula lepas tu, terharu orang-orang Terengganu :)

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu6

Sifu Jamal yang membuat penampilan istimewa di sifufbads Roadtour 2017 Terengganu.

 

Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi ini berlangsung sehingga jam 7.00 petang. Terdapat 5 chapter yang kami pelajari dari Sifu Safwan iaitu:

  • The Yuniq Factor
  • The Secret of Woren Technique
  • Copywriting Mastery
  • FB Ads Hand Combat
  • Sifufbads Math Formula

 

Ilmu yang disampaikan memang terbaik, membuatkan kita dapat menjana idea untuk bisnes masing-masing. Walaupun ada di antara pengisian yang telahpun saya ketahui sebelum ini, tapi ilmu yang diulang-ulang pasti dapat diupgrade dengan cetusan idea yang lebih baik dan contoh-contoh yang lebih jelas.

 

Selain membawa pulang work book yang dberi, saya turut membeli buku Bagaimana Buat Bisnes Dari Planet Neptun keluaran sifufbads sebagai rujukan di rumah nanti.

sifufbads roadtour 2017 terengganu1

Sebelum balik, kenalah posing dulu sebagai kenangan :)

 

Sebelum balik, saya diminta untuk ditemuramah untuk berkongsi pendapat saya tentang seminar Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu ini. Overall, seminar ini memang best dan penuh pengisian. Bagi kawan-kawan yang ada bisnes, saya memang recommend korang untuk hadir ke mana-mana seminar anjuran Sifufbads. Seminarnya bukan saja mengajar bagaimana nak buat FB Ads, tapi juga speaker akan turut sama berkongsi idea-idea yang dapat kita apply dalam bisnes kita nanti.

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu4

Sempat berkongsi testimoni seminar Sifufbads.

Semoga seminar Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu ini dapat memajukan lagi bisnes Shaklee saya, dan saya tak sabar nak sampaikan ilmu-ilmu ini kepada team RAUDHAH saya.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Agent Shaklee Terengganu, Keistimewaan Shaklee/SID, Our Shaklee Raudhah team, Peluang menjana pendapatan bersama Shaklee, Pengedar Shaklee Gong Badak, Pengedar Shaklee UMT, Pengedar Shaklee Unisza, Shaklee |
« 8 MANFAAT DETOKS
SABUN CUCI PINGGAN UNTUK TANGAN SENSITIF »

Leave a comment Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

HUBUNGI SAYA

nurul zakeyah

 NURUL ZAKEYAH | SID: 889149

Whatsapp: 017-423 8980

Email: vitaminurul@gmail.com

Instagram: @vitaminurul.com_shaklee

Cash On Delivery: 

Kuala Terengganu & Gong Badak, Terengganu.

ADD ME ON FB

Jacky Bass

Create your badge

SET KESIHATAN

set kesuburan shaklee a   set kehamilan shaklee   set bersalin shaklee   set breastfeeding shaklee   set kecantikan shaklee   set slimming shaklee   YOUTH skincare   detox

JACKY TRAVEL

TOKYO 2016

ITALY 2015

BALI 2015

DALAM MALAYSIA

JACKY & ANAK-ANAK

KEHAMILAN

SCAN 4D/3D

FPP HOSPITAL SELAYANG

BERPANTANG

PENYUSUAN SUSU IBU

SEMI-SOLID FOOD

JACKY MASAK

RESEPI NASI

RESEPI AYAM

RESEPI IKAN

RESEPI DAGING

Recent Posts

  • RESEPI CUCUR BILIS LEMBUT DAN MUDAH
  • SKINCARE YOUTH SHAKLEE
  • CUTI-CUTI DI BUKIT GAMBANG SAFARI PARK PAHANG
  • PERCUTIAN 2D1N DI BUKIT GAMBANG RESORT, PAHANG
  • PROMOSI VITALEA FOR CHILDREN SHAKLEE

ARKIB

  • March 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (2)
  • October 2017 (3)
  • September 2017 (5)
  • August 2017 (3)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (2)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (5)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (1)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (1)
  • June 2016 (3)
  • May 2016 (5)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (2)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (3)
  • August 2015 (5)
  • July 2015 (4)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (6)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (2)
  • February 2015 (5)
  • January 2015 (5)
  • December 2014 (2)
  • November 2014 (4)
  • October 2014 (4)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (3)
  • July 2014 (8)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (6)
  • April 2014 (7)
  • March 2014 (2)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (5)
  • November 2013 (3)
  • October 2013 (6)
  • September 2013 (8)
  • August 2013 (6)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (12)
  • May 2013 (14)
  • April 2013 (11)
  • March 2013 (7)
  • February 2013 (9)
  • January 2013 (10)
  • November 2012 (1)
  • August 2011 (1)

KATEGORI

CyberChimps WordPress Themes

© Vitaminurul.com