Sejujurnya, sejak tahun lepas saya memang tercari-cari 1 jenama skincare yang ada set penjagaan lengkap wajah. Saya mahukan jenama yang dipercayai dan meyakinkan untuk diamalkan secara berdisiplin. Sebelum ni saya  campur-campur skincare dan tidak pernah mengamalkan serum & night cream.

 

Sejak umur pun dah 30-an ni, sudah timbul kesedaran nak menjaga kulit dengan betul, nak kekal awet muda kalau boleh. Jadi saya mulakan research sikit-sikin tentang jenama-jenama yang organik yang ada di pasaran dan harganya. Tiba-tiba Shaklee umumkan yang Shaklee akan keluarkan rangkaian skincare terbaru yang telah dikaji selama 8 tahun! Berbunga-bunga rasa hati, tapi berdebar juga nak tunggu berapa harga dia. Maklumlah harga skincare yang organik tak mungkin murah!

 

Bila Shaklee mula bercerita tentang kehebatan dan keputusan ujian klinikal yang dilakukan, saya benar-benar rasa saya dah dapat jawapan kepada pencarian skincare yang saya nak. Dan yang penting harganya sangat mampu milik! Tanpa fikir panjang saya terus pre-order 1 set terus! So hari ni saya nak ceritakan apakah keistimewaan YOUTH, skincare terbaru daripada Shaklee ini.

skincare youth shaklee

Youth adalah rangkaian penjagaan kulit wajah bekualiti premium, dan solusi lengkap untuk penjagaan luar dan dalam.

 

MEMADAMKAN SEDEKAD PENUAAN DENGAN KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI

Kulit kelihatan lebih muda

Memperbaharui tekstur kulit

Menaikkan seri wajah

Mengurangkan kedutan wajah

Menegangkan

 

Ini adalah antara cara Youth bertindak ke atas kulit wajah. Youth dibangunkan selama 8 tahun secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa. Skin Age Index telah digunakan untuk mengukur tanda-tanda penuaan kulit dari segi:

 

Kedutan kulit . Tekstur kulit . Saiz liang pori . Hiperpigmentasi

Tona kulit . Seri kulit . Keanjalan. Kekenduran

 

Bagaimana Skin Age Index ditentukan di dalam ujian klinikal yang dilakukan oleh Shaklee ini?

skincare youth shaklee 4

 

1) 100 orang wanita Asia dan berkulit putih (Caucasian) diambil sebagai sample, 20 orang diambil mengikut kumpulan setiap dekad umur ( 20-an, 30-an, 40-an, 50-an & 60-an.

 

2) Ukuran kulit secara detail dan mendalam (clincal grading + Bioinstrumentation) diambil berdasarkan kedutan kulit,  tekstur kulit, saiz liang pori, hiperpigmentasi (jeragat),  tona kulit , seri kulit, keanjalan dan kekenduran kulit.

 

3) Data-data yang diperolehi dikaji.

 

4) Model statistik dilakukan dan menghasilkan Index Equation yang menentukan Skin Age Index wanita-wanita tersebut.

 

skincare youth shaklee 2

Skin Age Index 100 wanita sebelum menggunakan Youth.

.

.

.

KEPUTUSANNYA

.

.

.

skincare youth shaklee 3

100% wanita telah dibuktikan memiliki kulit yang lebih muda. 100% tau, amazing!

 

100% WANITA TELAH DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL MEMILIKI KULIT YANG KELIHATAN LEBIH MUDA.

2/3 DARIPADA WANITA TELAH MENGUBAH USIA KULIT MEREKA KEPADA SEDEKAD LEBIH MUDA.

WOW!! INI FAKTA KILINIKAL TAU, BUKAN MAIN CAKAP JER.

 

 

Selain daripada itu, Shaklee telah membuktikan bahawa produk skincare Youth Shakle ini adalah:

100% vegan

Hiporalergenik

Non-Comedogenic (tidak menyumbang liang pori)

 

Youth dihasilkan oleh pakar kulit bertaraf dunia, diuji oleh ahli dermatologi (pakar kulit) & oftalmologi (pakar mata). Youth adalah 100% vegan dan dijamin bebas daripada 1500 bahan kimia terlarang yang ada di dalam skincare di pasaran. Youth juga memiliki 8 patents dan patents-pending yang membuatkan formula Youth tidak akan didapati di dalam mana-mana skincare lain di dunia!

 

KANDUNGAN UTAMA SKINCARE YOUTH SHAKLEE

Mari kita lihat kandungan istimewa yang terkandung dalam skincare Youth Shaklee ini. Youth dihasilkan daripada 5 bahan aktif iaitu Muscadine Grape, Lotus Japonicus, Apple Stem Cell, Schisandra Chinensis Fruit & Vital Repair+ Complex. Korang semua perlu tahu bahawa 5 bahan yang juga dikenali sebagai Youth Complex ini adalah teknologi U.S yang telah dipatentkan! Untuk rujukan: US Patent Numbers: 6,036,946 / 6,015,548 / 6,146,664 / 6,174,519 / 6,235,272. WOW sekali lagi 🙂 Jadi apakah fungsi bagi setiap bahan aktif yang hebat ini?

 
skincare youth shaklee 1

Kajian memunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut lebih lama.

 

skincare youth shaklee 2

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan memulihkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schidandra Chinensis Fruit Extract dapat menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti-oksidan.

 

skincare youth shaklee 3

YOUTH Complex yang digabungkan dengan Lotus Japonicus mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

 

skincare youth shaklee 4

Polifenol dalam Muscadine Grape melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. Manakala Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai patent memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

 

Kesan Youth dijamin dapat dirasai dalam masa seawal 7 hari penggunaan. Korang wajib kena try Youth ni, memang best. Pertama kali saya temui skincare yang meyakinkan keselamatannya dan dapat bagi result yang cepat dan best pada kulit saya dan kawan-kawan saya yang telah mula menggunakannya. Youth is ‘beyond organic’, bukan setakat menggunakan bahan organik tapi dari mula proses penanaman bahan botani semua dipantau agar betul-betul organik sehingga ke proses penghasilan YOUTH. Sebab itulah Youth sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang menderita allergy, eczema dan psoriasis.

 

Mahal ke? Tak mahal langsung berbanding kualiti dan result yang korang bayar pada 1 set Youth. Jangan risau, saya boleh ajar korang macamana nak dapatkan Youth ini dengan harga modal terus! Nantikan entry seterusnya dari saya, saya akan dedahkan apakah fungsi setiap produk di dalam skincare Youth Shaklee ini dan bagaimanakah cara ia bertindak untuk menjadikan kulit kita muda dan jelita.

 

APAKAH FUNGSI SETIAP ITEM DI DALAM SKINCARE YOUTH SHAKLEE?

BERAPAKAH HARGA SKINCARE YOUTH SHAKLEE?

ADA PROMOSI YOUTH? NAK TAU!!

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu, Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post