Menate Steak House 1

MENATE STEAK HOUSE CAWANGAN JALAN GENTING KLANG

 

Nama Menate Steak House sudah lama saya dengar sejak 4 tahun lepas dari kawan-kawan ofis lebih-lebih lagi yang tinggal di area Ampang, tapi saya tidaklah rasa sampai nak pergi cari kedai tu untuk merasa masakan steak di sana. Tetapi dalam tahun 2015 ini, beberapa kali nama Menate Steak House menjadi viral di Facebook. Pertama sebab kes ada pelanggan yang post gambar bil Menate Steak House yang mencecah hampir sepuluh ribu Ringgit di Facebook. Yang keduanya pula apabila viral tentang kontroversi salah faham diva kekwat Azwan Hj Ali dengan followernya di Instagram tentang Menate Steak House.

 

Nampaknya kontroversi-kontroversi yang melanda Menate Steak House ini menjadi free marketing untuk restoran ini. Menate Steak House semakin dikenali ramai dan ramai yang jadi teringin nak mencuba hidangan di sana. Bagi saya yang sememangnya penggemar steak, memang cukup rasa terpanggil-panggil untuk mencuba hidangan steak di sana. Lebih-lebih lagi apabila mendengar cerita tentang keperibadian pemilik Menate Steak House ini yang diperkatakan di Facebook. Sejuk je hati bila baca tentang Pak Mus, pemilik restoran ini. Menurut Pak Mus, sebenarnya asal nama restoran ni datang dari perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging (saya la tu). Pak Mus ni asal Kelantan, so beliau pun tambah apostrophe(‘) depan tu jadi “Me’natè”. Beliau membuka restoran ni sebab sahut cabaran untuk menyediakan steak terbaik tanpa arak, dan beliau berjaya. Mulia sungguh niat beliau, inilah salah satu jihad dalam perniagaan yang perlu kita contohi.

 

Bulan lepas, suatu hari di bulan Ramadhan, suami saya call dari ofis dia dan bertanya nak berbuka apa hari ni? Tiba-tiba ringan je mulut saya cakap “Kita try Menate Steak House nak?”. Suami setuju dan terus pergi ke restoran itu sebab kebetulan memang duk bawah ofis dia je. Tapi malangnya hari tu dah fully booked. So suami saya buatlah tempahan untuk berbuka keesokan harinya. Nampak sangat laku keras restoran ni kan.

 

Esoknya kami pun pergi lah berbuka puasa di Menate Steak House cawangan Jalan Genting Klang. Sampai di sana dalam pukul 6.30 petang, semua meja dah pun ditempah nampaknya. Kebanyakan pelanggan macam buat gathering dengan kawan-kawan lama sebab mereka dalam kumpulan yang besar.

menate steak house 5

Ramai pelanggan menjadikan Menate Steak Hub sebagai tempat berbuka puasa sambil gathering dengan kawan-kawan.

 

Mula-mula waitress minta kami pilih daging di peti ini untuk di masak sebagai steak. Terdapat pelbagai jenis daging dan saiz untuk pilihan pelanggan, dari bahagian-bahagian badan lembu dan kambing. Setiap daging diletakkan harga terus supaya mudah pelanggan membuat pilihan yang tepat. Takdelah over budget nanti. Harga daging bermula dari RM40++ hinggalah ke ribu-ribu Ringgit bergantung kepada jenis dan beratnya. Yang ribu-ribu tu adalah harga untuk daging Wa’gyu yang memang jenis daging terbaik dan tersedap di kalangan daging-daging di dunia ini.

menate steak house 6

Dalam peti tu terdapat daging-daging mentah untuk dipilih oleh pelanggan dan dimasak.

menate steak house 13

Setiap daging diletakkan harga untuk rujukan pelanggan. Harga adalah termasuk cara masak.

 

Bagi pelanggan yang order steak, minuman adalah percuma, free flow lagi. Minuman kat sini bukan air cikai-cikai tau, sedap-sedap variasi airnya dari kopi, teh hingga ke jus. Menurut Pak Mus, Menate Steak House membelanjakan lebih RM15,000 sebulan untuk minuman free flow di restoran ini. Jika anda tak order steak, anda perlu membayar harga minuman anda tetapi anda boleh minta waiter untuk refill gelas anda bila habis.

menate steak house 7

Pilihan minuman free flow.

 

Ok, hidangan pilihan untuk berbuka puasa hari tu ialah ribs steak, dimasak secara sepenuhnya (well done). Wallaweh, sedap sangat! Dagingnya sangat juicy dan menyelerakan. Daging bahagian ribs yang saya pilih dihidangkan bersama kentang putar dan coslow. Memang puas hati. Kiranya lepas ni saya dah tak perlu pergi Chili’s untuk makan steak sedap. Pilihan lebih baik sudah ada nampaknya. Harga pun berpatutan sangat.

Menate Steak House 3

Rib steak RM49.00

 

Husband saya pula pilih Mussle Olio Aglio dan Salmon Steak. Husband saya ni bukanlah pemakan daging. Dia cuma makan ayam, ikan dan seafood sahaja. Di Menate Steak House cawangan Jalan Genting Klang ni memang tiada pilihan menu ayam, cawangan lain saya tak sure.

Menate Steak House 2

Mussle Olio Aglio- RM22

menate steak house 12

Salmon Steak – RM22

 

Dan untuk si kecik dua orang tu, kami order mushroom soup dan mash potatoes. Dalam menu terdapat hidangan untuk kanak-kanak juga tetapi anak-anak saya kurang demar makan pasta. Jadi saya order 2 menu ni untuk mereka.

Menate Steak House 4

Mushroom soup with garlic bread.

menate steak house 8

Mash potatoes with gravy.

Total bill kami pada hari itu adalah RM120.80. Bagi saya sangatlah berbaloi dengan apa yang kami makan.

 

Sebab puas hati sangat, pertengahan bulan ini saya request lagi pada Encik suami untuk makan di situ sempena dengan birthday saya. Kesian husband sebab dia kan tak makan daging. Pilihan menu untuk dia tak banyak. Tapi diturutkan saje permintaan birthday girl. Untuk lawatan kedua, saya pilih hidangan lamb leg bone pula. Kali ni anak-anak pun saya suapkan sebab husband nak diorang belajar makan daging dari kecik, so tak lah jadi macam papanya yang memang tak boleh telan daging langsung. Mungkin sebab waktu tu waktu makan tengahari, jadi kedua-dua si kecik tu pun makan dengan berselera. Husband macam biasa order Mussle Olio Aglio untuknya.

menate steak house 10

Lamb leg bone steak – RM64

Lamb leg bone steak (well done) ini dihidangkan dengan mash potatoes dan coslow. Sedap sangat! Lembut, juicy dan sangat sedap. Biasanya kalau makan steak saya akan minta sos cili juga, tapi kat sini tak perlu sebab dagingnya memang tak kering dan juicy. Bill kami pada hari tersebut adalah RM91.90. Menate Steak House ini pasti akan jadi pilihan saya lagi selepas ini bila nak makan steak. Tak perlu dah pergi ke restoran-restoran yang menyajikansteak tetapi turut menyajikan minuman beralkohol. Sebab tu saya cakap bisnes yang Pak Mus buat ni jihad untuk pengguna-pengguna beragama Islam.

 

Bagi yang nak mencuba hidangan di restoran ini, bolehlah kunjungi mana-mana cawangan Menate Steak House di sekitar Kuala Lumpur seperti alamat di bawah. Saya di fahamkan PakMus biasa berada di cawangan Menate Steak House Ampang. Highly recomendded!

 

Me’nate Steak Hub

Cawangan:
Setapak : C-01-01 & C-01-03, Starpac Point, Jalan Taman Ibukota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Ampang Jaya : 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia

Wangsa Maju : 25, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Link, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : 6012-905 1517 / 6011-1283 8749

FB : Me’nate Steak Hub

Business Hours :
Mon – Sun 11 a.m. – 11 p.m.

 

Sekian dari saya pemakan daging yang tegar,

Jacky.

 

 

Makan daging tu bagus tapi biarlah berpada-pada. Kawal kuantiti kolestrol jahat yang masuk kedalam tubuh kita. Lebih elok jika kita mengamalkan perisai kolestrol ini, Shaklee Phytocol-ST setiap hari untuk mencegah pembentukan kolestrol jahat dalam tubuh kita!

phytocol-st-cholesterol

Phytocol-ST

 

Shaklee Independent Distributor,

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post