REVIEW PENGINAPAN AIRBNB KAMI DI TOSHIMA

tokyo trip 2016 3

Inilah rupa rumah persinggahan kami, The Valencia, Toshima

30 Januari 2016 yang lepas, saya bersama 2 orang teman office saya, Ally & Mazwan telah melancong ke Tokyo, ala-ala all girls trip gitew. Ini first time saya menjejakkan kaki ke Jepun, so agak excited nak jalan-jalan ke sana dan makan sushi puas-puas. Masa kami pergi tu tengah pengakhiran musim luruh, suhu dalam 3-8 darjah Celsius, kira ok la tu.

 

Kami telah membuat tempahan flite Air Asia sejak bulan Julai lagi, semuanya on the spot decision sebab masa tu tengok harga tiket pergi balik RM916.08 terus setuju nak pergi. Harga RM916.08 tu tak termasuk luggage dan makanan dalam flite lagi, yang tu kami add later masa web check-in. Masa booking tiket tu ada 2 pilihan sama ada nak pergi Tokyo atau Gold Coast, tapi setelah seharian menimbang-tara, kami decide untuk ke Tokyo dulu. “Dulu” yang tak tahan tu, maksudnya lepas ni Gold Coast la pule ye. Haha.. Walaupun kami bertiga dari department yang sama, tapi kami dari unit yang berbeza, so job scope lain-lain. Mudahlah sikit nak apply cuti lama serentak. Kalau dari unit yang sama, agak tak confirmlah cuti tu boleh diluluskan sebab nanti takde siapa nak back-up kerja di office.

 

So alang-alang dan beli tiket flite, kami terus proceed dengan tempahan penginapan kami di Tokyo nanti. Lagi awal lagi bagus. Ally yang memang berpengalaman melancong ala-ala backpacking gitu teruslah check Airbnb.com, sebab katanya lebih murah dan selesa dari kami duduk hotel kat sana nanti. Airbnb ada sediakan banyak tempat menginap ala-ala homestay , yang lebih sesuai untuk kami bertiga menginap. Nak masak pon senang nanti sebab ada dapur semua (masak ke?). Survey punyer survey, Ally decide untuk pilih 1 small apartment ni dari Airbnb.com. Dan saya ditugaskan oleh ally untuk membuat tempahan segera dan deal dengan host Airbnb tersebut, ye la bila pergi sama-sama ni kenalah bahagi-bahagi tugas kan.

 

So saya pun daftarlah di Airbnb.com, dan verify account melalui email dan Facebook. Terus cek apartment yang Ally bagitau tu dan booking date yang kami nak, sebab berdasarkan review yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna Airbnb yang lain, apartment tersebut agak best, banyak tarikh dah di- booking, host pun friendly dan boleh dipercayai. Orang Malaysia pon ramai yang bagi review elok-elok setelah menginap di sana. Walaupun namanya apartment, tapi sebenarnya bangunan rumah ini hanya setingkat, ada 6 buah rumah di dalam bangunan The Valencia ni.

So inilah tempat menginap kami selama 6 hari 5 malam di Tokyo.

3 Chome-4-13 Kamiikebukuro The Valencia
Toshima, Tokyo 170-0012
Japan.

tokyo trip 2016 5

Pemandangan dari pintu masuk, ruang bilik air di kanan dan dapur di kiri, baru ruang bilik tidur.

 

tokyo trip 2016 8 copy

Kemudahan asas yang tersedia di ruang dapur seperti sinki, dapur, microwave, kettle, coffee machine, peti ais, peralatan memasak dan juga pinggan mangkuk dan mug.

 

tokyo trip 2016 4

Satu katil queen dan 1 katil single disediakan, comfy sangat sebab comforter dia ada warmer.

 

tokyo trip 2016 1

Bar counter, TV dan almari juga disediakan.

 

tokyo trip 2016 9 copy

Ini built-in cabinet dia, agak luas untuk muatkan luggage dan semua pakaian kami bertiga.

 

tokyo trip 2016 10 copy

Sinki bilik air, lengkap dengan kemudahan seperti hair dryer dan hand wash.

 

tokyo trip 2016 6

Bilik mandi, lengkap dengan bath tub, water heater, shampoo dan sabun mandi.

 

tokyo trip 2016 12 copy

Toilet yang bersih dan canggih, toilet cover dia siap ada warmer, al-maklumlah suhu tengah sejuk2 tu, memang kat mana-mana pun nak warmer kalau boleh.

 

Apartment ni berukuran 23 meter persegi, besar sikit je dari bilik hotel biasa. Untuk ke Ikebukuro station, kami perlu berjalan kaki dalam 15-20 minit. First time berjalan ke sana, memang terasa jauh, tapi bila dah tiap-tiap hari pagi dan malam berjalan, rasa dekat je pula. Lebih-lebih lagi bila ramai penduduk tempatan berjalan bersama kami untuk pergi bekerja dan ke sekolah setiap hari. Rumah ini juga dinamakan sebagai Sakura Apartment sebab terdapat sebatang pokok bunga sakura yang dah berusia di luar balkoni rumah ini. Kami tak dapatlah nak menikmati kecantikan bunga sakura masa tu sebab bukan musimnya.

 

Selain kemudahan dalam gambar-gambar di atas, rumah ini juga turut dilengkapi dengan mesin basuh dan dryer. Yang paling best sekali, katilnya yang empuk dan comfy sangat, siap ada warmer. Sesuai sangat la dengan cuaca sejuk di luar, setiap kali kami balik dari berjalan-jalan, terus masuk selimut panas. So fahamlah kenapa Sin Chan suka sangat duduk bawah meja pemanas, hehe.. Selesa woo…

tokyo trip 2016 18 copy

 

Total bill kami ialah 266 Euro atau RM1080. Semalam RM216, kira OK sangat-sangat untuk budget kami. Saya terus membuat bayaran penuh ketika membuat tempahan, sebab waktu itu harga RM memang tengah turun dengan mendadak, so baik lock harga siap-siap.

 

Nama host kami ialah Mr. Brett & Yurie Collars. Brett berasal dari Amerika dan isterinya Yurie adalah orang tempatan Ikebukuro, Toshima. Beliau memiliki 3 buah rumah yang dijadikan homestay di dalam Airbnb, semuanya bersebelahan apartment ini. Brett sangatlah peramah, very responsive to email, senang kalau nak tanya atau minta tolong apa-apa dari dia. Sepanjang dari tempoh saya mula booking hingga ke tarikh kami akan bertolak ke Tokyo, kami berhubung melalui Airbnb message. Selain meminta Brett memberi cadangan restoren –restoren Halal di sana, saya juga meminta pertolongan Brett untuk membeli tiket ke Ghibli Studio. Disebabkan kami tiada akaun PayPall, Brett beli guna duit dia dulu, dan kami bayar cash bila kami tiba di Tokyo, baikkan dia?

 

tokyo trip 2016 21

Kami di lorong sekitar Apartment Sakura.

Sebelum kami bertolak ke Jepun, Brett dah emailkan saya detailed user guide untuk ke apartmen tersebut. Sangat detail sehingga kami tahu apa yang kami akan jumpa di setiap langkah kami, memang tak perlu pakai map lain dah. Brett siap sediakan alamat apartment dalam bahasa Jepun in-case kami nak tunjukkan pada teksi atau nak bertanya pada orang tempatan di situ. 10 bintang untuk Brett!

 

Disebabkan kami sampai ke Tokyo pada waktu tengah malam dan bermalam di Haneda airport dulu, so kami minta kebenaran Brett untuk check-in lebih awal tetapi tak dapat dipenuhi oleh Brett kerana dia perlu mengemaskan apartment itu terlebih dahulu pagi itu. Dia kemudian mencadangkan agar kami boleh terlebih dahulu meninggalkan luggage kami di luar rumah kerana dia telah menyediakan rantai kunci di luar. Memandangkan itinerary kami memang bermula dari pagi, jadi kami singgah untuk menghantar luggage kami awal pagi dan terus proceed dengan itinerary kami hari itu. Malam baru kami kembali ke apartment.

 

Dan disebabkan Jepun ni memang terkenal dengan sebuah negara yang selamat, kami tak terkejut bila Brett bagitau dia tak kunci pintu apartment tu dan dia letakkan je kunci di atas almari di dalam rumah. Dan Brett juga turut menyediakan pocket Wifi yang sangat-sangat berguna untuk kami. Wifi tersebut kami bawa kemana-mana ketika berjalan-jalan di sana untuk membantu kami tengok maps train dan jalan-jalan ke tempat-tempat yang kami nak tuju. So memang kami bertiga hanya bergantung kepada pocket Wifi ini untuk menggunakan internet di sana.

tokyo trip 2016 20

Pocket Wifi yang sangat mudah digunakan dan di bawa ke mana-mana, dan ini adalah percuma, termasuk dalam pakej rumah kami.

Kenangan pagi terakhir di sana, pagi kami dikejutkan dengan gempa bumi kecil di sana. Dalam mamai-mamai, masing-masing bangun dan tanya rasa tak gegaran? Kemudian saya check handphone, ada message dari Brett yang menyatakan memang ada gegaran kecil, but everything should be fine.

 

Walaupun kami tidak berkesempatan bertemu Brett kerana jadual iteneraray kami yang sangat padat, keluar pagi-pagi, balik malam, tapi kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Silap saya pula ketika sampai ke Malaysia, saya sibuk dengan majlis kenduri kahwin adik lelaki saya, jadi saya tak sempat nak buat review untuk apartment ini di Airbnb sehingga due date yang Airbnb berikan. Dan Brett pula yang cukup baik untuk buat review yang cukup sweet untuk saya.

 

tokyo trip 2016 19

 

Baru-baru ini saya tengok ada seorang kawan Facebook saya juga menginap di apartment yang sama ketika trip ke Tokyo bersama keluarganya. So buat kawan-kawan yang nak pergi Tokyo, apartment ni sangat highly recomended! Diharap perkongsian ini membantu serba sedikit perancangan anda ke Tokyo. Till next time, bye!

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post