Baru-baru ini, kes demam Denggi sangat berleluasa. Saya menerima banyak panggilan telefon bertanyakan produk Shaklee yang bagus diambil dalam proses pemulihan dari demam Denggi. Demam yang berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes ini tidak boleh diambil ringan, jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan kematian apabila terjadinya Denggi Berdarah.

 

shaklee untuk demam denggi

Hati-hati jika anda mengalami demam yang mencapai suhu 40-41 C yang berlarutan selama 2 ke 7 hari. Silalah segera berjumpa dengan doctor dan minta doctor untuk melakukan ujian darah dengan segera. Selain daripada demam panas yang lama, antara tanda-tanda lain demam denggi ialah:

 

  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam
  • Muntah dan kurang selera makan

 

Demam Denggi dan Platlet Darah

Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Platlet darah bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka kita.

 

Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL(billion per Liter). Lazimnya, apabila pesakit dijangkiti virus Denggi, kandungan platlet darahnya akan semakin menurun sekitar hari ke 4 selepas terkena gigitan nyamuk Aedes. Ini dapat dikenalpasti dengan menghantar sample darah setiap hari ke makmal hospital. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platlet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut.

 

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK DEMAM DENGGI

 shaklee untuk demam denggi 1

Dalam membantu proses penyembuhan demam Denggi, antara vitamin Shaklee yang sangat dicadangkan adalah pengambilan Performance Drink dan Nutriferon. Kedua-dua formula produk ini telah dipatenkan oleh Shaklee kerana pelbagai ujian klinikal yang intensif telah dilaburkan dalam penghasilan produk-produk terbaik ini.

 

PERFORMANCE DRINK

shaklee untuk demam denggi 2Harga pasaran: RM82.50 (539 gram)

Nak harga istimewa boleh hubungi saya.

 

Suhu badan yang tinggi disebabkan oleh demam kuat menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Performance Drink membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Ia dilengkapi dengan potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dah chloride yang dapat mengimbangi dan membekalkan elektrolit dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.

 

Performance Drink telah terbukti dengan ujian klinikal dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh.

 

Jika dibandingkan dengan minuman isotonic yang lain di pasaran, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen iaitu sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Performance drink juga adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat (bergas) dan kurang gula, tidak seperti minuman isotonic lain yang berkarbonat dan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

 

Selain itu, Performance Drink yang berperisa oren ini juga dilengkapi dengan Vitamin C untuk menguatkan imunisasi tubuh kita ketika diserang demam dan selsema.

 

NURTRIFERON

shaklee untuk demam denggi 3Harga Pasaran: RM 181.25 (30 sachet X 1.2 gram)

Nak harga istimewa boleh hubungi saya.

 

Nutriferon merupakan ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon berperanan supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan lebih antibodi semulajadi untuk melawan virus Denggi.

 

Kajian klinikal saintis Shaklee membuktikan bahawa Nutriferon dapat mengukuhkan sistem imunisasi dalam masa 3 hari. Nutriferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi melindungi tubuh dari virus, mikrob, termasuk selsema, infleunza, alergi dan inflamasi.

 

Nutriferon telah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

 

Tips Alternatif Merawat Demam Denggi

Antara petua-petua yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam merawat demam Denggi ialah:

 

  • Reneh sup ketam sama ada ketam nipah atau ketam laut, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan kuahnya dihirup
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi, kurma, tembikai atau jambu batu (pink guava) juga boleh dicuba dengan mengisar buah tersebut dan kemudian jusnya diminum.

 

Walaupun pesakit akan tidak berselera ketika demam Denggi, kita sebagai orang disekeliling mereka perlu membantu dengan memastikan mereka meminum air yang banyak dan makan makanan mereka tepat pada masanya. Jangan dibiarkan mereka terus terdehidrat dan kelaparan. Pesakit sangat memerlukan sokongan kita dan tenaga dari makanan yang mereka makan untuk cepat sembuh.

 

Selain itu, jangan cuba untuk tidak melaporkan tentang demam Denggi kepada pihak hospital untuk keselamatan dan nyawa pesakit itu sendiri. Hadirlah ke hospital untuk mendapat rawatan dan pemantauan yang intensif dari doktor. Pihak hospital juga akan mengaturkan pihak Kementerian Kesihatan untuk melakukan fogging untuk membunuh nyamuk di sekitar kawasan tempat tinggal pesakit, bagi mencegah lebih kes demam Denggi di kawasan tersebut.

 
Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post