Sepanjang tahun 2019, seringkali apabila saya upload aktiviti larian saya di Facebook, saya akan mendapat komen-komen seperti “Ala, kenapa tak ajak..”, “Kalau tahu ada event ni mesti saya join, lain kali bagitau la ye..” terutamanya daripada kawan-kawan sekitar Terengganu 🙂  So untuk tahun 2020 ini, saya sediakan siap-siap 1 entry blog khas sebagai rujukan kawan-kawan di Terengganu yang nak berjinak-jinak dengan aktiviti larian.

Kita di Terengganu ni belum lagi ada banyak acara larian berjarak jauh Half Marathon 21KM dan Full Marathon 42KM seperti di Kuala Lumpur atau Putrajaya. Kebanyakan acara larian yang dianjurkan di Terengganu adalah berbentuk fun run 3KM dan 5KM, ada juga yang 10KM dan kalau nak merasa yang 21KM dan 42KM kenalah tunggu acara larian paling gah yang menjadi kebanggaan Terengganu iaitu Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM).

Okey, tak nak cerita panjang, di bawah saya senaraikan acara-acara larian @ running events Terengganu 2020 yang telah diiklanklan. Boleh klik saja pada nama acara larian untuk mengetahui lebih info tentang larian tersebut. Inshaallah saya akan update entry ini dari semasa ke semasa untuk memasukkan acara-acara larian terbaru yang berlangsung di Terengganu sepanjang tahun 2020 ini. So stay tune!

running events terengganu 2020

SENARAI ACARA LARIAN @ RUNNING EVENTS TERENGGANU 2020.

running events terengganu 2020 ultron

4/1/2020 Telah ditunda kepada 18/1/2020 : Ultron Malaysia Kuala Terengganu New Year Run 2020

Jarak: 5KM & 10KM

Tempat: Drawbridge, Kuala Terengganu.

running events terengganu 2020 belon

25/1/2020 : Terengganu 5KM JomRun Ballon Run

Jarak: 5KM

Tempat: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

running events terengganu 2020 turtle

15/2/2020 : Ganu Turtle Fun Run 5KM

Jarak: 5KM

Tempat: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

running events terengganu 2020 nasi lemak

22/2/2020 : Terengganu Nasi Lemak 5KM Fun Run

Jarak: 5KM

Tempat: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

running events terengganu 2020 penyu

22/2/2020 : Run With Penyu 5KM

Jarak: 5KM

Tempat: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus

running events terengganu 2020- mutiara

29/2/2020 : Mutiara Charity Fun Run UMT

Jarak: 5KM

Tempat: Universiti Malaysia Terengganu

running events terengganu 2020- panda run

11/4/2020 : 5 KM Panda Fun Run Walk Ride Terengganu

Jarak: 5 KM

Tempat: Drawbridge, Kuala Terengganu

running events terengganu 2020- qaseh

11/4/2020 : Terengganu Qaseh Run Tour 2020

Jarak: 7 & 5 KM

Tempat: Masjid Kristal, Kuala Terengganu

 

 

running events terengganu 2020- pink pony

18/4/2020 : Pinky Ponny Fun Run 2020

Jarak: 5 KM

Tempat: Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Tempat: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

running events terengganu 2020 meow

20/6/2020 : Hello Meow Fun Run Terengganu

Jarak: 5KM

Tempat: Tempat: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

running events terengganu 2020 lajsm

12/9/2020 : Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

 Jarak: 5KM, 8KM, 12KM, 21KM & 42KM

Tempat: Dataran Batu Burok, Kual Terengganu.

 

Okay, jadi semua dah tahu apa running events Terengganu 2020, so jangan lagi kata akak tak payung lepas ni. Tak perlu tunggu last minute, mana yang berkenan dan bersesuaian dengan kelapangan masa dan budget anda, terus je daftar di link yang telah saya berikan tu. Kalau berminat nak kumpul medal comel-comel pun boleh join, bawa anaka-anak sekali mesti mereka seronok. Jangan lupa follow cerita-cerita larian saya DI SINI, semoga boleh jadi pembakar semangat untuk kita terus bersenam. Keep running ya! Amalkan cara hidup sihat dengan menjaga pemakanan, bersenam dan ambil suplimen mengikut keperluan. Bye!

 

Baca juga:

shaklee untuk yang aktif bersenam 2

 

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.