Demam agaknya tuan rumah Vitaminurul.com ni malam ni. Hangin x de, ribut x de tiba-tiba buat entry tentang azam baru 2017. Nak kata sekarang awal tahun, dah tengah2 tahun dah pun. Hai cik kak, sekarang ni baru 2015.. Lammmbatt lagi tahun 2017 tu..

 

Haha.. Tapi itulah apa yang ada dalam fikiran saya sekarang ni. Atau lebih tepat lagi 2 3 minggu ni. Saya seronok memikirkan azam baru saya untuk 1 Januari 2017 yang akan datang. Ada 18 bulan lagi untuk saya menuju ke arah tarikh tersebut.

 

408940-664-44

 

Saya nak kongsikan dengan anda di sini, agar anda semua juga dapat mendoakan agar impian saya ini tercapai. Sesungguhnya kita merancang, tapi Allah jua sebaik-baik perancang. Mungkin dengan berkat doa anda, impian saya ini akan lebih mudah saya kecapi.

 

APA AZAM BARU SAYA TU??

SAYA NAK JADI WORKING AT HOME MOM PADA 1 JANUARI 2017!

Ya, saya nak jadi boss untuk diri saya sendiri 100%. 

Saya nak menjadi seorang bisnes women sepenuh masa yang berjaya.

Saya nak menjaga anak-anak saya dengan tangan saya sendiri 24 jam sehari.

Saya nak menghantar dan menjemput anak-anak saya yang akan mula ber-prasekolah.

Saya mahu bekerja untuk membina impian saya sendiri, bukan untuk merealisasikan impian orang lain, yang kadang-kadang jelas tidak menghargai kita. Ooops.

 

1958570_10152979439914093_4236500513459013710_n copy

Merekalah penyebab impian ini tercetus, dan merekalah juga penyebab impian ini pasti tercapai, InshaAllah.

 

Kenapa 2017? Kenapa bukan sekarang?

Sabar… kalau ikutkan hati, sekarang juga saya nak!

Orang kata, hidup biar ada rencana. Kena atur langkah, baru dapat apa yang nak dicapai. Dan saya bukanlah jenis orang yang suka gamble atau suka mengambil risiko yang tinggi. Bagi saya, semua kena ada plan. Dan saya sedang mula menunaikan satu persatu wish list saya yang perlu saya capai sebelum saya bergelar WORK AT HOME MOM 100%. Inshaallah akan saya kongsikan wish list saya di entry-entry akan datang.

 

Saya yakin, kebanyakan wanita lain di luar sana juga punya impian yang sama seperti saya. Dapat menjaga keluarga, suami dan anak-anak dengan tangan sendiri 24 jam, tapi masih punya pendapatan sehebat bekerja sebagai professional di pejabat. Jangan biarkan impian anda hanya sekadar impian. Mulakan langkah untuk mencapainya. Supaya anda juga boleh menetapkan tarikh ‘pencen’ anda dari rutin harian di pejabat dan menjadi boss untuk diri sendiri.

 

Ikhlas,

JACKY

 

Mahu membina empayar bisnes anda sendiri dengan hanya RM65? Hubungi kami.

join us

Shaklee Independent Distributor,

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post