Entry ni dah lama duk dalam draft, terlupa nak publish rupanya. Tak apalah, walau dah hampir 7 bulan dah berlalu, saya publish je lah sekarang ye, hihi.

*****

Husband saya memang suke join aktiviti gathering kawan-kawan dia, mengeratkan silaturahim katanya. Maklumlah orang sekarang ni ramai yang lagi selesa duk rumah sendiri kalau hujung minggu, golek-golek main game layan FB je ye tak. Masa ni, husband saya bagitau budak-budak ofis dia ajak pergi picnic kat air terjun di Janda Baik, dia tanya Ahad ada plan apa-apa tak? Saya memang suka aktivit-aktiviti nature friendly camni, terus berbunga-bunga hati. Sebelum ni dah beberapa kali keluar dengan kawan-kawan ofis husband, diorang memang baik-baik dan sporting. Eleanoor anak  sulung saya siap dah berkawan baik dengan anak seorang colleague husband tu.

 

So sepanjang minggu ni, asyik rasuah Eleanoor dan Eidlan dengan kata-kata, “Kalau kakak/Eidlan tolong mama buat ni, nanti hari Ahad papa bawak kita semua pergi mandi air terjun, kalau tak semua duduk rumah je.”

 

Nampak tak siapa yang terlebih excited nak pergi mandi air terjun, mama ke anak-anak? Haha. Bila ditambah dengan excited anak-anak sekali, makin tak sabar la jadinya kami menunggu hari Ahad. Siap tanya husband kot-kot nak kena masak apa-apa, kot diorang nak buat ala-ala potluck, tapi husband cakap tak perlu. Diorang dah kutip dana dan nak minta boss diorang sponsor sikit.

 

hutan lipur chamang 5

Mak yong dan dua budak busyuk.

 

Hari Ahad pun tiba, bersemangatlah kami ni keluar rumah pukul 8 pagi. Singgah dulu breakfast di kedai favorite kami, Restoren Tu Dok Ko dekat dengan rumah, kemudian bertolak ke tempat berkumpul iaitu BHP Tol Gombak. Eleanoor & Eidlan memang sengaja saya tak mandikan, sebab diorang bangun lambat pagi tu, lagipun nanti nak terjun sungai jugak kan.

 

Biasa lah, bila program ramai-ramai ni, adalah yang last minute cancel la ada hal la, nak dijadikan cerita budak yang sepatutnya lead jalan tiba-tiba cancel join sebab bangun lambat katanya. So takde pilihan lain, yang dah berkumpul ni jalan je la dulu try-try cari ikut instruction yang ada. Dah keluar high way, siap panjat jalan berbukit kat Janda Baik tu (panjat dengan kereta), masuk ikut Cherenging Hills (saya tahu tempat ni sebab pernah pergi team building dengan EonCap Islamic Bank waktu kerja di sana dulu). Last-last jumpa la tempat yang dikatakan ad air terjun tu, siap ada sign board personal made lagi, tapi tak nampak pun air terjun nyer, apatah lagi nak dengar bunyi air terjun. Haha. Yang ada Cuma kawasan berpagar yang bertulis, PRIVATE PROPERTY PLEASE DO NOT ENTER. Aiyo frust kejap lagi-lagi bila Eleanoor duk tanya mana air terjun?

 

So diorang pon call la budak yang bagitau pasal tempat tu, rupanya dia pun tak tahu kenapa macam tu sebab dulu dia pergi takde pun macam tu. Dulu tu tak tau lah berapa tahun yang lalu, masa dia kecik lagi maybe. So terpaksalah mereka fikirkan Plan B. Bincang punya bincang, akhirnya diorang decide nak pergi Hutan Lipur Chamang di Bentung, Pahang. Alang-alang dah kat Janda Baik, lajak sikit je lagi pergi Bentong. Saya OK je asalkan hari tu saya dan anak-anak jumpa air terjun, dah seminggu terbayang-bayang kan?

 

On the way ke Hutan Lipur Chamang tu, nampaklah banyak gerai-gerai menjual halia, then saya teringat halia Bentong memang sangat terkenal di kalangan masyaraka Cina yang sedang berpantang. Mereka hanya menggunakan halia Bentong untuk digunakan dalam masakan menu berpantang mereka kerana khasiatnya yang baik. Harga halia Bentong ini bermula dari RM10 hingga RM20 sekilogram. Kalau dilihat dari segi luaran, halia Bentong ni sedikit besar saixnya berbanding halia biasa, tetapi pedas dia memang lebih kuat dan berasap. Memang bagus sangat utnuk orang berpantang dan nak nuang angin dalam badan.

hutan lipur chamang 4

Halia Bentong yang popular tu.

 

Sebenarnya saya tak pernah tahu tentang kewujudan Hutan Lipur Chamang ni, first time dengar dan sampai. Kalau ikutkan, jarak perjalanan ke Hutan Lipur Chamang ni hanya 1 jam perjalanan @ 59km dari Tol Gombak. Dekat je dari KL, so bolehlah siapa-siapa yang nak lari dari kesibukan KL tu seketika.

Indah sungguh air terjun Chamang ni, sejuk mata memandang.

Indah sungguh air terjun Chamang ni, sejuk mata memandang.

Air terjun Chamang ni agak meriah dan banyak kawasan berkelah ada di sepanjang air terjun. Siap ada titi gantung yang cantik dan terjaga. Di pintu masuk, RM2 per entry perlu dibayar oleh orang dewasa dan kanak-kanak yang sudah bersekolah, kalau tak sekolah lagi masuk free. Kedai-kedai jualan ada, tapi tak berapa banyak, elok kalau bawa bekal sendiri dari rumah. Kemudahan asas seperti tandas awam tu ada, tapi tak berapa proper sangat. Saya nampak ada ada tandas yang cantik di sebelah tandas sedia ada, tapi ditutup, Wallahualam la kenapa. Kemudahan surau juga disediakan.

 

hutan lipur chamang 7

Titi gantung yang terjaga untuk kegunaan pengunjung.

 

 

Sampai kat sana, kawan-kawan husband terus cari port nak set up barbeque area dan hamparkan tikar dan keluarkan apa yang patut. Menu hari tu adalah nasi kerabu, ayam bakar, buah-buahan dan makanan ringan. Beramai-ramailah yang lelakinya membakar ayam barbeque manakala yang perempuan ni membantulah mana yang boleh sambil layan anak-anak yang dah tak sabar nak terjun mandi.

hutan lipur chamang 9

 

Kami makan-makan dan mandi-mandi  di sana sampai pukul 4.30 petang. Memang puas hati mandi sebab airnya banyak dan sejuk, jernih pula tu. Tapi arus airnya agak laju, so kena pantau anak-anak mandi betul-betul. Even orang dewasa pun mudah je nak hanyut kalau tak berhati-hati.

 

hutan lipur chamang 8

Disebabkan kami ke sana pada hari Ahad, ramai juga pengunjung yang datang termasuk pelancong, diorang ni selamba je kayuh basikal naik jalan berbukit-bukau tu.. Walaupun ramai orang, namun tidaklah sampai crowded dan mengganggu aktiviti kami di sana. Air terjunnya panjang dan luas, so banyak ruang untuk mandi dan berkelah.

 

hutan lipur chamang 10

hutan lipur chamang 1

Malam tu, saya dah mula rasa sakit-sakit pinggang, mungkin akibat memanjat batu-batu dan mandi-manda air terjun di sana. Maklumlah bila dah pregnant ni, tak boleh nak melasak sangat. Sebelum tidur saya telan 3 biji Omega Guard dan 6 biji Ostematrix untuk tidur yang lebih lena. Alhamdulillah bangun pagi esoknya, semua lenguh-lenguh badan dah hilang. Boleh bangun Subuh dengan mudah tanpa sakit-sakit pinggang lagi.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post