cara rawatan HFMD

Wabak Hand Foot Mouth Disease atau HFMD atau juga dipanggil Penyakit Kuku Tangan dan Mulut sedang berleluasa di Malaysia yang telah mengakibatkan banyak nursery, tadika dan sekolah ditutup bagi membendung wabak ini.

 

Dari tarikh 1 Januari 2018 hingga 28 Julai 2018 terdapat 38,871 kes dilaporkan berbanding hanya 22,815 kes pada tarikh yang sama tahun lepas. Untuk perbandingan, dari tarikh 15 hingga 28 Julai 2018 sahaja, terdapat 7793 kes dilaporkan! Bayangkan betapa cepatnya wabak HFMD ini sedang merebak dikalangan kita. Dalam tempoh 2 minggu sahaja, 7793 kanak-kanak telah menjadi mangsa HFMD di Malaysia! Dan yang lebih menyedihkan 1 kes kematian HFMD telahpun berlaku di Malaysia baru-baru ini!

 cara rawatan HFMD 1

APAKAH PUNCA HFMD?

HFMD adalah berpunca daripada jangkitan virus. Terdapat lebih daripada 70 virus boleh menyebabkan HFMD tetapi jenis virus yang paling biasa ditemui ialah virus coxsackie A16 (Cx16) dan enterovirus 71  (EV71).  HFMD merebak daripada individu ke individu lain dengan sentuhan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair lepuh daripada individu yang telah dijangkiti HFMD.

 

APAKAH SIMPTOM HFMD?

cara rawatan HFMD 2

 

Biasanya simptom HFMD dapat dilihat selepas 3 ke 7 hari seseorang terdedah kepada jangkitan.

  • Bermula dengan demam ringan dan hilang selera makan, pesakit juga mungkin mengalami lenguh badan, sakit tekak dan sakit kepada.
  • Kemudian bintik-bintik merah akan mula kelihatan di sekitar mulut, lidah, tapak kaki, tapak tangan dan belakang punggung dan ruam itu akan melepuh.
  • Terdapat juga pesakit yang mengalami ulser di bahagian dalam mulut, lidah dan tekak.

 

HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa, tetapi sekiranya dijangkiti, kesannya dalah lebih teruk di mana kaki dan tangan akan membengkak.

 

CARA PENCEGAHAN HFMD

cara rawatan HFMD 3

 

1) Jaga kebersihan diri, tempat tinggal dan premis (nursery, tadika atau sekolah)

  • Pastikan anak-anak mandi selepas pulang dari sekolah dan bermain
  • Basuh pakaian sekolah anak-anak setiap hari
  • Ajar anak-anak untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan.
  • Orang dewasa juga perlu membasuh tangan dengan sabun dan air sebaik sahaja membersihkan najis anak-anak atau menukar lampin mereka.
  • Sediakan sanitizer di rumah untuk memudahkan ahli keluarga menggunakannya.
  • Membasuh permainan anak-anak, perabot dan lantai dengan pencuci yang selamat
  • Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.

 

2) Elakkan tempat awam.

  • Ketika wabak HFMD sedang berleluasa seperti sekarang, sebaiknya kita mengelak dari membawa anak-anak ke tempat awam seperti taman permainan, pasaraya dan sebagainya kerana dikuatiri peralapatan seperti alat permainan, trolley dan stolley pasaraya telah tercemar dengan virus yang menyebabkan HFMD ini.

 

3) Kuarantin

  • Sekiranya telah terdapat kes jangkitan HFMD di nursery, tadika atau sekolah anak-anak, eloklah dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya pemeriksaan dapat dibuat. Jika perlu, premis tersebut perlu ditutup sementara waktu, manakala anak-anak yang telah dijangkiti perlu dikuarantin di rumah masing-masing sebagai langkah pencegahan utama wabak HFMD ini. Mereka tidak sepatutnya dibawa keluar rumah untuk ke tempat awam, dan ibu bapa yang masih mendedahkan anak yang telah dijangkiti HFMD di tempat awam adalah sangat tidak bertimbang rasa!

 

CARA RAWATAN HFMD YANG BERKESAN DENGAN SHAKLEE

cara rawatan HFMD 4

 

Tiada ubat hospital yang dapat merawat HFMD. Pesakit perlu bergantung kepad sistem imun  badan mereka sendiri untuk sihat dan bebas HFMD. Jika anak kita telah dijangkiti HFMD, jangan cemas. Ambil langka-langkah seperti berikut untuk membantu proses pemulihan yang cepat dan mencegah anak-anak lain dijangkiti sama.

 

1) BERSIHKAN DAN CUCI RUMAH & PERMAINAN ANAK-ANAK

cara merawat HFMD

Setelah mendapatkan pemeriksaan dotor, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan barang mainan anak-anak, perabut dan lantai rumah untuk membasmi kuman yang telah mencemarinya. Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate adalah pembersih serbaguna yang mampu menghapuskan virus ini. Ianya adalah 100% organik, mesra alam dan selamat untuk digunakan. Hanya perlu titiskan beberapa titisan Basic-H ke dalam sebaldi air, dan gunakan air tersebut untuk membersihkan semua peralatan rumah. Alat permainan dan lantai dirumah anda pasti bersih dan bebas daripada sebarang kotoran, kuman dan virus. Ia juga sangat memudahkan kerja-kerja anda kerana anda tidak perlu membilasnya selepas dicuci dengan Basic-H.

 

2) CUCI SEMUA PAKAIAN DAN FABRIK

cara merawat HFMD 1

Pastikan anda membasuh pakaian anak yang telah dijangkiti HDFM secara berasingan dengan pakaian anak-anak yang lain. Didik anak-anak tentang pentingnya untuk tidak berkongsi tuala mandian dengan adik-beradik lain. Pakaian yang telah digunakan termasuklah tuala, cadar, sapu tangan dan sebagainay perlulah dicuci dengan pencuci pakaian yang organik supaya sisa sabun yang tinggal pada pakaian tidak merengsakan kulit lebih-lebih lagi keika dijangkiti HFMD ini, anak-anak akan sentiasa rasa gatal dan tidak selesa. Fresh Laundry Concentrated adalah rumusan khas pencuci pakaian yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam.

 

Kebanyakan pencuci pakaian di pasaran mengandungi bahan perengsa yang boleh diserap melalui kulit yang menyebabkan alahan dan eczema. Triethanol aminedodecyl benzene sulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya ole EPA dan DOT. Kulit yang kerap bersentuhan dengan bahan ini akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

 

3) BERSIHKAN TUBUH ANAK & SAPUKAN KRIM PADA RUAM DAN LEPUHAN

cara merawat HFMD 2

Ketika anak dijangkiti HFMD, mandikan anak sekerap mungkin lebih-lebih lagi jika dia mengadu rasa tidak selesa. Anda boleh titiskan tiga titik Basic-H ke dalam air mandiannya untuk menghilangkan rasa gatal pada ruam dan memberikan rasa selesa pada kulit mereka. Basic-H diperbuat daripada extrak jagung dan kepala dan adalah selamat untuk kulit. Ada juga pelanggan yang memberi feedback bahawa demam anak mereka juga cepat turun apabila dimandikan dengan air mandian yang dititik dengan Basic-H.

 

Selepas mandi, lapkan badan anak sehingga kering dan pastikan ruam dan lepuhan akibat HFMD juga tidak basah. Anda boleh sapukan krim Herbal Blend Shaklee pada ruam dan lepuhan tersebut untuk mengurangkan rasa gatal, menpercepatkan ruam dan lepuhan sembuh, dan juga mengurangkan kesa parut apabila sudah sembuh nanti. Sapikannya setiap kali selepas mandi. Krim Herbal Blend adalah krim serbaguna yang organik dan tanpa bahan kimia terlarang seperti paraben dan steroid, di mana bahan-bahan ini sangat biasa dijumpai di dalam krim-krim gatal di pasaran.

 

4) BERIKAN VITAMIN UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN MEREKA

cara merawat HFMD 3

Amalan memberikan vitamin untuk membantu meningkatkan sistem imun anak-anak ini sepatutnya dilakukan sepanjang masa, bukan semasa anak sakit sahaja. Sistem imun atau pertahanan tubuh anak-anak masih lemah, tidak seperti orang dewasa. Sebab itula HFMD menyerang anak-anak yang berusia 7 tahun kebawah. Shaklee menawarkan beberapa vitamin untuk membantu menguatkan tubuh badan mereka. Antaranya adalah MEAL SHAKES, OMEGA GUARD, CHEWABLE VITA-C dan VITALEA FOR CHILDREN.

 

APA KATA PENGGUNA SHAKLEE?

 

Berikut adalah testimonial-testimonial ibu bapa yang telah menggunakan Shaklee untuk membantu proses pemulihan anak-anak mereka.

cara rawatan HFMD 5

cara rawatan HFMD 6

cara rawatan HFMD 7

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu, Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

 

Related Post